“Apa lagi cina mahu” itu kata Najib selepas Pilihanraya.”Barangkali
ini yang mereka mahu “kata Muhyiddin
untuk mereka yang tak sokong BN. Inilah bentuk politik di Malaysia.Politik
demokrasi ala Malaysia .Rakyat kita utamakan. Rakyat di galakkan mengundi
mengikut pilihan mereka. Namun tidak
mengundi BN tidak dapat apa-apa …. Mengundi BN adalah pilihan yang tepat. Tidak
ada yang lain selain pilih parti ini.Kesimpulan pilihanraya di Malaysia membuat
rakyat menjadi gila.
Sudah 13 kali pilihanraya di
Malaysia. Pemimpin parti yang menang dan berjaya memerintah menyimpan dendam.Dendam kepada
individu,kelompok dan komuniti rakyat yang tidak mengundi partinya.Dendam
secara “lump sum” terhadap orang cina.
Tentu rakyat yang cerah
pemikirannya menggeleng kepala melihat gelagat pemimpin
yang melaung-melaung menyatakan negara ini demokrasi tetapi dalam masa yang sama tidak menerima hasil atau hakikat demokrasi .Masih mahu melaksanakan khidmat
berpilih-pilih, walhal ikrar demokrasi
khidmat untuk semua setelah pemilihan selesai.
Muhyiddin memangnya ahli parliman Pagoh, P143 dan di
pertanggungjawabkan memberi khidmat peringkat
pusat bukan untuk bangsa atau kaum tertentu . Sebelum pilihanraya
pelbagai gelaran yang molek-molek dan sedap didengar kepada pengundi ,cohtohnya “pengundi adalah tuan”.Apa yang berlaku
rupa-rupanya. tuannya bukan semua rakyat Malaysia.
Wakil rakyat hari ini kebanyakannya adalah merupakan orang-orang terpelajar dan
telah banyak melihat dunia luar melalui
pembacaan serta lawatan ,yang boleh dijadikan contoh bagaimana pemimpin diluar negara menerima dan menghayati
demokrasi.
Kita tentu kesal dengan sikap
Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri
yang banyak pengalaman berada di
negara maju serta biasa bersemuka dengan pemimpin ternama dunia dan
berpengetahuan ciri-ciri negara demokrasi, dan bukan seorang tokoh dangkal , tetapi mengajak rakyat mengamalkan demokrasi purba.
No comments:
Post a Comment