Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Teluk Intan saya percaya orang Cina DAP kurang keluar mengundi. Melayu PAS dan
Melayu atas pagar, tidak memberi sokongan
kepada calon yang di pilih DAP walaupun seorang melayu, kerana bangsa
melayu masih berpendapat DAP parti orang Cina.
Orang melayu Dyana Sofya seperti watak Buang dalam filem Sarjan Hasan - filem P.Ramlee. Percubaan DAP meletakkan orang melayu untuk mencari sokongan kaum Cina nyata gagal.
Persefahaman atau toleransi kaum
di negara ini masih peringkat rendah .Cauvinis melampau terus meningkat diantara bangsa-bangsa di Malaysia. Melayu untuk bangsanya melayu,manakala Cina menjaga atau berprinsip terus
menyokong keturunan Cina. Manakala orang India terus atas pagar yang susah ditentukan
sokongan nya. Apa yang sebenarnya berlaku api perkauman terus bertambah kerana
setiap bangsa dan pemimpinnya terus ego , angkuh ,besar kepala dan tidak memikirkan hubungan peringkat
rakyat.
Sehingga bila satu
bangsa boleh berkhidmat atau mewakil
untuk semua bangsa. Tidak dapat dipastikan atau mungkin tidak menjadi kenyataan
apa yang gahkan dan di uar-uarkan satu Malaysia. Keadaan ini bergantung kepada
persekitaran tatacara hidup rakyat Malaysia ketika ini yang mementingkan puak
masing-masing.
Dari peringkat persekolahan
tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti semua bersikap berpuak
mengikut bangsa.Berkepentingan menjaga
bahasa dan budaya keturunan asal usul serta tidak mahu mengalah supaya menerima satu bahasa dan satu bangsa
demi perpaduan.
Tiga bangsa utama rakyat Malaysia
telah hidup bersama dari zaman kesultanan Melaka ,dan merdeka lebih 57 tahun yang andai
seorang manusia telah berusia tua dan matang mengolah fikiran.
Hidup bagitu lama di negara ini sepatutnya tidak akan terlintas lagi untuk
berpindah ke mana-mana lokasi lain di dunia ini. Tidak menjadikan atau mengharapkan negara lain meneruskan
hidup atau berketurunan. Telah mempunyai kad pengenalan yang tercatat sebagai
warganegara.
Sistem berbudi serta menyokong hanya
kepada kaum sendiri tidak sesuai lagi .Pengakuan atau ikrar kita sebagai rakyat
Malaysia perlu pengorbanan. Perangai di masa kebuluran, menghulurkan makanan semua bangsa, jangan berpilih-pilih
mana yang utama.
Pilihanraya adalah masa rakyat
menunjukkan kesetiaan kepada negara melalui memilih calon warganegara tanpa
merujuk sesuatu kaum .Ideologi yang membezakan pemilihan kita.
Apa yang berlaku hari
ini,perasaan curiga antara bangsa-bangsa di Malaysia masih belum terhindar dan
terus bertambah parah apabila masing- masing mempertikai dan berbicara
berkaitan agama dan asal usul keturunaan serta mengungkit sejarah.
Pertikaian bangsa Cina dan India tidak mahu di kategori pendatang. Bangsa
melayu berterusan mempertahankan bangsa asal negara ini dengan mesti berterusan
memilik hak istimewa dalam negara.
Keadaan bagini akan berterusan
kerana sikap tidak berpuashati apa yang mereka perolehi dari negara ini. Orang-orang cina yang menguasai
ekonomi berkeinginan untuk menjadi pentadbir yang ada kuasa eksekutif . Melayu ingin meneruskan sehingga bila-bila
sebagai penguasa .Orang india bercita-cita mengurangkan bangsanya yang menunggu
estate dan buruh-buruh jalanraya.
Kerajaan yang memerintah jangan
berterusan memikirkan untuk terus popular
sedangkan rakyatnya sentiasa dalam delima perkauman yang dilahirkan
melalui pilihanraya yang calon melayu tidak diterima oleh orang Cina bagitu
juga sebaliknya.
Rasa tidak puashati diantara
bangsa-bangsa di gilakan lagi oleh sikap-sikap pemimpin yang melabelkan
golongan komuniti rakyat tidak mengenang budi terutama mereka tidak menyebelahi
idealoginya. Mulut lancang yang bermusim ini membuatkan rakyat terus terluka. Ada parti politik mengambil kesempatan hasil perkauman bagi meraih
sokongan.
Mengungkit-ungkit sejarah tidak
menyelesaikan masalah malahan akan bertambah luka pemikiran perkauman yang satu
masa mula sembuh, akan kembali berdarah – sembuh, berdarah lagi.Parti poltik masih mempopularkan calon wakil rakyat mengikut kaum terbanyak satu-satu kawasan pilihanraya tidak berkeyakinan menang kiranya kaum melayu ramai diletakkan calon bangsa Cina di kawasan itu. Cubaan DAP di Teluk Intan dibuktikan .Teori DAP ini tepat kerana bukan pilihanraya umum.