Perdana menteri yang liat hendak berhenti, mungkin masih menuggu derma seterusnya yang lebih
besar sehingga 3.6 bilion. Juga berasa takut hendak berhenti yang akan kehilangan
kuasa dikhuatiri penggantinya memasukkannya ke lokap polis atas pelbagai kesalahan.
Barangkali hendak adakan cabutan undi
seluruh negara samada dia disukai atau tidak sebagai PM. Kiranya di beri
pilihan di sukai atau tidak, sudah pasti orang-orang Cina sama ada dari MCA
atau DAP tidak perkenan dengan perangai Najib.
Bangsa India lebih kurang melayu
duduk atas pagar yang dikeluarkan sedikit modal dari 2.6 bilion itu belikan gula beras, dan pelbagai makanan ,berkemungkinan
turut serta dari geleng ke angguk terhadap Najib.
Rakyat yang berakal dan berfikiran
terbuka terutama yang terlibat dan menyokong demontrasi BERSIH amat marah
terhadap Najib yang melabelkan mereka kecetekan minda dan miskin semangat
kebangsaan.
Tokoh bilionair derma ini sungguh lancang mulutnya memberi gelaran golongan rakyat pelbagai nama seperti
bangsat,haramjadah dan pelbagai kategori manusia.
Rakyat ,khususnya peserta BERSIH 4
merupakan perancang bijak yang mengambil kesempatan suasana merdeka, menyatakan
pandangan dan melahirkan perasaan tidak puashati terhadap kerajaan,berkaitan
isu semasa dan menuntut pilihanraya bersih dari merasuah rakyat. Sebagaimana
kerajaan BN mengambil kesempatan menggunakan wang kerajaan atas nama BN membuat
pelbagai projek untuk pengundi dan pemberian tunai seperti BR1M.
Mengubah kerajaan yang sedia ada
tidak berjaya kerana pilihanraya tidak bersih yang kebanyakan rakyat sebagai
pengundi di rasuah. Terbukti dengan
sumbangan 2.6 bilion untuk pilihanraya.Parti yang banyak wang akan berterusan
mengekalkan kemenangan.
Demonstrasi jalanan tidak menggugat ketenteraman awam sebagaimana pandangan Najib
– Keadaan tidak terkawal berlaku semasa demontrasi diadakan adalah hasil ciptaan
provokasi anggota keselamatan atau orang luar yang tidak turut serta
berdemontrasi.
Tujuan provokasi yang
menghuruharakan perjalanan perhimpunan sebagai alasan anggota keselamatan untuk
turut masuk campur mengawal keadaan. Alasan ini juga akan dijadikan faktor penting tidak meluluskan permit.
Sejak akhir-akhir ini najib menggunakan kata-kata pemimpin PAS
untuk menambah koleksi pembelaan dirinya seperti sokongan Harun Din dan Hadi
serta terbaru mengesahkan demontrasi adalah Haram oleh mufti Kelantan.
Kehancuran dan kemusnahan bukan
disebabkan oleh rakyat yang berdemontrasi tetapi lebih kepada halatuju
pemimpinnya yang diberi kepercayaan yang
berterusan mementingkan diri. Rakyat dapat percuma tunai 950 setahun tetapi pemimpin 2.6 bilion. Ini
jumlah yang terbongkar, tidak terkira nilainya yang tersembunyi.
Rakyat tidak ada kesempatan dan
tidak akan menjadi pengkhianat yang biasa menjadi pengkhianat adalah pemimpin
yang mengkhianat rakyatnya dengan mengambil kesempatan dilantik pemimpin
membolot harta kerajaan dan rakyat untuk kekayaaan dirinya sehingga bangsanya
menjadi terbangsat.
Tidak seorang pun rakyat dan bagitu juga pemimpin bercita-cita
memusnahkan negara kerana sakitnya berbunuh-berbunuhan antara satu sama lain,
yang akhirnya memusnahkan harta yang diperolehi sekian lama. Mereka berdemo
kerana menyuarakan hasrat bekendakkan kepimpinan dan kerajaan yang lebih baik
dari sedia ada.
Kerajaan yang sedia ada terlalu
perasan selama 58 tahun, yang sepatutnya mohon pencen pilihan, yang ketika ini
kesihatan untuk mentadbir telah merosot.
Sesiapa pun boleh menjadi
pengkhianat bukan rakyat sahaja. Pemimpin megkhianat melalui cara dia memimpin
dan membolot harta rakyat - memperolehi 2.6 bilion itu satu rasuah terbesar. Seandainya pemimpin tidak punya kuasa, tidak ada orang hendak menghulur
wang sebanyak itu.
Biasanya orang sudah kenyang tentu
suka perasaan dan bercakap atau berpidato lebih berkeyakinan dengan nasihat dan
bersemangat petrotik. Mereka yang miskin tidak ada masa melahirkan petriotik
kerana sibuk mencari makan dan menguruskan hidup..
No comments:
Post a Comment