Sama
ada betul atau tidak kerajaan menghentikan sementara membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh.
Berita ini mencabar krisis keyakinan terhadap apa yang kerajaan laksanakan manalah tahu mulut satu lidah bertopang.
Mungkin
sebagai menghentikan sementara kerana banyaknya suara-suara kesal dan tidak setuju
dengan program mengimport buruh dari
luar tersebut atau hanya satu lakonan kata-kata sidang akhbar bagi meredakan
suara kebimbangan rakyat.
Apa
pun keadaan yang di rancang oleh pemimpin negara, berkaitan pekerja dari
luar,nyata yang perlu adalah sikap perihatin kebanjiran pendatang Bangladesh yang
sedia ada, serta masalah-masalah yang sering berlaku hari in.. Bancian perlu dilakukan samaada jumlah yang ada telah mencukupi,kualiti buruh dan
jangan hanya mendengar kata-kata atau rungutan majikan.
Jumlah
pekerja Bangla yang sedia ada dalam sektor pembinaan,perkilangan dan pertanian umpanya sentiasa berkurang
disebabkan faktor saingan upah dan lama bekerja dan jangka masa menetap disini. Namun hakikatnya jumlah
mereka yang telah berada di negara ini tidak berkurangan yang berlaku hanya pertukaran
majikan.
Pendatang
Bangladesh apabila telah lama menetap di negara ini telah melaku demand gaji yang tinggi terhadap majikan lama mudah bertukar-tukar majikan mereka atau telah menceburkan diri dalam perniagaan yang sepatutnya rakyat tempatan
melakukannya.Kedapatan majikan yang berlainan berlaku sedangkan warganegara bangla tidak berkurangan.
Masalah
yang sama telah berlaku semasa kebanjiran peringkat awal rakyat Indonesia dan
sekarang ini pendatang Indonesia tidak lagi bekerja di sektor pembinaan dan
ladang, sebaliknya menjadi peniaga dan usahawan di negara ini. Sekarang tempat
mereka di ladang dan pembinaan telah di
ambil alih oleh mereka dari Bangladesh.
Oleh
yang demikian negara tidak memerlukan pekerja tambahan dari Bangladesh cuma yang di inginkan tindakan imigresen dan anggota keselamatan ,mengatur kembali rakyat bangla yang sedia ada dengan menghantar
ke sektor-sektor yang memerlukan.
Sektor perniagaan tidak perlu di beri peluang
kepada pendatang Bangladesh kerana akan mengecilkan peluang rakyat
tempatan.Rakyat tempatan yang konon berhati
mulia memberi atau menyewa lesen perniagaan perlu diambil tindakan tegas
menarik kembali lesennya Tidak ada peluang kedua rakyat tempatan memohon kembali lesen.
Permintaan
Persatuan Majikan Malaysia bagi sektor perkilangan,perladangan dan pembinaan
serta perkhidmatan jangan kerajaan terus
angguk kerana mereka sebenarnya mengalami masalah kesetiaan pekerja
terhadap majikan. Hari ini semua jawatan dalam sektor tersebut telah penuh di
isi, sebulan atau dua bulan berikutnya pekerjanya telah lesap.
Kekurangan
pekerja orang tempatan dalam sektor bermasalah
sekarang ini, berpunca kerana upah yang
terlalu rendah.Tidak boleh menarik minat rakyat tempatan sekiranya upahnya RM100
ke 150 satu hari dengan kos sara hidup lebih RM200 sehari dengan sewa rumah
,menanggung keluarga dan pelbagai perkara runcit utiliti.Masuknya lima keluarnya sepuluh.
Warga
Bangladesh dan warga asing yang lain tidak memerlukan perkara-perkara seperti
rakyat tempatan.Bagi mereka datang sebatang karah dan hanya perlu makan dan
minum serta sanggup hidup dalam rumah ‘cantik sedikit dari reban ayam’. Kerajaan
sanggupkah melihat rakyat tempatan seperti apa yang di lalui oleh rakyat bangla.
