Tuesday, January 22, 2013

Apa hendak di jenamakan Mahathir



 
Satu ,satu, pengkhianatan Mahathir  terbongkar. .Dibongkar   atau dia membongkar melalui pengakuannya. Perkara gila yang dibongkar sebelum ini ialah memfitnah Anwar Ibrahim dengan membuat pengakuan bahawa Anwar bukan salah apa tetapi dia mempunyai kuasa boleh melakukan apa sahaja .

Selagi dia masih hidup dia tidak dapat lagi bersindung di sebalik  telunjuk walaupun umurnya semakin pendek tetapi pengkhianat terhadap negara terkeluar semakin  panjang  dan banyak telah kita dengar sama ada secara langsung  darinya atau melalui orang yang rapat dengannya atau melalui kenyataan yang menggambarkan sikapnya.. Mahathir lupa” angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam”.

Semasa rejimnya memerintah Malaysia tidak seorang pun berdetik mempertikaikan apa sahaja perbuatannya termasuk mengeluarkan kad pengenalan  berpuluh ribu kepada rakyat asing  untuk menjadi pengundi bagi usaha memenangi pilihanraya  bagi pehak partinya dan memberi bantuan  kewangan kepada syarikat orang kaya ,kawan,kroni  dan anak pinaknya. 

Mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing kiranya dilakukan oleh pegawai atau kakitangan biasa  sudah pasti Mahathir dikenakan undang-undang rimba (ISA) yang dipertahankannya tetapi kerana mahathir berkuasa barangkali ada imuniti mengganti raja ketika itu ,maka dia terlepas dari undang-undang.

Inilah jasa Mahathir menjadikan undang-undang untuk orang lain bukan untuknya atau untuk orang-orang dibawah kangkangnya. Orang yang seperti ini yang telah dipuja oleh UMNO dan ada yang mengabadikan dengan penubuhan Pusat pengajian pemikiran Mahathir.

Orang UMNO hanya sepi dengan perangai Mahathir kerana mereka mendapat  keuntungan sokongan politik bagi meraih kemenangan di sabah.Jenis manusia apa hendak di jenamakan Mahathir ini.Selama 22 tahun menjadikan semua undang-undang di hujung jari telunjuknya.

Barangkali salah satu sebab UMNO memenangi pilihanraya  selama ini dengan majoriti 2/3 terutama di zaman penipuan undi Mahathir selama 22 tahun. Ini  adalah diantara bukti pengkhianatan oleh kerajaan sekarang seperti yang didakwa oleh pembangkang terhadap pertambahan jumlah daftar pengundi di Selangor serta beberapa tempat di lain negeri yang UMNO/BN kalah pada pilihanraya ke 12.

Hari ini rakyat melopong  sambil mengangguk-ngangguk kepala mendengar  kisah-kisah jahat mahathir  terhadap negara melalui media alternatif namun rakyat yang berotak biru masih dalam tempurung di nyanyikan oleh media  berkabilatkan  matlamat UMNO..

Hari ini kita semua beransur-ansur  tahu bahawa Mahathir merupakan manusia berkuasa dan menggunakan kuasa sepenuhnya  bagi kepentingan dirinya  bertopengkan untuk negara.Nyata bahawa kabinet  yang  dilantiknya selama 22 tahun adalah boneka pilihanya yang tidak ada apa-apa peranan dalam mencorakkan  sebuah negara.

Sekarang juga kita mula tahu bahawa Mahathir  mentadbir berdasarkan falfasah  fikirannya bagi merungkai segala masalah negara dan parti yang diwakili.Kalau tidak masakan dia berprinsip  baginijika anda berikan RM1 juta kepada penarik beca, dia akan membelanjakannya untuk perkara tidak berfaedah dan tidak lama dia akan minta lagi. Jika seseorang yang berwibawa dengan mempunyai rekod memperoleh wang itu, ia akan digunakan dengan bijak dan mungkin berlipat ganda” Dia tidak mahu berfikir penarik beca berubah menjadi kaya dan  Tajudin Ramli menjadi bangkrap.

Kita lihat pula dia hendak menghalalkan perbuatannya mencari pengundi segera bagi mengubah keputusan pilihanraya dengan menjual negara kepada bangsa asing. "Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah? Sikap ini bukannya merupakan sikap manusia yang dikenali tetapi adalah sikap syaitan yang dikenali.   
            
