Tuesday, October 15, 2013

untung jadi orang bangang



Sungguh bertuah rakyat  yang bodoh dan cuai dalam negara ini lebih-lebih lagi  mereka yang bekerja dengan kerajaan  boleh berbelanja wang rakyat sesuka hati. Beli barang tidak perlu harga yang ditetapkan .Harga boleh dibincang dengan taukeh kedai  atau mereka yang menyediakan perkhidmatan.

Boleh sahaja berbelanja RM 100.00 untuk beli jam tetapi tidak seronok atau tidak dapat apa-apa, aku yang menguruskan kontrak atau pembelian ,bukankah boleh menambah pendapatan kiranya membeli RM3810.00.

Buat apa beli scanner pejabat harga RM1000.00 bukankah aku ada kuasa beli RM20630.00/unit. Seandainya  berjaya beli 5 unit aku sudah untung RM19630.00 x5 =98150. Pasti isteriku guna  atau selesaikan ansuran kereta mewah  tahun  ini.

Yang ini mungkin aku lebih banyak wang sampingan kiranya aku betulkan sistem akuastik bangunan ini dengan harga  kontrak yang ditawarkan RM597,330.00/ .Aku boleh genapkan  wang simpanan tabung haji  3 orang anak aku menjadi 1 juta.

Hari belia negara aku hendak undang kumpulan K-pop  boleh ubah selera tengok peha anak dara korea, yang tentu berbeza dengan putih peha bini aku di rumah. Wang peruntukan ada RM1.6 juta,lagi  pun ada wang sponser apa yang hendak di risaukan .Sekurang-kurangnya dapat menambat hati pengundi muda mengundi parti aku.

Itulah diantara cita-cita aku dulu ,kini dan selama-lamanya.Aku tahu rakyat tidak marah, kerana apa yang aku lihat mereka masih melantik aku dan parti aku memerintah negara ini. Orang SPRM aku bayar gaji sudah tentu mulut mereka sudah ditutup. Hanya heboh sekejapppp je!.

Manusia lain di Malaysia ini banyak berkata susah hendak buktikan aku ini perasuah dan menyeleweng.Sebenarnya aku tahu mereka semua membangangkan diri kerana semua sudah kaya disebabkan  seperti apa yang aku lakukan.


Betapa tidaknya, mereka ini bangang. Sudah jelas  barang harga RM100.00  aku  beli RM 3810.00,Harga scanner paling mahal RM1000.00 ,tersorong-sorong beli yang RM19000.00. Apakah ini bukan bukti aku ini cari wang sakau. (sakau-wang luar(haram) selain gaji).

Aku tahu rakyat negara ini merestui apa yang aku lakukan .Bukan sahaja rakyat merestui tetapi menteri dan PM dan seangkatan denganya merelakan.Mereka menutup bibir dengan jari apabila saling bertemu apabila mendengar dan melihat perkara ini.

Nasib baik kecuai aku ekoran kehilangan aset bernilai lebih RM1.33 juta dengan hilangannya 44 laras senjata api, serta 156 gari, juga 29 kenderaan tidak boleh didakwa. Undang-undang menyebelahi aku kata ketua besar SPRM. Alhamdulilah aku terus kaya.

Di luar sana, aku dengar ada yang menganggap dirinya pemimpin dan telah memperolehi kekayaan  sekeluarga hasil usahanya memimpin negara ini, tiba-tiba bercakap dan melarang pemimpin lain jangan rasuah dan membolot harta negara seperti salah satu cara yang aku lakukan tadi.

No comments:

Post a Comment