Sekali lagi Najib lega kerana tribunal
khas siasat 1MDB telah ditutup kerana arahan peguam negara yang di lantik Najib menggantikan
Ghani Patail. Bagitulah seronoknya menjadi orang yang berkuasa yang ada kuasa pembatal atau kuasa veto macam
Russia terhadap tragedi MH17.
Semua perilaku jenayah yang
dilakukan sendiri atau kroni atau keluarga boleh di batalkan.Mereka yang
bersuara atau cuba-cuba berlagak baik untuk menyiasat di bunuh sahaja
jawatannya.Menteri dan pegawai kerajaan jangan hendak beraksi melebihi
kuasa eksekutif.
Entahlah Malaysia.Tidak mungkin sebagai
rakyat yang prihatin dan patriotik boleh bersifat tidak mengambil tahu atau
persetankan tentang keadaan politik,perjalanan pentadbiran negaranya dan suasana sosialnya, sekiranya pemimpinnya semua peringkat mempermainkan atau
memutar belitkan isu aktiviti rasuah. Individu rakyatnya melibatkan jenayah
bunuh, menipu,rogol,dadah.
Hari ini tidak boleh lagi ada sifat
beri kepercayaan kepada pemimpin,pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja yang
berkuasa untuk menguruskan negara. Kita perlu mengambil tahu
dan bertindak kerana tiada lagi orang yang boleh di percayai, walaupun
berulangkali berkobar-kobar menyatakan pendirian atau ikrar menyuruh rakyat
bertekad menaruh keyakinan bahawa
pemimpin mereka bekerja untuk rakyat.
Rakyat perlu berterima kasih kepada
mereka yang terlibat terhadap kemajuan internet,media,dan laman sosial yang
menjadi alat sumber maklumat orang ramai, terutama di negara kuku besi media.Pedulikan pehak
berkuasa yang berkhutbah memberi peringatan rakyat, supaya jangan percaya
maklumat yang disampaikan melalui laman sosial dan media luar dengan alasan adalah fitnah dan
palsu.
Perlu diingat bahawa maklumat
Najib dapat duit sebanyak 2.6 billion adalah hasil maklumat yang disalurkan
melalui media luar dan laman sosial yang di sebarkan melalui internet sebagai
sumber maklumat untuk pengetahuan lebih ramai manusia.
Di takdirkan tidak di sampaikan
maklumat ini kepada masyarakat Malaysia sudah pasti kita didendangkan lagu
ciptaan Najib dan gerombolanya” rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan”,BR1M
950”.Sekarang telah jelas yang Rakyat BR1M 950 manakala Najib BR1M
2600,000,000.
Sekiranya tiada perkembangan
teknologi canggih dan kebebasan maklumat sudah pasti diri kita seperti atok dan
nenek-nenek yang pengetahuannya
bersumberkan berita-berita surat khabar dalam negara seperti,Utusan
Malaysia,BeritaHarian,Harian Metro,Kosmo,Star dan Straits Times, yang sampai kiamat
tidak mengeluarkan berita-berita atau maklumat perangai buruk pemimpin dan
kerajaan.
Media dalam negara ini ibarat di wajibkan menyebut perkara-perkara yang baik bagi simati.
Media dalam negara ini ibarat di wajibkan menyebut perkara-perkara yang baik bagi simati.
Usaha kerajaan yang ada hari ini
untuk bertindak menapis dan menyekat kebebasan maklumat di laman sosial ,facebook,blog
dan media luar perlu di tentang sehabis maksima tenaga.Mereka yang berkuasa
berusaha menyekat kebebasan menyebarkan
maklumat adalah di sebabkan banyak perkara benar di pertonton, di dengar dan
ditulis sebagai usaha menelanjangkan perangai individu yang memang bersalah.
Alasan maklumat yang disebarkan
membolehkan negara huruhara dan menggugat hubungan kaum dan kesetabilan kerajaan
adalah alasan pemerintah sekiranya rakyatnya terdiri golongan masyarakat primitif atau
zaman purbakala. Seterusnya bertujuan menutup sesuatu kelakuan buruk atau salahlaku pemimpin
dari pengetahuan umum
Rakyat hari ini boleh menilai
yang mana baik,dan perkara benar. Manakala
Kerajaan boleh mengawal kerakusan pengguna laman sosial dan kebebasan media melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada, serta bertindak
membawa mereka yang benar-benar mengfitnah ke
mahkamah.
Tindakan menggantung perjalanan akhbar oleh KDN dan SKMM seperti dilakukan terhadap The Edge dan Sarawak Report akan memuncaknya kebencian dari masyarakat prihatin terhadap kerajaan.Media alternatif dari luar yang tidak dapat di kawal kerajaan akan mengambil kesempatan membekalkan maklumat salahlaku rakyat negara ini seperti The Wall Street Journal,The New York Times dan akhbar Australia
Tindakan menggantung perjalanan akhbar oleh KDN dan SKMM seperti dilakukan terhadap The Edge dan Sarawak Report akan memuncaknya kebencian dari masyarakat prihatin terhadap kerajaan.Media alternatif dari luar yang tidak dapat di kawal kerajaan akan mengambil kesempatan membekalkan maklumat salahlaku rakyat negara ini seperti The Wall Street Journal,The New York Times dan akhbar Australia
No comments:
Post a Comment