Tuesday, December 3, 2013

tentu ada yang menyesal dengan keadaan ini.






 Selepas pilihanraya ada pemimpin dan kerajaan yang di pilih melepaskan dendam lepas pantang. Sebelum pilihanraya tidak seorang pun menyebut  seperti ini “ tuan-tuan dan puan-puan lepas pilihanraya ini saya akan naikkan gaji  wakil rakyat  kerana "Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat”

Juga tiada pula kedengaran sebelum pilihanraya ada MB atau Ketua Menteri berkata macam ini “Kenaikan pendapatan tersebut, adalah sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka”. 

Tidak ada juga kedengaran pemimpin yang belum dipilih dalam pilihanraya berkempen seperti ini tuan-tuan dan puan-puan selepas pilihanraya apabila parti kita menang subsidi minyak dan gula kita kurangkan, nanti jangan terkejut harga minyak dan harga gula dipasaran naik” 

Tidak  ada pemimpin yang menang  kemudian dilantik sebagai menteri sebelum pilihanraya berkata bagini orang ramai perlu 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu”.

Atau berkata demikian sebelum pilihanraya “Apabila tuan-tuan pilih saya sebagai wakil rakyat  “Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen dan Di Sabah serta Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj “.

Bagitu sikap manusia yang hipokrit terhadap rakyatnya yang memilih mereka sebagai pemimpin.Mereka sebunyikan apa yang difikirkan menyakiti rakyat apabila dilaksanakan, manakala melaung-melaungkan perkara-perkara yang melunakkan perasaan hati rakyat.

Mereka yang berjaya menjadi pemimpin telah melupakan tanggung jawab ini, iaitu 360 projek atau 46.7 peratus daripada 771 projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pada 2012 belum dilaksanakan.Sudah enam(6) tahun kerajaan baru memerintah perkara  yang di bincangkan selepas dapat mandat  terbaru  ialah bertujuan mengenyangkan perut mereka yang terpilih. Tentu ada yang menyesal dengan demokrasi 5 May 2013 yang lalu.

Pemimpin  di atas adalah sama sebagaimana  persaingan  dua,tiga atau lebih seorang lelaki yang tidak ikhlas dalam percintaan.Percintaan yang dilahirkan untuk mendapatkan celah kangkang seorang wanita. Pujuk rayu “lembut gigi dari lidah” dilahirkan di depan wanita yang akan dijadikan mangsa. Sebaliknya niat negatifnya ‘masak di luar mentah di dalam’ disembunyikan bagi mencapai cita-cita untuk memilikinya. Apabila memilikinya memperlakukan wanita tersebut mengikut sesuka perasaannya.

Hari ini keliling kita telah dipenuhi berita-berita ke arah kewangan wakil rakyat  ‘lebih, tetapi tidak cukup’.Mereka tidak memikirkan perasaan rakyat terbanyak yang memperolehi hasil pendapatan sebagai penoreh getah,pekebun kecil sawit,nelayan,pekerja kontrak ,pekerja kilang,pekerja sambilan di kompleks-kompleks beli belah  dan anak muda yang menganggur. Sepatutnya melihat anak padanglah menantu.

Golongan ini tentu menelan air liur apabila melihat dan membaca berita bahawa wakil rakyat yang di pilihnya pada 5 May 2013 yang lalu, menikmat hidup sebagai orang kaya dengan pendapatan menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Baginilah  mereka yang bijak mempermainkan demokrasi .Pemilih menjadi mangsa janji terbaik untuk ditunaikan .Kejayaan  seseorang yang dipilih  sebagai tiket untuk dia melakukan kehendak nafsu “biarlah aku dulu kemudian kau” atau Kau 1 aku 10,20 atau 30 ,yang akhirnya ‘lembah jua dituju air’.

Dalam sistem pilihanraya di Malaysia ini rakyat dibodohkan,wakilnya di tatang. Inilah masanya bagi mereka yang memimpin rakyat  telah mula menilai rakyat - keluar tidak mengganjilkan,masuk tidak menggenapkan. Mereka lupa ‘mana ada tali yang tidak berhujung’, ’mana ada sungai tidak berhulu’ ‘dan mana ada buluh yang tidak berbuku’.

1 comment:

  1. politik malaysia hari ini bertujuan untuk mendapatkan "kuasa" ...bila ber"kuasa", "kuasa" itu digunakan untuk memenuhi hawanafsu, tamak haloba, keangkuhan dan kesombongan melampau ... bukan bertujuan untuk menjadi negarawan yang dihormati ... ada yang memuji mandela tetapi tidak ada seorang pun memilik kekuatan seperti mandela....

    ReplyDelete