Thursday, December 31, 2020

Hai kerajaan pilihan sesama wakil rakyat


kerajaan faham kesusahan rakyat” dialog ini di ulang-ulang kerajaan pengkhianat ditambah lunak lagi demi rakyat kita lakukan apa sahaja.kerajaan ini terbentuk melalui pintu istana bukan pintu belakang.

Megah dengan 111 undi dan kecewanya dengan 108 sokongan yang menetang/tidak bersetuju bajet atau lebih tepat tidak bersetuju dengan pengkhianat.

Itulah yang berlaku di zaman kerajaan pilihan sesama wakil rakyat. Perangai wakil rakyat bangsa melayu terburuk dalam sejarah khianat sesama sendiri. Sejarah keruntuhan kerajaan melayu Melaka  dilahirkan kembali oleh orang melayu  bernama si Kitol yang muncul dengan wajah dan cara khianat berlainan

Kerajaan pilihan rakyat yang tumbang 10 bulan yang lalu telah menjadi kebencian wakil rakyat yang mengkhianat. Waki rakyat kerajaan pilihan rakyat di labelkan celaka, orang politik gila dan pelbagai jenama yang menggambarkan hati busuk mereka.

Itulah realiti hari ini di Malaysia wakil rakyat merupakan jawatan untuk MENCARI MAKAN DAN PLATFORM MERAIH KEMEWAHAN .Lebih untung sekiranya mendapat pendatan tambahan sebagai Perdana Menteri,Timbalan Menteri atau Duta,atau  sebangsat-bangsat jawatan makan tidur ada elaun pengerusi GLC.

Untuk memastikan kerajaan pengkhianat ini berterusan  dalam bajet 2021 telah diperuntukan  lebih RM85 juta  untuk propaganda (JASA)memaparkan secara tidak langsung kebaikan kerajaan dan menterinya serta wakil rakyatnya.

JASA merupakan bajet yang menggambarkan kerajaan pengkhianat  tidak yakin kebolehan diri sendiri yang memerlukan sokongan komunikasi luar .

Rakyat tak mentedarah atau kurang mentedarah  tetapi kerajaan pengkhianat terus memikirkan pelbagai cara dengan bajet JASA bertujuan hendak berkuasa berterusan

Rakyat tidak ada kerja,dibehentikan kerja di sektor swasta, pelancongan, pengangkutan darat,laut dan udara, tak terfikir oleh rakan pengkhianat cara lain selain mengguna dialog yang meluat kita dengar “kerajaan faham kesusahan rakyat”

Pengkhianat dalam kerajaan lalu, berada dalam kerajaan sekarang sentiasa berfikir hendak terus menjadi wakil rakyat.yang dibayangi elaun tidur di GLC .

Seterusnya  berfikir dan cuba mengacau pendapatan kakitangan khidmat awam yang gaji tidak seberapa supaya menyumbang RM10.00 sebulan.

Tidak ada syor Menteri dan gerombolan kabinetnya lebih 70 orang potongan RM1000/sebulan.Tidak bertepatan langsung rakyat di utamakan.

Hari ini melalui media di uar-uarkan ekonomi negara telah mula pulih. Berita yang langsung tidak memberi faedah kepada rakyat biasa,yang punca pendapatan,menorah getah,hasil sawit.sektor pelancongan,pemandu teksi pekerja kilang yang diberhentikan.

Sekarang yang beruntung ialah pekerja kerajaan yang tidak terjejas  menerima gaji dan kenaikan gaji seperti yang dijanjikan walaupun tidak amanah,kurang bertanggungjawab,rasuah serta menipu.

 

No comments:

Post a Comment