Realiti sejarah telah memaparkan
atau menceritakan bahawa pemecatan imam,dan bilal di negara ini berlaku adalah
disebabkan terkucil hati para penguasa tertinggi agama dan politik. Kedua
manusia ini menganggap dirinya tuhan yang tidak boleh tersindir atau disindir
segala urusan hidup hariannya semuanya betul.
Pegawai masjid tidak boleh
melahirkan yang benar sesuatu perkara, kiranya apa yang benar itu benar-benar
berlaku terhadap penguasa tertinggi dan keluarganya. Terutama imam perlu
menyorokkan apa yang pegawai berkuasa lakukan dan perlu mengalihkan pandangan rakyat
kepada yang tidak ada kena-mengena dengan tingkah laku penguasa.
Ada diantara pentadbir masjid mengingatkan mereka yang berbicara berkaitan agama pada awal- awal lagi telah memberi warning agar imam atau ustaz jangan menyentuh sesuatu hukum.
Dalam erti kata yang lain hati
penguasa perlu dijaga ,yang salah disenyapkan atau sekurang-kurangnya pegawai
masjid menyatakan “itu perkara kecil tuan”kiranya
masih ada keraguan penguasa tertinggi berkaitan agama.
Perlantikan imam atau bilal tidak
seperti perlantikan anggota perkhidmatan awam yang boleh di adili oleh mahkamah
kiranya ada penganiayaan dilakukan .Perlantikan imam diuruskan oleh pentadbiran majlis agama negeri yang boleh bertindak pemecatannya pada
bila-bila masa.Itulah yang banyak berlaku pada nasib imam-imam hari ini.
Mereka hanya perlu mengucapkan.Tidak perlu bersuara mengatakan tidak
berpuashati atau mengecop pejabat agama bertindak tidak adil. Kadangkala
kita terlepas pandang ada kesilapan bagi pehak diri kita.Perlu muhasabah diri
agar perselisihan kita dengan penguasa agama yang terlibat tidak terus
berpanjangan.
Imam atau bilal yang dipecat
perlu menjaga imej pasrah dan imej yang menggambarkan mereka ada ilmu agama yang
tinggi serta yakin ketentuan Allah. Jangan menjadikan kerja terhadap agama
Allah seperti minta sedekah.Seterusnya luaskan tawakal kepada Allah mencari
rezeki yang lain .
No comments:
Post a Comment