Friday, February 26, 2016

disektor yang sama rakyat tempatan suka bekerja di Singapura...kenapa?????



Sama ada betul atau tidak kerajaan menghentikan sementara  membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh. Berita ini mencabar krisis keyakinan terhadap apa yang kerajaan laksanakan manalah tahu mulut satu lidah bertopang.

Mungkin sebagai menghentikan sementara kerana banyaknya suara-suara kesal dan tidak setuju dengan  program mengimport buruh dari luar tersebut atau hanya satu lakonan kata-kata sidang akhbar bagi meredakan suara kebimbangan rakyat.

Apa pun keadaan yang di rancang oleh pemimpin negara, berkaitan pekerja dari luar,nyata yang perlu adalah sikap  perihatin kebanjiran pendatang Bangladesh yang sedia ada, serta masalah-masalah yang sering berlaku hari in.. Bancian perlu dilakukan samaada jumlah yang ada telah mencukupi,kualiti buruh dan jangan hanya mendengar kata-kata atau rungutan majikan. 

Jumlah pekerja Bangla yang sedia ada dalam sektor pembinaan,perkilangan dan pertanian umpanya sentiasa berkurang disebabkan faktor saingan upah dan lama bekerja dan jangka masa menetap disini. Namun   hakikatnya jumlah mereka yang telah berada di negara ini tidak berkurangan yang berlaku hanya pertukaran majikan.

Pendatang Bangladesh apabila telah lama menetap di negara ini telah melaku demand gaji yang tinggi terhadap majikan lama mudah bertukar-tukar majikan mereka atau telah menceburkan diri dalam perniagaan yang sepatutnya rakyat tempatan melakukannya.Kedapatan majikan yang berlainan berlaku sedangkan warganegara bangla tidak berkurangan.

Masalah yang sama telah berlaku semasa kebanjiran peringkat awal rakyat Indonesia dan sekarang ini pendatang Indonesia tidak lagi bekerja di sektor pembinaan dan ladang, sebaliknya menjadi peniaga dan usahawan di negara ini. Sekarang tempat mereka di ladang dan pembinaan  telah di ambil alih oleh mereka dari Bangladesh.

Oleh yang demikian negara tidak memerlukan pekerja tambahan  dari Bangladesh cuma yang di inginkan tindakan imigresen dan anggota keselamatan ,mengatur kembali rakyat bangla yang sedia ada dengan menghantar ke sektor-sektor yang memerlukan.

Sektor perniagaan tidak perlu di beri peluang kepada pendatang Bangladesh kerana akan mengecilkan peluang rakyat tempatan.Rakyat tempatan yang  konon berhati mulia memberi atau menyewa lesen perniagaan perlu diambil tindakan tegas menarik kembali lesennya Tidak ada peluang kedua rakyat tempatan memohon kembali lesen.

Permintaan Persatuan Majikan Malaysia bagi sektor perkilangan,perladangan dan pembinaan serta perkhidmatan jangan kerajaan terus angguk kerana mereka sebenarnya mengalami masalah kesetiaan pekerja terhadap majikan. Hari ini semua jawatan dalam sektor tersebut telah penuh di isi, sebulan atau dua bulan berikutnya pekerjanya telah lesap.

Kekurangan pekerja orang tempatan dalam sektor bermasalah sekarang ini, berpunca kerana upah yang terlalu rendah.Tidak boleh menarik minat rakyat tempatan sekiranya upahnya RM100 ke 150 satu hari dengan kos sara hidup lebih RM200 sehari dengan sewa rumah ,menanggung keluarga dan pelbagai perkara runcit utiliti.Masuknya lima keluarnya sepuluh.

Warga Bangladesh dan warga asing yang lain tidak memerlukan perkara-perkara seperti rakyat tempatan.Bagi mereka datang sebatang karah dan hanya perlu makan dan minum serta sanggup hidup dalam rumah ‘cantik sedikit dari reban ayam’. Kerajaan sanggupkah melihat rakyat tempatan seperti apa yang di lalui oleh rakyat bangla. 

Kerajaan perlu belajar pengurusan sumber manusia yang dilakukan oleh negara jiran kita Singapura. Rakyat tempatan sanggup berulang-alik ke negara jiran tersebut  bukan sahaja dari negeri Johor tetapi terdapat warga tempatan dari pantai timur dan pantai barat, menyahut cabaran bekerja sebagai Jaga,tukang cuci bangunan, kakitangan security ,sektor pembinaan dan sektor perkhidmatan lain. Kesemua jawatan tersebut memperolehi pendapatan lumayan.Mereka masih beroleh untung walaupun berulang sebulan sekali dari Kelantan,Kedah dan Perak.

Majikan di Malaysia  yang menawarkan pelbagai pekerjaan seperti di Singapura itu, hanya bersikap mengaut keuntungan lumayan dengan memerah tenaga rakyat,  Warga Bangladesh di negara ini ibarat memegang besi panas, secara terpaksa melakukan kerja-kerja tersebut kerana keadaan. 

Situasi seperti ini kerajaan sanggup  menyeru atau melemparkan cabaran kepada rakyat tempatan mengambil alih dari warga bangla.
Sebagai contoh syarikat security memperolehi pendapatan RM1500-RM2500 seorang dari syarikat yang memerlukan perkhidmatan keselamatan. Apa yang berlaku syarikat security hanya menggaji pekerjanya RM700.00 hingga RM1000.00 seorang/sebulan.Keadaan ini hendak di implementasikan kepada rakyat.

Menteri dan wakil rakyat hidup dalam keselesaan perlu melihat ke bawah betapa serabutnya rakyat tempatan hendak hidup dengan mencari  pekerjaan yang sesuai dengan tenaga,upah dan masa bagi meyambung hidup untuk hari-hari yang mendatang.

Pendatang membawa cupak ke negeri orang yang kini telah menjadi masalah kepada orang tempatan. Rogol,dan bunuh dan rompak telah menjadi satu fenomena sosial kepada negara ini.Menambah warga asing bererti akan menambah ramai lagi manusia yang kurang berkualiti di negara kita.

Kerajaan Bangladesh bukannya menghantar rakyatnya ke sini dengan mengadakan pemilihan seperti sesi pemilihan anggota polis dan tentera yang pasti kesihatan dan fizikal serta pendidikan terjamin. Kerajaan negara kita pula bukan melakukan pemeriksaan kesihatan 100% setiap warga bangla yang di bawa masuk.Kebanyakan yang berlaku mereka yang datang ke sini sesudah berada di hospital dan dapat dikesan penyakit dibawa dari negara asal.

Menteri dan pegawai kerajaan tidak perlu mencabar rakyat tempatan supaya melakukan kerja-kerja yang rakyat bangla lakukan hari ini ,selagi gaji mereka di bawah paras RM2000/sebulan.Renungkan kenapa kerajaan Singapura tidak berminat mengimport warga bangla untuk melakukan kerja yang rakyat Malaysia lakukan di negaranya.Fikirkan juga rakyat bangla diberi gaji di bawah RM1000/sebulan di sini sebagai security sedangkan di Singapura Jaga berpendapatan SD 2000/sebulan.




No comments:

Post a Comment