Perhimpunan parti politik “boleh
pada diri sendiri, tidak boleh pada orang” (UMNO)ini, telah melaungkan
proses peremajaan perlu dilakukan.Setiap kali perhimpunan itulah ayat yang
diulang-ulang.Sekurang-kurangnya mengatakan “generasi muda adalah merupakan
pewaris pemimpin masa depan”.
Perlaksanaannya,setiap kali pilihanraya, sama
ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil masih ditonjolkan wakil rakyat tua
yang sudah berusia 50 tahun ke atas dan telah menjuarai 5 penggal sebagai wakil
rakyat.
Keadaan ini berlaku adalah disebabkan tidak
ikhlas dan berkepentingan diri bagi
mereka yang dilabelkan tua dalam parti itu. Tidak berupaya melahirkan sikap
sukarela mengundur diri dengan terus membiarkan
dirinya menduduki senarai calon yang dikemukakan oleh parti, kepada pusat untuk bertanding.
Sekadar beberapa contoh,relakah mereka ini
berundur, bagi memberi ruang kepada
golongan muda, menerajui UMNO,seperti Dato,Najib
(1953),Tengku Adnan(1950)Dato’seri MustafaMuhamad,(1950),TengkuRazalieh(1937)Isa Samad(1949)Shafie Afdal(1957)ShahrizatJalil (1953)Muhyiddin
Yassin(1947)Hishammudin Hussin(1961)Idris Jusoh(1955)dan Ali Rustam (1949).
Mereka semua sudah tua dalam UMNO,
tetapi merasakan dirinya berpengalaman serta mampu menjana idea berguna untuk
parti dan negara.Melabelkan orang muda bersikap pasif idea yang tidak berpijak dibumi
nyata .
Tidak kedengaran ayat-ayat ini dalam UMNO “Tuan Presiden
saya menarik diri pencalonan wakil rakyat dan MT parti kerana memberi lalui
orang muda” kemudian presiden pun berkata”saya pun bagitu kerana usia saya
lebih 60 tahun dan dirasakan tidak produktif lagi bekerja untuk parti”’
Terus menyedihkan ada dikalangan calon tua dalam
parti ini telah berusia 60 tahun ke atas mempunyai pelbagai kes,rasuah
,penyelewengan dan kredibiliti akhlaknya dipertikaikan,masih diberi peluang
menerajui parti , merangkap calon wakil
rakyat lebih 25 tahun.
Menjadi tandatanya adanya wakil rakyat yang
dipilih “hilang timbul”dipersada senarai wakil rakyat sebelum ini,kemudian
kelahiran semula pada pilihanraya umum.
Berpuluh dan beratus anak muda parti berkalibar
serta berijazah dalam senarai menunggu, masih parti berkeyakinan golongan tua yang
dikutuk keadaannya. Disamping itu wakil calon parti yang berjaya menjadi wakil
rakyat itu, bukan dikalangan ahli parti atau penduduk tempatan.
Sikap seorang ketua yang serbasalah terus memilih calon parti kerana
mengenang budi dan rakan karib atau kroninya akan menghancurkan masa depan parti seterusnya parti ketandusan
golongan muda.
Selagi ada individu yang menganggap dirinya
adalah penting dalam parti dan memikirkan dirinya adalah seorang idealis yang berpengaruh serta menggunakan
pengaruhnya dengan meletakkan dirinya tidak boleh ditegur maka bersedia ke arah jahanamnya parti serta tidak
usah berbicara peremajaan politik.Fikirkan mana ada buluh yang tidak berbuku.
Peremajaan tidak tercapai kerana takut dan tidak
sanggup dicabar oleh ahli parti wakil pemuda,atau remaja .Bermegah dengan
pengalaman dan tidak muhasabah diri
terhadap usia, serta kegunaan kepada parti, tidak akan menyumbang kepada usaha
peremajaan.
Memang benar calon seperti ini menang dalam
pilihanraya mengalahkan calon yang lebih bersih darinya, tetapi mereka yang
mengundinya melihat sumbangan kepada parti, serta kejayaan kempen sentiment kaum,rasuah pengundi
berbentuk hadiah, yang merupakan alat
atau ayat ‘power’ kepada bangsa melayu yang sentiasa lemah apabila termakan budi.
Situasi ini menyebabkan orang melayu sentiasa 'mandi dalam cupak'.
Menunggu golongan tua dalam parti, diundurkan
secara terhormat ,bagai menarik rambut dalam tepung.Golongan ini amat sensitif
dan liat untuk meninggalkan jawatan yang memberi sumber rezeki secara mudah.
Golongan penyakit dalam parti ini ,sekiranya mula-mula menjadi wakil rakyat
berusia 35 tahun ,5 penggal kemudian pasti telah berusia 60 tahun.
Bagaimana proses peremajaan dapat dilakukan
kiranya ahli parti tua berterusan menjaga periuk yang sentiasa hendak dipenuhkan.Sikap
berkorban untuk kecemerlangan parti dan peremajaan parti sukar diteruskan kiranya tiada usaha menghadkan umur persaraan wakil rakyat atau
had penggal menjadi wakil rakyat.
Kesimpulannya, ahli parti terutama yang berkuasa
takut meninggalkan kuasa ,tidak ikhlas berkhidmat untuk parti dan rakyat. Menjerit
dan melaung di perhimpunan telah menjadi satu kebiasaan atau alat supaya
perwakilan terangguk-angguk mengesahkan
yang melaung itu bernas hujahnya, memang hebat dan berkalibar.
No comments:
Post a Comment