Sunday, May 20, 2018

ha !..ha! melayu dah mula berubah






tarikh 9 haribulan Mei 2018 telah merubah suasana politik negara ini. Perancangan manusia ditentukan oleh Allah. Kekalutan politik negara lega sementara. Ibarat perut memulas berasa selesa dengan  di keluarkan isi-isinya di tandas.

Seronok hari ini menonton televisyen dan membaca akhbar harian yang telah berubah 360 % stail pemberitaannya yang menyiarkan berita yang lebih normal,berakal dan berakhlak tidak seperti sebelum ini rakyat menerima maklumat perangai ,dialog pemimpin yang mengambil alih sekarang ketika berseteru politik.

Nampak sedikit kepandaian rakyat menggunakan haknya,menghukum dan tidak  memilih penguasa yang jelas korap serta bertindak sesuka hati. Bukan saya sahaja yang bercakap, tetapi dunia telah mengesahkan perangai  akhlak terhadap ekonomi negara ini oleh bekas pemimpin –pemimpin yang tidak terpilih.

Mungkin ada beberapa negeri dan beberapa kawasan melayu  yang masih takut mencuba nasib melalui pentadbiran baru kerana kongkongan fikiran zaman, 60an,70an dan 80an termimpi-mimpi peristiwa ngeri yang berlaku bila bertukar kepimpinan.

Rakyat Selangor contoh pengundi yang terbaik sudah mula menolak parti yang telah berusia lebih 60 tahun,yang sudah mula menjadikan harta Malaysia sebagai harta parti dan harta pemimpinnya.

Melayu Malaysia dan India Malaysia  masih menggigil-gigil memangkah selain biru tua tetapi Cina Malaysia bergembira memangkah biru muda kerana telah berasa jemu dengan hidangan gulai cili api sepanjang lebih 55 tahun. 

Rakyat Malaysia hampir terlewat bertindak terhadap pemimpin bobrok yang semakin hari semakin menggila  dan angkuh tidak pernah mendengar suara rakyat selepas piliharaya ke 13 lagi.Lima tahun rakyat menderita perasaan dan bersengkang mata mencari nafkah kehidupan dan berbelanja pendapatan.

Kita berharap biarlah pemimpin ini lenyap dalam kehidupan kita  serta  tidak timbul lagi suasana yang serupa . Kerajaan yang baru PAKATAN HARAPAN ini pastinya lebih baik dari kekejaman BARISAN NASIONAL. 

Seandainya  dengan nada dan irama yang sama seperti pentadbiran 60 tahun lalu sudah pasti  5 tahun akan datang rakyat tidak segan-segan melakukan seperti apa yang berlaku terhadap Barisan Nasional.
Kita kasihan melihat kepincangan pemimpin BN sekarang ini ,tetapi kesemua apa yang telah berlaku adalah di sebabkan ego pemimpin tertinggi parti tersebut, yang sentiasa diampu oleh ahli parti dan mereka yang terpilih menganggotai kabinet.

Perkara terjadi sekarang berkemungkinan tidak berlaku terhadap Barisan Nasional sekiranya Presiden parti mengundur diri peringkat awal ketika heboh pelbagai tuduhan terhadapnya.Sementara itu tindakan pemimpin parti yang korup beransur-ansur dihapuskan.

Pemimpin negara ini perlu mengambil contoh perletakan jawatan  pemimpin dunia luar yang sentiasa menjaga integriti dan rasa bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku pada personalitinya atau kepimpinannya .

Kurang mendengar pemimpin politik yang ditangkap kerana salahlaku urustadbir atau jenayah rasuah. Pada satu musim muak menatap berita melalui media, lain-lain golongan berkuasa menyalahguna kuasanya .Itu pun tindakan penyudahnya masih tidak berlaku.Hanya pesta perasuah memakai baju SPRM di bawa ke pejabat untuk di soalsiasat.

Tanggal 20 May 2018 kita telah mula mendengar ahli politik, rumah-rumah mereka diserbu polis bagi mencari bukti kes kesalahan yang mungkin berlaku. Kita berharap ramai lagi selepas ini mereka yang disebut-sebut melakukan pelabagai penyelewengan di ambil tindakan.

Rakyat akan terkesan seronoknya memilih kerajaan baru sekiranya ramai terbongkar mereka yang rakus kuasa mengejar ringgit, dan  berjaya mengumpul  harta, memakai baju berwarna oren seterus menunggu bilik penjara.

No comments:

Post a Comment