Wednesday, September 19, 2018

Kerajaan baru: Ramai lahir Syaitan manusia



Sejak kerajaan Pakatan Harapan  mengambil alih pentadbiran negara ramai syaitan-syaitan fitnah lahir dan,meroyan-royan berterusan memburukkan individu dalam kerajaan dan urusan kerajaan keseluruhannya.. Mereka  bersuara melalui whatssap group,laman sosial facebook dan blog  persendirian dan terbaru mengadakan perhimpunan atas nama kebangkitan bangsa melayu dan islam.

Mereka masih tidak berpuashati dengan proses demokrasi di jalankan di negara ini terutama kerajaan yang memerintah 60 tahun lalu gagal  memenangi pilihanraya. Mereka yang mencurahkan perasaan melalui laman sosial itu masih menepuk-nepok dada, menepuk kepala dan menumbuk-numbuk diding melahirkan kekesalan.

Sepatutnya mereka berasa lega kerana kerajaan baru mengganti kerajaan yang di sokongnya selama ini terdiri dari pemimpin munafik yang hanya berikrar tidak makan satu sen duit rakyat rupanya manusia perompak,penipu rakyat.

Sebelum pilihanraya ke 14 kerana terlalu taksub kepada satu-satu parti politik dan individu pemimpinnya  telah membuatkan dikalangan mereka yang memuja menolak  semua berita ,kesalahan jenayah rasuah,kleptrokasi kuasa pemimpin ini .Ketika seorang demi seorang yang dulunya mereka puja adalah merupakan pemimpin munafik .

Hari ini Kebanyakan dikalangan mereka gagal menolak pemimpin seperti ini kerana kepentingan diri dan ,jawatan yang merupakan sumber kewangan mudah yang di hulurkan oleh MO1  dari 2009 hingga 2018.Pemimipin yang terdahulu mengeluarkan wang tunai berjuta-juta dengan mudah bagai mengeluarkan wang dari poketnya sendiri.

Siapa yang memilih akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti kerana telah memilih  dan simpati dengan pemimpin yang tidak amanah.Kuasa mengundi yang sepatutnya menolak pemimpin korap setiap pilihanraya. 

Apa yang berlaku pada pilihanraya yang ke 14 adalah satu pilihan yang tepat sekurang-kurangnya bagi peluang bertahan selama 5 tahun.Gunakan kuasa rakyat setiap 5 tahun melalui penilaian setiap hari perjalanan kerajaan terpilih.

Rakyat berhak mencatatkan kesilapan kerajaan semasa, bagi membuat perbandingan untuk pilihanraya akan datang. Tugas rakyat hari ini membiarkan kerajaan terpilih menjalankan tanggungjawab. Amalan demokrasi di larang mengganggu segala urusan kerajaan terpilih.

Kita sedar kerajaan baru yang terpilih sentiasa diganggu oleh hasutan mereka yang tidak berpuas hati melalui media sosial serta himpunan jalanan, walaupun baru sahaja 4 bulan berkuasa..Ada di kalangan mereka menyatakan melayu berada di persimpangan kehancuran. 

Pemikiran melayu telah pun hancur selama lebih 60 tahun dengan minda mereka di set sologan ‘ketuan melayu’ menjadikan melayu tiada persaingan berserah pada nasib dalam semua bidang kerana tanggapan seorang tuan  negara ini tak akan hilang.

Semangat perkauaman di timbulkan oleh pemimipin kecewa apabila melayu mula berubah kepada idealogi lain selain idealogi parti politik 60 tahun lalu.

Mereka yang mengadakan ‘perhimpunan melayan emosi’ ketika ini terdiri dari bekas pemimpin yang kehilangan kuasa dan sumber kewangan. Perlu di ingat sebelum turut serta dalam perhimpunan anjuran mereka ,rakyat perlu tahu latarbelakang pemimpin tersebut.

Rakyat telah memberi tempoh yang panjang iaitu selama 60 tahun untuk melaksanakan pelbagai kekuatan  jatidiri rakyat  menghadapi segala rintangan hidup .Usia selama itu bagi seorang manusia adalah usia bersara hanya perlu menikmat hasil kerjanya.

Hari ada manusia yang kecewa selepas pilihanraya telah mengatur langkah undur kebelakang balik semula sebelum merdeka membangkitkan semangat perkauman,dan seru kembali orang melayu supaya memberontak  menegakkan agama dan ketuanan kuasa yang mereka sendiri hilangkan sewaktu mentadbir selama 60 tahun. 

Orang melayu tidak boleh lagi tertipu oleh sekumpulan manusia kecewa yang nyata akan merugikan mereka dengan ideologi sudah ketinggalan jauh. Inilah masa orang melayu perlu berhijrah dari memikirkan hak mereka yang sudah hancur musnah oleh perakus yang bertopengkan seorang pembela bangsa kepada melayu bijaksana menyelamatkan tanah rezab melayu tinggal 12% yang di jual pemimpin melayu celaka 60 tahun lalu.

Turut serta bersama pemimpin seperti mereka ini adalah satu pilihan yang bijak yang matang lari menyelamatkan diri  dari berlaku kebakaran lebih besar kepada rumah berusia berusia 60 tahun.Kita berharap lebih ramai yang meninggalkan tag line dulu kini dan selama-lamnya.


No comments:

Post a Comment