Wednesday, June 12, 2013

Muhyiddin sama perangai dengan Mat Said



“Apa lagi cina  mahu” itu kata Najib selepas Pilihanraya.”Barangkali ini yang mereka  mahu “kata Muhyiddin untuk mereka yang tak sokong BN. Inilah bentuk politik di Malaysia.Politik demokrasi ala Malaysia .Rakyat kita utamakan. Rakyat di galakkan mengundi mengikut  pilihan mereka. Namun tidak mengundi BN tidak dapat apa-apa …. Mengundi BN adalah pilihan yang tepat. Tidak ada yang lain selain pilih parti ini.Kesimpulan pilihanraya di Malaysia membuat rakyat menjadi gila.

Sudah 13 kali pilihanraya di Malaysia. Pemimpin parti yang menang dan berjaya  memerintah menyimpan dendam.Dendam kepada individu,kelompok dan komuniti rakyat yang tidak mengundi partinya.Dendam secara “lump sum” terhadap orang cina.

Tentu rakyat yang cerah pemikirannya menggeleng kepala melihat gelagat  pemimpin  yang  melaung-melaung  menyatakan negara ini demokrasi  tetapi dalam masa yang sama tidak menerima  hasil atau hakikat  demokrasi .Masih mahu melaksanakan khidmat berpilih-pilih, walhal ikrar demokrasi  khidmat untuk semua setelah pemilihan selesai.

Muhyiddin  memangnya ahli parliman Pagoh, P143 dan di pertanggungjawabkan memberi khidmat peringkat  pusat bukan untuk bangsa atau kaum tertentu . Sebelum pilihanraya pelbagai gelaran yang molek-molek dan sedap didengar  kepada pengundi ,cohtohnya “pengundi adalah tuan”.Apa yang berlaku rupa-rupanya. tuannya bukan semua rakyat Malaysia. 

Wakil rakyat hari  ini kebanyakannya  adalah merupakan orang-orang terpelajar dan telah banyak melihat dunia luar  melalui pembacaan serta lawatan ,yang boleh dijadikan contoh bagaimana pemimpin  diluar negara menerima dan menghayati demokrasi.

Kita tentu kesal dengan sikap Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri  yang banyak pengalaman berada  di negara maju serta biasa bersemuka dengan pemimpin ternama dunia dan berpengetahuan ciri-ciri negara demokrasi, dan bukan seorang  tokoh dangkal , tetapi  mengajak rakyat mengamalkan demokrasi purba.

Sunday, June 9, 2013

Jangan Langgar waad diantara demang lebar daun dengan sang sapurba.



Mengapa hari ini ada segelintir rakyat Malaysia sudah dan telah banyak mengumpat-mengumpat raja-raja dan sultan dan dibimbangi akan ada yang tidak menghormati  rukun negara -  Kesetiaan kepada Raja dan Negara iaitu satu ikrar yang dicadangkan selama ini terus menjadi cadangan tidak menjadi kenyataan untuk di patuhi.

Dipercayai hilangnya rasa tunduk kepada raja berlaku bermula  selepas beberapa siri krisis perlembagaan yang berpunca sikap diantara rakyat  dan raja berkaitan aktiviti politik dan sosial yang kiranya tidak dibendung akan tamat waad atau perjanjian diantara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba .”Maka dibimbangi akan berlaku bumbung rumah ke bawah dan tiang ke atas”.

Kita harus ingat oleh kerana “seulas nangka jangan sampai titah membunuh “di lakukan, yang di khuatiri  sekali lagi berlaku peristiwa “sultan Mahmud mangkat dijulang”.Tragedi sedih ini bukan dilakukan oleh mereka yang diluar lingkungan istana sebaliknya di tikam  oleh laksamananya sendiri.

Susur galur peristiwa adanya pengumpat-pengumpat raja-raja,Agong,Sultan ketika ini  adalah di mulai oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai kuasa,pemimpin yang bebas betutur tanpa had dan sekatan undang-undang dan malahan melebihi kuasa raja-raja itu sendiri.


Kenyataan mereka yang di baluti kuasa ini pula, disiarkan dalam media yang dia sendiri punya ,yang mempolopori media arus perdana yang juga tidak ada undang-undang  boleh menyekat atau merampas terbitannya. Media dan pemimpin ini mempersoalkan sultan dan raja ada masa  serta musim –musim tertentu yang ada ketikanya raja ditatang dan ada ketikanya raja di tentang.


