Wednesday, November 5, 2014

Bolasepak - agenda yahudi/liberalisme/pluralisme - kita tidak peduli kerana ramai yang suka.






Kita fikirkan dan muhasabah sikap segelintir manusia melayu yang di nobatkan dalam perlembagaan beragama islam ,pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Menentang fahaman atau pengaruh liberalisme dan pluralisme
 
Kenyataannya.

Menunggu dari jam 12.00 malam hingga ke pagi  sikap berlumba untuk mendapatkan tiket pelawanan bola sepak antara negeri di Malaysia. Ada yang pengsan bersesak kerana lama menunggu dan rimas dalam kumpulan orang ramai. Bersorak-sorak melaung-laung  sambil mengangkat tangan kegembiraan.

Kehebatan sukan bolasepak  di Malaysia tidak sampai ke mana pun.Bawah tapak kaki Singapura.Negara kecil yang  bagai penyu telur berpuluh-puluh tidak sekecoh suara ayam bertelur sebiji.Malu-hanya jaguh kampung. Ingat ! tidak akan direstui  Allah kerana ramai yang melupakanNya di padang.

Bilangan penonton berbangsa cina atau india dalam stadium tidak sampai 1% kerana pemain-pemain tidak ada berbangsa cina atau kurang bangsa india.Penonton dalam stadium bukan 1Malaysia sama dengan nilai pemain yang bermain atas padang.

Membuka pintu stadium bermula jam 4.00 petang untuk penonton seramai 100,000 orang.Perlawanan bermula jam 8.30 malam. Tidak ada masjid sebesar masjid negara di tengah-tengah atau dalam Stadium Bukit Jalil. Ada atau tidak ustaz yang mengatakan boleh jamak takdim atau jamak takhir.

Liputan melalui media cetak dan  televisyen mengalahkan sambutan maulud,maalhijrah,dan hari-hari lain kebesaran islam. Tidak kurang hebatnya keghairahan orang melayu seluruh Malaysia menunggu dan duduk menikmati siaran langsung.

Bilakah semua orang mecari formula supaya seramai orang  ke stadium, menyertai jemaah masjid lima waktu setiap hari.Menghadiri majlis ilmu tanpa di sediakan pengangkutan,elaun dan dijanjikan pelbagai insentif bila hadir.

Jelas berjayanya promosi yahudi dan liberalisme dan pluralism mengambil kesempatan fitrah manusia melalui perkara yang tidak memberi pahala dan memikirkan akhirat itu.Orang melayu semakin hari semakin liat meninggalkan sikap ini .Tidak sedar usianya saat ini tidak terjamin usianya saat seterusnya.

Bilangan penonton melayu menonton bola “BANYAK ORANG LUPAKAN ALLAH” (b.o.l.a) bertambah mengikut rentak bolak sepak,suku akhir,separuh akhir, dan akhir.

Gunakan kesimpulan ini.

Faham liberalisme agama dan pluralisme agama ini sangat bahaya di Malaysia. Ia tidak saja berbangkit dengan isu kalimah Allah tetapi cuba membentuk fahaman dan cara berfikir mengenai isu sosial dan agama.

1 comment:

  1. kalau nak sembahyang mana-mana tempat yang bersih boleh sembahyang ... yg musafir boleh jamak dan kasar ... wuduk ? boleh dengan sebotol air mineral sahaja ... sama ada hendak atau tidak sahaja .....

    ReplyDelete