Wednesday, January 29, 2014

Anwar sanggup apply SARJAN tidak berjaya jadi GENERAL






Pengundi-pengundi DUN kajang mesti memberi pengajaran kepada calon PKR pada pilihanraya yang akan di adakan pada bila-bila  dengan tidak mengundinya.Tidak kira siapa calon yang terpilih sama ada hidung  besar,hidung tinggi atau hidung penyet.

PKR cuba mengheret pengundinya berkongsi masalah  bagaimana hendak menarik rambut dalam tepung. Masalah yang ketua umumnya terpaksa menjaga hati  Azmin Ali dan Khalid Ibrahim disamping menjaga parti  jangan hancur dek kerana dua orang yang mementingkan diri  dengan perasaan ego.

PKR telah menjadi parti tidak  bertanggungjawab  dengan mempermainkan mandat pengundi ,dengan membazirkan kewangan dan masa pengundi , serta mengorbankan wakil rakyat yang popular dengan kelebihan 6824 undi.

Andainya disahkan Anwar menjadi calon DUN tersebut maka satu fomula taktikal gila yang telah dirancang oleh PKR.Tidak perlu  ADUN Kajang menjadi korban kerana rasa serbasalah terhadap Khalid kiranya melantik Azmin Ali .Ramai  lagi  ADUN PKR yang lain boleh dilantik sebagai Menteri Besar. 

Kemelut MB Selangor menjadikan Anwar Ibrahim terus gila berkuasa kerana  dari cita-cita menjadi general tidak menjadi kenyataan, sanggup apply sarjan. tidak bersedia menunggu  5 tahun lagi. berkemungkinan telah tergambar  perkara mustahil menjadi  kenyataan.  

Nilai Anwar terus jatuh dari pandangan umum dan berkemungkinan undi popular menurun dari Lee Chin Cheh bekas ADUN Kajang.

Pengundi DUN kajang di gesa beri hukuman kepada PKR semasa pilihanraya kecil di adakan.Tidak guna kita member kepercayaan kali kedua kepada mereka yang tidak memikirkan kemelut rakyat tetapi terus berfikir untuk masalah parti.







No comments:

Post a Comment