tarikh 9 haribulan Mei 2018 telah
merubah suasana politik negara ini. Perancangan manusia ditentukan oleh
Allah. Kekalutan politik negara lega sementara. Ibarat perut memulas berasa selesa dengan di keluarkan isi-isinya di tandas.
Seronok hari ini menonton televisyen
dan membaca akhbar harian yang telah berubah 360 % stail pemberitaannya yang
menyiarkan berita yang lebih normal,berakal dan berakhlak tidak seperti sebelum
ini rakyat menerima maklumat perangai ,dialog pemimpin yang mengambil alih sekarang ketika berseteru
politik.
Nampak sedikit kepandaian rakyat
menggunakan haknya,menghukum dan tidak memilih penguasa yang jelas korap serta
bertindak sesuka hati. Bukan saya sahaja yang bercakap, tetapi dunia telah mengesahkan
perangai akhlak terhadap ekonomi negara
ini oleh bekas pemimpin –pemimpin yang tidak terpilih.
Mungkin ada beberapa negeri dan
beberapa kawasan melayu yang masih takut
mencuba nasib melalui pentadbiran baru kerana kongkongan fikiran zaman,
60an,70an dan 80an termimpi-mimpi peristiwa ngeri yang berlaku bila bertukar
kepimpinan.
Rakyat Selangor contoh pengundi yang terbaik sudah mula menolak parti yang telah berusia lebih 60 tahun,yang sudah mula menjadikan harta Malaysia sebagai harta parti dan harta pemimpinnya.
Rakyat Selangor contoh pengundi yang terbaik sudah mula menolak parti yang telah berusia lebih 60 tahun,yang sudah mula menjadikan harta Malaysia sebagai harta parti dan harta pemimpinnya.
Melayu Malaysia dan India
Malaysia masih menggigil-gigil memangkah
selain biru tua tetapi Cina Malaysia
bergembira memangkah biru muda kerana
telah berasa jemu dengan hidangan gulai cili
api sepanjang lebih 55 tahun.
Rakyat Malaysia hampir terlewat
bertindak terhadap pemimpin bobrok yang semakin hari semakin menggila dan angkuh tidak pernah mendengar suara rakyat
selepas piliharaya ke 13 lagi.Lima tahun rakyat menderita perasaan dan
bersengkang mata mencari nafkah kehidupan dan berbelanja pendapatan.
Kita berharap biarlah pemimpin
ini lenyap dalam kehidupan kita serta tidak timbul lagi suasana yang serupa .
Kerajaan yang baru PAKATAN HARAPAN ini pastinya lebih baik dari kekejaman
BARISAN NASIONAL.
Seandainya dengan nada dan irama yang sama seperti
pentadbiran 60 tahun lalu sudah pasti 5
tahun akan datang rakyat tidak segan-segan melakukan seperti apa yang berlaku
terhadap Barisan Nasional.
Kita kasihan melihat kepincangan
pemimpin BN sekarang ini ,tetapi kesemua apa yang telah berlaku adalah di
sebabkan ego pemimpin tertinggi parti tersebut, yang sentiasa diampu oleh ahli
parti dan mereka yang terpilih menganggotai kabinet.
Perkara terjadi sekarang berkemungkinan
tidak berlaku terhadap Barisan Nasional sekiranya Presiden parti mengundur diri
peringkat awal ketika heboh pelbagai tuduhan terhadapnya.Sementara itu tindakan
pemimpin parti yang korup beransur-ansur dihapuskan.
Pemimpin negara ini perlu
mengambil contoh perletakan jawatan pemimpin
dunia luar yang sentiasa menjaga integriti dan rasa bertanggungjawab terhadap
kepincangan yang berlaku pada personalitinya atau kepimpinannya .
Kurang mendengar pemimpin politik
yang ditangkap kerana salahlaku urustadbir atau jenayah rasuah. Pada satu musim
muak menatap berita melalui media, lain-lain golongan berkuasa menyalahguna
kuasanya .Itu pun tindakan penyudahnya masih tidak berlaku.Hanya pesta perasuah
memakai baju SPRM di bawa ke pejabat untuk di soalsiasat.
Tanggal 20 May 2018 kita telah
mula mendengar ahli politik, rumah-rumah mereka diserbu polis bagi mencari
bukti kes kesalahan yang mungkin berlaku. Kita berharap ramai lagi selepas ini
mereka yang disebut-sebut melakukan pelabagai penyelewengan di ambil tindakan.
Rakyat akan terkesan seronoknya
memilih kerajaan baru sekiranya ramai terbongkar mereka yang rakus kuasa mengejar
ringgit, dan berjaya mengumpul harta, memakai baju berwarna oren seterus
menunggu bilik penjara.