PAS ,DAP dan PKR hendak tidur
sebantal tetapi badan-badan mereka masih
berbau busuk. PAS mendakwa bau badan DAP busuk yang membuatkan mereka tidak
senang lena hendak tidur bersama manakala PKR juga tidak mahu tidur sebelah PAS
dengan alasan yang sama.
Nampaknya mereka sudah mula kepala sebantal, badan sendeng kiri dan
sendeng kanan, berkeadaan gelisah sambil merungut-rungut yang tidak diketahui butir-butirnya.Tidak
tidur melentang sama-sama ke arah siling berbincang dan berfikir hendak
menambat hati penyokong mereka yang 52 % yang lalu.Mungkin 5 Mei 2013 itulah kali terakhir mereka mengukir senyum sebelum tertidur sampai
pagi .
Biasalah manusia yang
masing-masing ada pendirian dan rupa, yang tidak sama bulu dan bentuk serta
mustahil bentuk lonjong ,bulat dan pipih ingin mengubah bentuk yang sedia ada kerana bentuk-bentuk
tersebut adalah keperluan alam ini.
Mencari titik persamaan ini yang telah menjadi penghalang kepada tiga
kompenan parti yang hancur bila-bila sedangkan bersatu sukar diramal. Kepala
atau ketua parti masing-masing melontarkan bait-bait kata yang boleh merungkai penyatuan.Penadol yang dimakan
hanya menghilangkan pening kepala manakala pisau merobek luka-luka di jari, serta di dada dan badan tidak dapat dicampakkan.
Seminar yang berlansung dan pemilihan pemimpin PAS sudah mula menunjukkan belang warna mana yang banyak. Belang-belang tersebut telah mempengaruh pucuk pimpinan baru untuk memandu kereta lebih laju jarak nya dari bau hangit DAP. Kita tengokkan adakah tidak menghidu ketiak DAP itu akan bertambah harum PAS dan berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia.

Itulah apa yang berlaku sepanjang
hari melalui media Malaysia tentang beberapa masalah terhadap parti-parti dalam
Pakatan yang telah susah bermuafakat.Ketua-ketua mereka sentiasa melahirkan
hujah yang tidak ada nilai pakatan melalui media.Pakatan memiliki seorang ketua
yang tidak bersikap ketua dan mereka hanya beremosi dan melahirkan emosi yang tidak boleh menambat kembali perpaduan.
PAS umpamanya ,yang di katakan
memiliki ketua berprinsip islam,yang
berkeinginan mewarisi kepimpinan Nabi SAW
masih jauh tersasar lenggok Nabi SAW terutama berkaitan hubungan
sederhana terhadap ketua bukan islam dan komunikasi berlembut terhadap sesama islam dan bukan islam.
Parti ini juga menjadi sasaran kelonggaran
perpaduan oleh media kerajaan yang sedia ada yang bertujuan merobek- robek biar
lebih hancur dan punah agar lebih mudah terus menerajui pengundi-pengundi melayu untuknya,(UMNO) dalam masa sama menguntungkan MCA dan MIC.
Ketua dalam pakatan terutama PAS tentu sedar apa yang dilakukan hari ini, sekiranya masih berterusan undi yang 52% akan berpindah-pecah.Jangan teruskan parti kita duduk dalam tempurung atau dalam raga yang kawasan kelilingnya hanya mampu tempat duduk melepaskan penat.
Sekiranya Malaysia rakyatnya bersifat seperti 56 tahun yang lalu kita boleh bekerja dan berbincang ikut telunjuk kita ,walaupun dinamakan perbincangan, kerana rakyat selain orang melayu hanya menjadi 'pak turut'. Hari ini melayu dan islam terpaksa menerima hakikat bahawa bangsa lain ada hak menentukan pentadbiran negara.Sokongan mereka terpaksa ada dalam setiap parti politik yang wujud dalam negara ini.
Campakkan sifat menyalahkan orang lain sebagai pemecah-belahkan parti. Kita atau setiap individu beperanan menjadi parasit parti. Menganggap kita sahaja yang betul kerana mendapat sokongan ramai berperanan besar menghancurkan parti.

Wacana yang bernas dan berhemah.
ReplyDelete