Thursday, November 13, 2014

jangan namakan harimau kiranya tak segagah harimau



Terbahak-bahak, takikih-kikih (ketawa) melihat pasukan bolasepak Malaysia melawan Syria.Namanya gah Harimau Malaya.Mungkin harimau yang tidak ada kuku dan taring hanya mampu mengemam dan mendakap mangsa sekuat-kuatnya, tidak mampu meratah mangsa hingga lumat. 

Sekiranya harimau tahu namanya digunakan oleh mereka yang bertenaga lemah tidak sepadan dengan kegagahan yang ada pada dirinya, sudah tentu pemain-pemain bolasepak ditampar-tamparnya.  

Bagitulah keadaan jenama yang hebat tetapi kualitinya menghampakan .Pasukan negara lain sentiasa mengalami perubahan kearah terbaik, tetapi amat malang pasukan negaraku semakin lama semakin jahanam.

Soraknya 100,000 orang di stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir piala Malaysia serta sambutan  temasya negeri yang menang bagaikan pasukan Malaysia menang piala dunia.Di stadium Shah Alam telah menghiris-hiris,merobek-robek  perasaan lebih 27,000,000 rakyat Malaysia.

Keadaan yang memalukan ini bukanya sesekali berlaku sebalikanya banyak kalah dari menang - 10 kali lawan 9 kali kalah bagitulah lagaknya pasukan hari-hari mau kalah.

Skuad harimau Malaya, yang bertenaga kucing, sudah pasti akan dilunyah-lunyah oleh singa Singapura(29/11),gajah Thailand (26/11)dan mungkin dibaham harimau Burma(Myanmar)23/11 bagi merebut piala AFF. Suzuki.

Rakyat Malaysia sudah biasa tidak bergantung harap kemenangan kepada skuad sukan dari negara ini, lebih-lebih lagi bolasepak.Gambaran atau bayangan dalam hati,kalah dalam pertandingan lebih banyak dari menang bila bertanding.

Peminat skuad bolasepak negara ini tentu kerinduan pencapaian olimpik pada tahun 1970 serta 1980,gangsa Asia 1962 dan 1974. Entahlah ! melihat keadaan sekarang mungkin bermimpi kita hendak mencapai kehebatan skuad  negara ini 34 tahun lalu. 

Negara lain sudah berjaya menjenguk dan duduk di persada dunia sedangkan kita terkial-kial mencari kemenangan di Asia Tenggara.

Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 jangan terlalu jauh memendam cita-cita .Cukuplah dahulu sekadar memenangi semua perlawanaan peringkat Asia sebagai menaikkan kembali ranking yang telah jatuh merudum .

No comments:

Post a Comment