Ceruk pelosok atau di hujung kampung mana skuad bolasepak negara ini berasal.Tidak layak digelar jaguh kampung kerana tidak pernah jadi jaguh.Cuma gah dengan namanya “Harimau Malaya”.Tentunya tidak sepadan dengan kehebatan tenaga seekor harimau di Malaysia ini.
Saya masih ingat kehebatan skuad tahun 60an,70an dan awal 80an.Kehebatan skuad kebangsaan Ketika itu membuatkan saya berlumba-lumba membeli dan memiliki tiket ke Stadium Merdeka yang hanya satu Stadium sepanjang perlawanan melibatkan pasukan negara.
Kini sudah 30 tahun saya tidak
menonton dan melibatkan aktiviti sebagai penyokong skuad kebangsaan yang boleh katakan
satu sukan yang paling popular, kini bertukar kepada sukan paling saya benci ketika
ini dan paling tidak mahu mendengar kehebatan yang tidak sehebat mana sukan itu selalu di gambarkan oleh media Malaysia .
Kadangkala hendak muntah mendengar pujian yang terlau tinggi oleh pengulas sukan di negara ini walhal hanya kemenangan jaguh syok sendiri. Pujian itu hanya melibatkan skuad negeri dan kelab-kelab yang ada di negara ini.Gambaran yang meloyakan bila kemenangan skuad pilihan yang seolah-olah sedang memiliki piala dunia.
Kebencian terhadap skuad negara tidak cukup dengan tidak menonton dan mendengar kelibatan aksi bolasepak tetapi ditambah dengan sikap yang dilahirkan melalui kawan-kawan dan keluarga bahawa “sekiranya dijemput ke stadium dengan kereta mewah dengan tiket percuma pun tidak berminat menontonnya.”bagitulah kebencian saya.
Anak-anak dan keluarga terlalu
marah dengan sikap saya dan menuduh saya tidak patriotik. Itulah sikap saya
apabila ada cannel televisyen yang menyiarkan secara langsung bolasepak negara.Saya lagi rela menyokong pasukan lawan.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan skuad bolasepak negara berkedaan sekarang yang sentiasa dibuli oleh skuad luar negara.
Berkemungkinan bayaran/elaun skuad negara adalah lebih murah dari bayaran pasukan negeri atau kelab.Itu salah satu sebab semangat juang cepat luntur hanya berkobar-kobar 15 minit yang pertama.
Mereka mudah menyerah mungkin memikirkan perbandingan elaun di bayar oleh kelab mereka berbanding bayaran di taja skuad negara .
Tiga puluh tahun lalu tidak ada pasukkan professional, yang ada pasukan negeri,tidak berlumba-lumba memberi elaun paling banyak.Semangat kental lahir kerana negara.Hari ini bermain untuk memenuhi poket permain atau sumber pendapatan.
Mereka bersaing dengan mempamirkan pemainan yang cemerlang semasa dalam liga bagi memancing taukeh-taukeh kelab untuk ditempatkan dalam pasukannya.Taukeh kelab menggila menawarkan bayaran paling tinggi.
Kita lihat kelab yang menawarkan bayaran yang tinggi kepada pemain sentiasa menjuarai liga bukan satu,dua malahan tiga kejuaraan dalam satu-satu musim.
Formasi permainan,fizikal tubuh pemain dan tektik permainan, kemahiran asas bola sepak tidak banyak berbeza dengan pemain-pemain zaman Mokhtar Dahari.Soh Chin Aun,Arumugam dan Saharudin Abdullah dan Namat Abdullah serta Shukur Saleh ,Ali Bakar,Isa Bakar.
Kehebatan mereka sudah tentu tidak dapat disaingi oleh pemain sekarang samaada hari ini atau 30 tahun akan datang.Keyakinan ini berdasarkan apa yang berlaku di UAE. Negara luar telah terkini lebih 35 tahun dari Malaysia.Jepun menjadi belasahan Malaysia satu Ketika dulu kini di tempat ke 28 dunia.
Buntangkan mata lihat rangking negara mana perlu di contohi,Thailand.Vietnam,Pilipihina,Indonesia ,Korea Selatan,Jepun dan China.
Tidak usah mimpikan seperti skuad bolasepak negara Eropah,kiranya masih bercita-cita duduk di tangga ke 153 dunia.Sungguh amat memalukan liga professional kita.
Dimana letaknya dikata professional itu ?.Mungkin hendak di letakkan GAHnya dan di canangkan HEBATnya, di sekitar stadium Bukit Jalil atau Stadium terbaru di Johor, serta beraksi depan media Astro,RTM atau Media Prima.
Liga professional negara ini hanya berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat ,dikalangan belia tetapi gagal menyemai sikap patriotik untuk negara.
Kesemua yang terlibat mementingkan ringgit,menjanjikan bayaran puluhan ribu setiap individu.Dimanakah yang hendak dikatakan sumbangan pemain bolasepak negara ini “majulah sukan untuk negara” sedangkan sukannya tak maju-maju.
No comments:
Post a Comment