Datuk Johan Abdul Aziz - UMNO Selangor, berkata,jangan buat tuduhan tanpa bukti dan dia mendabik dada meminta tangkaplah orang
Umno, maksudnya terus sumbat ke penjara.Bagitulah cakap orang otak sendeng yang
cuba 'declare' Umno bersih dari rasuah.
Rasuah,penyelewengan,salahguna kuasa,adalah merupakan satu
kumpulan kata-kata yang di nobatkan kepada mereka yang berkuasa melakukan
kesalahan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. Sama atau lebih keji dari mencuri,merompak dan meragut.
Rasuah boleh juga di tafsirkan merompak wang individu atau wang rakyat yang
perbuatannya perolehi wang,harta, atau
perkhidmatan secara intelektual atau dilaku oleh cendekiawan terhormat.
Kegiatan macam orang merompak menggunakan pistol atau sejata lain,
tetapi tidak perlu melepaskan tembakan
,hanya tujuan menakutkan - perompak tersebut berjaya merompak bank,atau orang kaya dengan nilai beratus ribu
atau berjuta-juta ringgit.
Perbuatan rasuah bukan semua dapat dibuktikan kerana
kebijaksanaan penerima dan pemberi rasuah melindungi aktivitinya.Terdapat juga
yang menerima rasuah dilindungi oleh mereka yang berkuasa bagi menjaga nama
baik seseorang atau kumpulannya ,lebih tepat lagi, kebal dari undang-undang.
Tidak ada bezanya rasuah dalam parti atau luar
parti.Semuanya ada transaksi memberi dan
menerima manakala pemberi rasuah mengintai peluang memperolehi sesuatu yang
berharga,dan memiliki kuasa yang seterusnya boleh menambah lebih besar koleksi
nilai rasuah.
Perbelanjaan lebih besar dari pendapatan dari ketua cawangan
hingga pegawai perhubungan negeri dan dari pegawai perhubungan negeri ke
presiden apakah tidak berlaku kegiatan rasuah atau penyelewengan kuasa.Kesemua
bagaimana hendak dibuktikan ditangkap dan diheret ke mahkamah. Juga kesemua
yang terlibat berkuasa terhadap kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.Adakah sesiapa
lebih berkuasa dari mereka peringkat negeri atau negara.
Meluluskan lesen memperolehi balak peringkat negeri
dilontarkan pertanyaan “berapa ringgit hendak diberi kepada parti”RM50,000 Dato’”bila
hendak bayar? Sekarang dato’.Taukeh balak keluarkan tunai RM50000 kepada Dato’,
manakala Dato’mengeluarkan resit RM50.00 atas nama parti.Dato’ untung RM49,950.00
terus ke poketnya.
Dato’ telah melakukan penyelewengan terhadap urusan atau
kewangan negeri serta khianat kepada parti.Bagaimana perkara ini berlaku kerana
ketua negeri dan ketua parti adalah orang yang sama.
Itu contoh kecil pelaku rasuah parti Umno dan diantara lebih
besar lagi ialah prinsip RM 10.00 diberi kepada orang miskin hanya boleh
dilakukan untuk makan, manakala RM10.00 diberi kepada ahli perniagaan boleh
menjadi beribu-ribu,berjuta atau perniagaannya berkembang.
Teori dan praktikal ini dilakukan oleh pemimpin Umno semasa
ekonomi negara mengalami kejatuhan yang menghasil saudagar besar hampir
muflis.Dana kewangan atas nama pemulihan ekonomi disuntik kepada mereka yang
juga merupakan kawan-kawan dan anak beranak mereka yang berkuasa.
Bagaimana hendak dibuktikan mereka menyeleweng kerana
perkataan pemulihan ekonomi telah menjadi kata hikmat yang melahirkan perasaan
kasihan kepada saudagar-saudagar besar.Saudagar ini bukannya anak beranaknya
sahaja tetapi terlibat sama orang lain.
Banyak pemimpin Umno sudah kenyang termaksuklah Mahathir
sendiri dan sudah terlepas dari pekara yang membolehkan sebagai bukti sama ada
bukti tersembunyi atau bukti nyata tidak diambil tindakan.
Pemimpin
Umno yang rasuah tidak cukup bukti hendak didakwa dilindungi, hari ini kaya raya
dan menjadi wakil rakyat lebih 5 penggal.Akaun anak dan isteri mempunyai wang
berjuta setiap orang serta rumah banglow tersergam indah.
Peringkat awal menjadi wakil rakyat, malu atau tidak sampai hati menggunakan kereta mewah ke kawasan Dun atau parlimen menemui rakyat bimbang dipertikaikan perbezaan kemewahan antara wakil rakyat dengan rakyat. Hari ini selepas 5 penggal kereta mewahnya telah kerap digunakan melawat kawasan bagai peneroka felda menggunakan proton saga mengutip lantun.
Peringkat awal menjadi wakil rakyat, malu atau tidak sampai hati menggunakan kereta mewah ke kawasan Dun atau parlimen menemui rakyat bimbang dipertikaikan perbezaan kemewahan antara wakil rakyat dengan rakyat. Hari ini selepas 5 penggal kereta mewahnya telah kerap digunakan melawat kawasan bagai peneroka felda menggunakan proton saga mengutip lantun.
Memangnya
ada seorang dua pemimpin UMNO yang kantoi kerana kebodohan menyimpan maklumat dan
keyakinan yang melulu kepada seseorang yang membuatkan mereka
terperangkap.Namun itu adalah balasan Allah kepada mereka yang melampau atau
ego.
No comments:
Post a Comment