Rakyat tentu sudah kenal perangai bos-bos gangster dalam UMNO rupanya masih meneruskan  secara tidak langsung menggadaikan negara kepada orang asing. Tidak pernah serik hilangnya Singapura,hilangnya Batu Putih,robohnya Tajung Pagar.Tidak guna kita mengabdikan kenangan Patriotik terhadap ketua gangster yang bernama Mahathir.

Ini bukan sahaja satu pengkhianat besar telah dilakukan oleh Mahathir dalam satu masa yang sama berlaku juga satu penipuan terhadap sistem pilihanraya dan mencemarkan demokrasi . Walaupun Mahathir menjerit mengatakan mereka yang diberi kad pengenalan bebas untuk mengundi sesiapa yang disukainya, tetapi kita percaya pastinya ada akujanji diantara pemberi dan penerima. Mustahil sikap bersungguh-sungguh mereka yang terlibat penganugerahan kad pengenalan itu  tanpa ada udang di sebalik batu,dan ada lurah disebalik bukit,

Monday, January 14, 2013

Kalimah ALLAH- Apa tujuan pemimpin politik kita





Isu Kalimah ALLAH  segolongan orang melayu islam masih tidak mengambil kira aqidah umat melayu beberapa generasi akan datang. Mereka masih memikirkan pengawalan penggunaannya pada masakini iaitu masa pemimpin politik yang telah berusia 45 tahun ke atas.

Tentunya mereka yang membenarkan kalimah itu digunakan mempunyai kepentingan politik untuk meraih undi. Mereka yang bukan beragama islam telah nampak cerah akan di tunaikan satu tuntutan mereka terhadap pemimpin-pemimpin politik  yang berjiwa besar untuk memenangi piihanraya ke 13.

Membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan islam bererti membenarkan perkataan tersebut digunakan sewenang-sewenangnya bagi tujuan baik atau penghinaan.Bila masanya umat islam Malaysia akan mengawasi serta mempastikan penggunaannya untuk atau sebagai pengganti kata-kata tertentu dalam bible versi  bahasa Malaysia. 

Tidak perlu pelbagai alasan untuk membenarkan penggunaannya dengan merujuk sheikh sana –Sheikh sini untuk menghalalkan .Apakah rujukan itu adakah lebih baik daripada rujukan kepada sahabat –sahabat nabi s.a.w  kalifah yang empat.

Sekiranya satu masa nanti anak cucu-cicit kita akan melihat atau terlihat orang bukan islam berdoa atau beribadat secara mereka sendiri, dengan menyebut nama ALLAH,sudah pasti terlintas dalam kepala mereka semua agama adalah sama. Bagaimana ketika itu anak tadi akan berminat  menganut  agama tersebut, Lebih-lebih lagi kiranya anak tadi akan melihat kemewahan yang ada pada penganut yang dilihatnya ,dengan membandingkan apa yang ada pada ibu mereka yang juga menyebut ALLAH.

Situasi  seterusnya kiranya anak anda atau orang melayu terlihat pengikut agama lain sambil menyembah patung-patung  dengan fasih menyebut ALLAH  sambil mengangkat  dan menyebut “ ya ALLAH  kau berilah aku satu nombor  untuk tambah pendapatan” dalam bahasa melayu. Kebetulan esok atau beberapa hari kemudian penyembah patung itu memenangi nombor judi berkenaan berpuluh atau beratus ribu ringgit. Perkara ini sampai ke pengetahuan anak melayu yang melihat upacara penyembahan tadi. Maka sudah pasti sedikit sebanyak akan tergugat imannya untuk melakukan perkara yang sama.

Ketika ini orang melayu  yang mengaku islam banyak terlibat dengan masalah sosial, seperti terlibat menagih dadah,membunuh,merogol, berzina, merompak.Sudah tentu mereka ini mempunyai ketipisan iman maka kiranya keliling mereka di diami dengan penganut atau pengikut pelbagai agama sering menyebut  nama ALLAH  yang suatu ketika hanya orang islam melayu sahaja, tetapi hari ini kalimah tersebut sudah kedengaran digunakan oleh mereka yang bernama ,Robert,Chua dan Ramasamy.

Kita tidak mahu rakyat Malaysia yang islam akan menjadi penganutnya seperti gambaran dalam filem-filem hindustan, yang mereka beragama islam boleh mengunjungi dan beribadat di kuil, tokong atau gereja yang dalam waktu yang sama menyembah patung-patung atau mengaku jesus anak tuhan.

