Nampaknya bertambah ramai yang
membawa kayu api hendak membakar rumah Najib yang semata-mata bertujuan
menghalau keluar Perdana Menteri itu
supaya mengosongkan rumah dan dan jawatannya di Putrajaya.
Dalam ramai-ramai yang membawa
bahan-bahan yang memarakkan api untuk Najib itu ,Mahathir merupakan orang yang
paling besar mengumpul unggun agar Najib
kepanasan dan cepat-cepat cabut dari Putrajaya.Sehingga ini masih lagi aktif
mencebik bibir terhadap Najib sebelum bakaran diteruskan.
Walaupun pelabagai ugutan atau
laungan dari jauh dan dekat menyeru Najib keluar sebelum rumahnya di bakar
namun masih ada usaha orang kelilingnya
agar Najib buat tidak peduli kerana dengan alasan Najib melakukan usaha
memelihara khazanah dalam rumah dengan kemas dan betul.Perkiraan matametik
mereka Najib 80 markah manakala orang luar 20 makah.
Maklumat yang gempak dan
terkejut-kejut mendengar dan membacanya ini tidak
terdapat dalam media penjaga bontot kerajaan dan bontot orang kerajaan .Itulah
salah satu sebabnya orang kerajaan yang tidak
senonoh dalam pekerjaan dan berlaku gila
dalam pelbagai urusan hidup, lupa diri serta tidak tahu orang di luar kerajaan sudah meluat.
Kita tidak dapat berbuat apa-apa
kiranya Najib terus tidur nyenyak di
Putrajaya kerana ini merupakan satu musibah
untuk rakyat yang memilihnya dan kesilapan jari telunjuk Mahathir sendiri meletakkan Najib di situ.Mahathir sendiri
bertanggungjawab terhadap pilihannya.
.
Jebat bermaharajalela dalam istana
tidak seorang pun dapat mengendurkan semangatnya kerana Jebat berfikir segala
tindakannya betul. Kita hanya mampu melihat sahajalah apa pun tindakan seterusnya
kerana keris taming sari telah berada
ditangannya yang diberi rakyat sendiri.
Melihat keadaan Najib sekarang
nampaknya masih belum ada tanda-tanda Najib lari dari rumah dan tinggalkan jawatan yang menjadi impian orang politik
itu.Keadaan ini menjadikan Mahathir mati akal yang kini entah berapa kali
meludah.
Satu cara Mahathir untuk
menghalau Najib ialah dia sendiri menjadi pegawai pendakwa dengan menyiasat dan
mencari bukti apa yang didakwanya pelbagai kesalahan Najib serta membawanya ke mahkamah .
Ketika Abdullah Badawi jadi
Perdana Menteri ,Mahathir sendiri mengambil pelbagai tindakan peribadi sebagai
menunjukan protes terdap Pak Lah. Menurut Mahathir ketika itu segala perancangan Pak Lah tidak
sehaluan dengan fikiran.
Tindakan Mahathir keluar UMNO
adalah tindakan mencabar Pak Lah yang mempunyai hati perut dan berfikiran
positif terhadap hidup mati UMNO maka Pak Lah rela meninggalkan jawatan yang
Mahathir sayang selama 22 tahun itu.Tidak ada kesalahan dosa besar pentadbiran
di lakukan oleh Pak Lah.
Ketika ini Mahathir hanya melalak
dalam Blog,ceramah dan seminar yang si Najib anggap hanya satu fitnah atau
pembohongan yang biasa dilakukan terhadapnya.Tidak menjadi kesalahan Najib
sentiasa beristiqamah metadbir negara dengan tidak memperdulikan suara atau kayu
api yang di bawa Mahathir.
Dengan dua orang Perdana Menteri
ini Mahathir tidak perkenan maka jelaslah Mahathir menjadi Perdana Menteri alam mimipi selama 12
tahun ,di tambah menjadi perdana Menteri
alam nyata 22 tahun maka jumlah
Mahathir jadi PM selama 34 tahun.