Subjek matematik SPM gred yang diperolehi A1 dan Bahasa Malaysia A2 pada tahun
1970.Barangkali tidak salah matematik saya ini. Beberapa hari yang lalu harga
minyak RM1.90 tetapi sekarang kerajaan
pilihan rakyat menaikkan 0.20 sen. Jadi harga petrol hari ini RM2.10 .
Saya menggunakan petrol bagi urusan harian ,tidak banyak, hanya 25
litre seminggu, sebulan 100 litre yang
mengundang perbelanjaan tambahan sebanyak RM20.00 sebulan.Maka satu tahun saya
telah membelanjakan kenaikan minyak
sebanyak RM 2400.00.Mungkinkah kerajaan akan memberikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet
2014 sebanyak RM2400 atau lebih.
Kita semua tahu sebagaimana apa yang saya katakan sebelum ini, bahawa
kerajaan boleh melakukan apa sahaja yang dia suka maka hari ini telah dilakukan
kehendaknya. Walaupun rakyat menunjukkan kemarahan dengan semua orang mengambil tindakan membunuh diri membantah, kita tidak
perlu mengharap pentadbiran pilihan rakyat mengubahnya.
Sebelum ini kerajaan pilihanrakyat
telah mengekalkan apa yang ada pada keputusan pilihanraya ke 13 dengan
mengenepikan semua petisyen pilihanraya
melalui hakimnya dan mengenakan denda
mengikut benak fikiran sebagai pengajaran mereka yang membantah.
Hari ini tanggal 03
September 2013 iaitu 3 hari selepas
ulang tahun kemerdekaan kita di nyanyikan
dengan lagu bantuan BR1M 2014 dengan
liriknya minyak petrol naik 0.20sen. Walaupun
ada wakil rakyat yang berjiwa petroitik mengatakan” minyak naik tak mudaratkan
orang kampung”. Kita sedar mereka yang berwajah demikian tidak memerlukan BR1M
kerana pendapatan sambil meraba-raba pun mencecah ratusan ribu.
Juga ramai orang profesional yang pangkal namanya Dr dan di hujung namanya ada Phd melahirkan pendapat
melalui tv menyokong kerajaan menaikan
harga minyak sebagai berjimat-jimat hasil negara untuk masa depan generasi akan
datang.Dasar peduli orang depan ,persetan orang belakang.
Datuk,nenek, mak, ayah dikampung, yang anak-anak mereka yang tidak
bernasib baik,tidak menjadi wakil rakyat
dan tidak menjawat PTD jabatan kerajaan, masih pandai berteori ekonomi bahawa
minyak naik semua barang keperluan akan naik. Mereka juga berteori mana hendak
mencari pendapatan tambahan untuk menampung kenaikan harga.
Bagi manusia yang berbincang
menaikkan harga minyak tidak memikirkan tempolok rakyat terbanyak . Mereka
sentiasa menjaga poket syarikat jangan
menjadi sedikit untung atau kurang untung dari semalam.
Bagi mereka yang melantik kerajaan sekarang tentulah 'benci sambil menelan air liur ' tentu dialognya bila di tanya perasaan " kerajaan lain pun memerintah naik juga harga minyak "manakala mereka yang tidak memangkah "padan muka - pilih ye lagi". Kesimpulannya sama-sama di bangangkan
No comments:
Post a Comment