Tidak usah kita terus bersekongkol dengan agenda orang yahudi,nasrani dan bukan islam yang berterusan memesongkan aqidah umat islam disamping bertujuan mengembangkan agama mereka melalui pelbagai cara dan helah .Rakyat islam malaysia tidak perlu berterusan menunaikan niat ahli bible yang baru hari ini kedengaran menggunakan kalimah ALLAH yang sebelum ini digunakan "TUHAN" mengganti GOD untuk versi melayu.

Hari ini orang melayu malaysia telah terperangkap dengan agenda yahudi dan agama lain melalui pemimpinnya yang tidak mengira keburukan lebih banyak dari kebaikan dengan membenarkan kalimah tersebut di gunakan oleh sesiapa.Kita semua tahu keburukannya akan memerangkap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya sehingga akhirat, tetapi kebaikannya hanya dapat di nikmati oleh  segelintir pemimpin parti politik  sekarang yang berkemungkinan menambah undi semasa pilihanraya ke 13.

Menjadikan popular diri dan politik kepada bukan islam sebalik menimbulkan kebencian  keresahan kepada orang melayu islam. Peringkat awal  pemimpin yang bertujuan mencari atau menambah sokongan atau pengaruh terhadap bukan islam sebaliknya akan mengurangkan sokongan orang islam terhadapnya dan berkemungkinan terjadi ”yang dikepit menikam yang di kandar mengetuk”

Masih ada masa pemimpin melayu meneruskan fikiran yang berpandangan jauh akan terjadinya keburukkan yang akan berlaku kiranya mengikut nafsu politik dan cita-cita diri.Tidak usah di ikuktkan kata hati yang merosak bangsa dan agama ALLAH. Agama Allah untuk kita didunia dan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Sunday, January 6, 2013

Malaysia oh! Malaysia negaraku -Singapura oh! Singapura bekas negaraku!




   
Belum ada dalam hikayat moden Malaysia dan  sejarah dunia sejak May 1965,negaraku mengatasi kehebatan bekas negara  Temasik  seberang  tambak ,dalam segala serba-serbi bidang kehidupan.

Mengikut  data, dari mulut,dan kajian ahli –ahli profesional  ekonomi , dan profesional pentadbiran dan pelbagai manikam bidang masing-masing yang dikeluarkan, negara ini rasanya tidaklah sampai bagitu terbelakang dari negara singa tersebut.

 Sikap "masuk bakul angkat sendiri" pentadbiran negara Malaysia yang selalu membanding-bandingkan  dengan negara luar kemajuannya, tidak pernah atau takut hendak membuat perbandingan dengan Singapura.

 Yang sering kita dengar /lihat perbandingan apabila hendak mengesahkan kenaikan harga minyak dan harga barang.

Bilakah Malaysia mengatasi singapura  perkara-perkara berikut:-
Perkara
Malaysia
Singapura

Corruption Perceptions Index 2012(Rasuah)


54
5
Doing Business 2013(mudah berurusniaga)
12
4
World Competitiveness Yearbook 2012(Berdaya Saing)
14
1
Negara terbaik
36
6
Tiada dalam  400 senarai  rangking”
29

Tiada dalam  400 senarai  rangking”
86


Walaupun kita disuruh bersyukur apa yang ada dan terjadi, tetapi sikap iri hati terhadap kemajuan dan kelebihan negara jiran perlu juga kita muhasabah diri, kerana kita sepatutnya melebihi negara jiran, kerana negara kita mempunyai kelebihan apa yang negara kita ada, berbanding yang  mereka ada.

Menjelang pilihanraya ke 13 ini sikap memuji diri sendiri dengan apa yang ada selama 55 tahun memerintah,kadangkala meloyakan perasaan, terutama melihat pencapaian negara lain yang hampir dengan kita cuma berlaku 47 tahun perpisahan.

Keadaan ini tidak termasuk di aibkan oleh singapura dengan perjanjian air - dibelinya 3 sen jual 50 sen.Kebodohan pemimpin yang tidak berfikiran jauh ini ditambah bodoh lagi dengan jatuhnya tanah Batu Putih ke tangan negara sekangkang kera itu.

Kelebihan singapura ini akan berterusan sehingga satu hari berkemungkinan menguasa Malaysia kerana ketika ini ramai rakyatnya telah melabur hartatanah di Malaysia kerana rakyat Malaysia tidak berkemampuan membeli rumah atau bangunan mampu milik.