Hari ini rakyat terbanyak tidak bernasib baik kerana musim pemimpin yang munafik raja ini, adalah musim  menatang dan memuja- muji raja. Rakyat perlu diingatkan supaya kiranya hendak teruskan aktiviti mengumpat raja perlu selalu memerhatikan dan mengambil tahu  mod media serta pemimpinnya dan suasananya. Kiranya kita gagal mengikut lenggok munafik raja ini maka ke balai polis akhirnya. 


Ketika saya menulis ini ada cadangan yang hendak membaharui waad  diantara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang nilai undang-undangnya hampir sama hukum derhaka kepada raja."tiang ke atas bumbung ke bawah".

Tuesday, June 4, 2013

terbentuk kerajaan lain hilang persepsi negatif



  

Sudah banyak realiti akan lahir persepsi. Terutama persepsi negatif . Individu  yang mengolah persepsi negatif, telah pakar  perkara-perkara realiti, yang berlaku dihadapan mata mereka. Bagaimana dengan persepsi tidak percayakan ketelusan SPR dan kerajaan BN berkaitan memenangi pilihanraya dengan menganugerahkan kad pengenalan kepada warganegara asing di Sabah . 

Tanggapan ini telah sebati dengan rakyat yang prihatin sebanyak  50.87% pengundi  terhadap perangai buruk kerajaan BN. Walaupun mereka yang terlibat menafikan pemberian I/C mempengaruhi  yang termakan budi terus menundi BN.

Apakah salahkah rakyat yang beranggapan  perkara seumpama ini akan berlaku lagi, apabila BN memenangi pilihanraya selepas kalah  sesuatu kawasan  sebelum ini. Menggunakan kata kunci  untuk - kekayaan/berjaya /menang” tidak menipu tidak sah”.

Persepsi lebih buruk  lagi terhadap pilihanraya  di negara ini,ialah  dengan beranggapan  kemenangan BN selama 12 pilihanraya adalah dengan cara menipu melalui pemberian kad pengenalan percuma kepada warganegara asing.Sememangnya salah menganggap yang hitam manis itu pengundi hantu –yang dipertikaikan  kerana  anugerah “my kad”.

Usaha Najib hendak mengubah persepsi  ini tidak akan berjaya selagi tidak terbentuknya kerajaan lain selain BN.

Masih berkisar persepsi  buruk terhadap sistem pilihanraya, adalah berkaitan SPR membantu  memenangkan BN selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya .Perkara ini satu realiti  bedasarkan beberapa siri pilihanraya sebelum ini, terutama BN keseluruhannya merosot atau calon BN hampir tewas.Persempadanan semula  akan memulihkan sokongan kepada BN atau calon BN. Sokongan terhadap Najib diantara yang terlibat proses persempadan semula dilakukan. Menurut fakta SPR, persempadanan semula dilakukan pada 1958, 1974(4), 1984(6), 1994(9) dan 2003, kesemua menguntungkan BN.

Najib tidak  boleh hanya berusaha mengatasi persepsi negatif terhadap sistem pilihanraya,sebaliknya banyak lagi tanggapan  buruk terhadap perangai kerajaan dan institusi-institusinya menguruskan negara ini terutama berkaitan ,rasuah,salahguna kuasa. 

Tidak cukup dengan memutarkan propaganda cegah rasuah berulang kali melalui tv  sedangkan realitinya rasuah di kalangan mereka  dalam kerajaan bagai berurusan dengan pasar borong. Sehingga apa yang dilakukan oleh kerajaan di perlecehkan dan sentiasa dipertikai.

Pelaku rasuah memanipulasi berkaitan risiko undang-undang,kerosakan fizikal pemberi maklumat yang seterusnya melahirkan keengganan  melaporkan kepada pehak berkuasa rasuah.Persepsi rasuah menjadi hal harian kebiasaan,yang memenuhi kehidupan di negara ini bagi menyelesaikan urusan.Rasuah telah menjadi “alah bisa tegal biasa”.Dari sebesar kuali menjadi sebesar kawah.