Kerajaan
perlu belajar pengurusan sumber manusia yang dilakukan oleh negara jiran kita
Singapura. Rakyat tempatan sanggup berulang-alik ke negara jiran tersebut bukan sahaja dari negeri Johor tetapi terdapat warga tempatan dari pantai timur dan pantai barat, menyahut
cabaran bekerja sebagai Jaga,tukang cuci bangunan, kakitangan security ,sektor
pembinaan dan sektor perkhidmatan lain. Kesemua jawatan tersebut memperolehi
pendapatan lumayan.Mereka masih beroleh untung walaupun berulang sebulan sekali dari Kelantan,Kedah dan Perak.
Majikan
di Malaysia yang menawarkan pelbagai pekerjaan seperti di Singapura itu, hanya bersikap mengaut
keuntungan lumayan dengan memerah tenaga rakyat, Warga Bangladesh di negara ini ibarat memegang besi panas, secara terpaksa melakukan kerja-kerja tersebut kerana keadaan.
Situasi seperti ini kerajaan sanggup menyeru atau melemparkan cabaran kepada rakyat tempatan mengambil alih dari warga bangla.
Situasi seperti ini kerajaan sanggup menyeru atau melemparkan cabaran kepada rakyat tempatan mengambil alih dari warga bangla.
Sebagai contoh syarikat security memperolehi
pendapatan RM1500-RM2500 seorang dari syarikat yang memerlukan perkhidmatan
keselamatan. Apa yang berlaku syarikat security hanya menggaji pekerjanya RM700.00 hingga RM1000.00 seorang/sebulan.Keadaan
ini hendak di implementasikan kepada rakyat.
Menteri dan wakil rakyat hidup dalam keselesaan perlu melihat ke bawah betapa serabutnya rakyat tempatan hendak hidup dengan mencari pekerjaan yang sesuai dengan tenaga,upah dan masa bagi meyambung hidup untuk hari-hari yang mendatang.
Pendatang membawa cupak ke negeri orang yang kini telah menjadi masalah kepada orang tempatan. Rogol,dan bunuh dan rompak telah menjadi satu fenomena sosial kepada negara ini.Menambah warga asing bererti akan menambah ramai lagi manusia yang kurang berkualiti di negara kita.
Kerajaan Bangladesh bukannya menghantar rakyatnya ke sini dengan mengadakan pemilihan seperti sesi pemilihan anggota polis dan tentera yang pasti kesihatan dan fizikal serta pendidikan terjamin. Kerajaan negara kita pula bukan melakukan pemeriksaan kesihatan 100% setiap warga bangla yang di bawa masuk.Kebanyakan yang berlaku mereka yang datang ke sini sesudah berada di hospital dan dapat dikesan penyakit dibawa dari negara asal.
Pendatang membawa cupak ke negeri orang yang kini telah menjadi masalah kepada orang tempatan. Rogol,dan bunuh dan rompak telah menjadi satu fenomena sosial kepada negara ini.Menambah warga asing bererti akan menambah ramai lagi manusia yang kurang berkualiti di negara kita.
Kerajaan Bangladesh bukannya menghantar rakyatnya ke sini dengan mengadakan pemilihan seperti sesi pemilihan anggota polis dan tentera yang pasti kesihatan dan fizikal serta pendidikan terjamin. Kerajaan negara kita pula bukan melakukan pemeriksaan kesihatan 100% setiap warga bangla yang di bawa masuk.Kebanyakan yang berlaku mereka yang datang ke sini sesudah berada di hospital dan dapat dikesan penyakit dibawa dari negara asal.
Menteri dan pegawai kerajaan tidak perlu mencabar rakyat tempatan supaya melakukan kerja-kerja yang rakyat bangla lakukan hari ini ,selagi gaji mereka di bawah paras RM2000/sebulan.Renungkan kenapa kerajaan Singapura tidak berminat mengimport warga bangla untuk melakukan kerja yang rakyat Malaysia lakukan di negaranya.Fikirkan juga rakyat bangla diberi gaji di bawah RM1000/sebulan di sini sebagai security sedangkan di Singapura Jaga berpendapatan SD 2000/sebulan.