Sunday, June 9, 2013

Jangan Langgar waad diantara demang lebar daun dengan sang sapurba.



Mengapa hari ini ada segelintir rakyat Malaysia sudah dan telah banyak mengumpat-mengumpat raja-raja dan sultan dan dibimbangi akan ada yang tidak menghormati  rukun negara -  Kesetiaan kepada Raja dan Negara iaitu satu ikrar yang dicadangkan selama ini terus menjadi cadangan tidak menjadi kenyataan untuk di patuhi.

Dipercayai hilangnya rasa tunduk kepada raja berlaku bermula  selepas beberapa siri krisis perlembagaan yang berpunca sikap diantara rakyat  dan raja berkaitan aktiviti politik dan sosial yang kiranya tidak dibendung akan tamat waad atau perjanjian diantara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba .”Maka dibimbangi akan berlaku bumbung rumah ke bawah dan tiang ke atas”.

Kita harus ingat oleh kerana “seulas nangka jangan sampai titah membunuh “di lakukan, yang di khuatiri  sekali lagi berlaku peristiwa “sultan Mahmud mangkat dijulang”.Tragedi sedih ini bukan dilakukan oleh mereka yang diluar lingkungan istana sebaliknya di tikam  oleh laksamananya sendiri.

Susur galur peristiwa adanya pengumpat-pengumpat raja-raja,Agong,Sultan ketika ini  adalah di mulai oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai kuasa,pemimpin yang bebas betutur tanpa had dan sekatan undang-undang dan malahan melebihi kuasa raja-raja itu sendiri.


Kenyataan mereka yang di baluti kuasa ini pula, disiarkan dalam media yang dia sendiri punya ,yang mempolopori media arus perdana yang juga tidak ada undang-undang  boleh menyekat atau merampas terbitannya. Media dan pemimpin ini mempersoalkan sultan dan raja ada masa  serta musim –musim tertentu yang ada ketikanya raja ditatang dan ada ketikanya raja di tentang.


Hari ini rakyat terbanyak tidak bernasib baik kerana musim pemimpin yang munafik raja ini, adalah musim  menatang dan memuja- muji raja. Rakyat perlu diingatkan supaya kiranya hendak teruskan aktiviti mengumpat raja perlu selalu memerhatikan dan mengambil tahu  mod media serta pemimpinnya dan suasananya. Kiranya kita gagal mengikut lenggok munafik raja ini maka ke balai polis akhirnya. 


Ketika saya menulis ini ada cadangan yang hendak membaharui waad  diantara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang nilai undang-undangnya hampir sama hukum derhaka kepada raja."tiang ke atas bumbung ke bawah".

No comments:

Post a Comment