Satu
,satu, pengkhianatan Mahathir terbongkar.
.Dibongkar atau dia membongkar melalui
pengakuannya. Perkara gila yang dibongkar sebelum ini ialah memfitnah Anwar
Ibrahim dengan membuat pengakuan bahawa Anwar bukan salah apa tetapi dia
mempunyai kuasa boleh melakukan apa sahaja .
Selagi
dia masih hidup dia tidak dapat lagi bersindung di sebalik telunjuk walaupun umurnya semakin pendek
tetapi pengkhianat terhadap negara terkeluar semakin panjang
dan banyak telah kita dengar sama ada secara langsung darinya atau melalui orang yang rapat
dengannya atau melalui kenyataan yang menggambarkan sikapnya.. Mahathir lupa” angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat
digenggam”.
Semasa
rejimnya memerintah Malaysia tidak seorang pun berdetik mempertikaikan apa
sahaja perbuatannya termasuk mengeluarkan kad pengenalan berpuluh ribu kepada rakyat asing untuk menjadi pengundi bagi usaha memenangi
pilihanraya bagi pehak partinya dan
memberi bantuan kewangan kepada syarikat
orang kaya ,kawan,kroni dan anak
pinaknya.
Mengeluarkan
kad pengenalan kepada warga asing kiranya dilakukan oleh pegawai atau
kakitangan biasa sudah pasti Mahathir
dikenakan undang-undang rimba (ISA) yang dipertahankannya tetapi kerana
mahathir berkuasa barangkali ada imuniti mengganti raja ketika itu ,maka dia terlepas
dari undang-undang.
Inilah
jasa Mahathir menjadikan undang-undang
untuk orang lain bukan untuknya atau untuk orang-orang dibawah kangkangnya.
Orang yang seperti ini yang telah dipuja oleh UMNO dan ada yang mengabadikan
dengan penubuhan Pusat pengajian pemikiran Mahathir.
Orang
UMNO hanya sepi dengan perangai Mahathir kerana mereka mendapat keuntungan sokongan politik bagi meraih kemenangan di sabah.Jenis manusia
apa hendak di jenamakan Mahathir ini.Selama 22 tahun menjadikan semua
undang-undang di hujung jari telunjuknya.
Barangkali
salah satu sebab UMNO memenangi pilihanraya
selama ini dengan majoriti 2/3 terutama di zaman penipuan undi Mahathir selama 22 tahun. Ini adalah diantara bukti pengkhianatan oleh
kerajaan sekarang seperti yang didakwa oleh pembangkang terhadap pertambahan
jumlah daftar pengundi di Selangor serta beberapa tempat di lain negeri yang
UMNO/BN kalah pada pilihanraya ke 12.
Hari
ini rakyat melopong sambil
mengangguk-ngangguk kepala mendengar
kisah-kisah jahat mahathir
terhadap negara melalui media alternatif namun rakyat yang berotak biru
masih dalam tempurung di nyanyikan oleh media
berkabilatkan matlamat UMNO..
Hari
ini kita semua beransur-ansur tahu
bahawa Mahathir merupakan manusia berkuasa dan menggunakan kuasa
sepenuhnya bagi kepentingan dirinya bertopengkan untuk negara.Nyata bahawa
kabinet yang dilantiknya selama 22 tahun adalah boneka
pilihanya yang tidak ada apa-apa peranan dalam mencorakkan sebuah negara.
Sekarang
juga kita mula tahu bahawa Mahathir
mentadbir berdasarkan falfasah
fikirannya bagi merungkai segala masalah negara dan parti yang diwakili.Kalau
tidak masakan dia berprinsip bagini“jika anda berikan RM1 juta kepada penarik beca,
dia akan membelanjakannya untuk perkara tidak berfaedah dan tidak lama dia akan
minta lagi. Jika seseorang yang berwibawa dengan mempunyai rekod memperoleh
wang itu, ia akan digunakan dengan bijak dan mungkin berlipat ganda” Dia
tidak mahu berfikir penarik beca berubah menjadi kaya dan Tajudin Ramli menjadi bangkrap.
Kita lihat pula dia hendak
menghalalkan perbuatannya mencari pengundi segera bagi mengubah keputusan
pilihanraya dengan menjual negara kepada bangsa asing. "Kita patut tengok
balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta
kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku
Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah? Sikap
ini bukannya merupakan sikap manusia yang dikenali tetapi adalah sikap syaitan
yang dikenali.
Rakyat tentu sudah kenal perangai
bos-bos gangster dalam UMNO rupanya masih meneruskan secara tidak langsung menggadaikan negara
kepada orang asing. Tidak pernah serik hilangnya Singapura,hilangnya Batu Putih,robohnya
Tajung Pagar.Tidak guna kita mengabdikan kenangan Patriotik terhadap ketua
gangster yang bernama Mahathir.
Ini bukan sahaja satu pengkhianat besar telah
dilakukan oleh Mahathir dalam satu masa yang sama berlaku juga satu penipuan
terhadap sistem pilihanraya dan mencemarkan demokrasi . Walaupun Mahathir
menjerit mengatakan mereka yang diberi kad pengenalan bebas untuk mengundi
sesiapa yang disukainya, tetapi kita percaya pastinya ada akujanji diantara
pemberi dan penerima. Mustahil sikap bersungguh-sungguh mereka yang terlibat
penganugerahan kad pengenalan itu tanpa ada udang di sebalik batu,dan ada lurah disebalik bukit,
InsyaAllah, ditakdirkan Pakatan mengambilalih kuasa selepas PRU13 ini, kita ambil tindakan sama seperti Mesir bertindak ke atas Hosni Mubarak. Kalau dia lari keluar negara, gangster2 upahan boleh cari dia di mana2 di dunia selagi dia masih hidup.
ReplyDeletehukuman pada pengkhianat negara adalah....hukuman mati.. xda kompromi...ingat !!!!
ReplyDelete