Saturday, November 2, 2013

Global Innovation dan Global Competitiveness -Singapura sudah capai top 10 - Malaysia baru berangan-angan



 
 
Saya suka membandingkan antara Singapura dengan negara ini berkaitan angka-angka bancian badan-badan antarabangsa berkaitan prestasi kehebatan urus hidup rakyat dan  prestasi kecemerlangan urus tadbir kerajaan di dunia ini. Kenapa sikap saya seperti ini kerana sikap kerajaan yang masih memerintah ,yang melepaskan negara tersebut kepada bangsa yang di anggap menumpang satu ketika dulu.

Kini kerajaan negara ini masih dalam merangka cita-cita untuk mengatasi singapura atau  lebih baik dari Singapura .Kerajaan terus membandingkan pencapaian Malaysia dengan negara Thailand,Indonesia,Filipina Mynmar dan Kemboja. Sungguh Takut menyebut angka perbandingan dengan Singapura.

Ucapan Najib pelancaran Inisiatif S2A yang di sampaikan oleh Idris Jusoh melahirkan cita-cita kerajaan untuk menjadi antara 10 negara terbaik dalam Indeks Daya Saing Global dan Indeks Inovasi Global menjelang 2020.

Singapura  7 tahun lebih awal 10 negara terbaik mendahuluinya. Daya saing Malaysia di tempat yang ke 28 manakala Singapura tempat yang ke 2.Indeks  Inovasi Global ketika ini Singapura bawah 10 negara terbaik iaitu tempat ke 8, sedangkan Malaysia di tempat ke 32. 

Kerajaan sekarang yang memerintah telah merdeka selama 56 tahun manakala Singapura terlepas dari tangan Malaysia  yang memerintah sendiri 48 tahun.Negara Singapura yang dulunya bangsa lain yang dianggap pendatang atau yang dulunya negara itu survival Melayu tetapi sekarang servival cina.

Satu ketika dulu kerajaan menaikkan harga minyak seringkali membandingkan harga minyak lebih mahal di Singapura tetapi sudah ramai yang lebih cerdik sikit dan akan mengungkit atau membandingkan pendapatan perkapital rakyatnya dengan pendapatan rakyat negara ini maka perbandingan tersebut tidak menjadi kenyataan yang tepat.

Tidak guna kita bermegah dengan survival Melayu di negara ini, kerana melayu di negara ini tidak sevival dalam negaranya sendiri dan lebih teruk kiranya di bandingkan 'survival cina' di Singapura.Bangsa yang bermegah-megah dengan identiti bumiputra sehingga bila-bila itu, akan terus ketinggalan berdaya saing sama ada kerajaan peringkat antarabangsa atau kerajaan sekitar sekeling negara.

Survival melayu hanya pandai berhujah ketika kempen menarik sokongan politik, tetapi takut melaksanakan apa yang orang melayu perlukan terutama dicabar oleh 'survival lain-lain bangsa' di negara.ini.
Kita lihat isu kalimah Allah sebagai contoh tidak konsistan  apabila ada diantara survival bangsa lain tidak menyokong kerajaan seandainya 'survival melayu' yang sedang berkuasa  di masa pilihanraya akan datang, maka pendirian pemimpin servival melayu berkaitan isu kalimah ini terus mengelabah dan mengubah pendirian.. Satu bukti pemimpin survival melayu tidak teguh pendirian berkaitan agama Allah. Pentingkan kuasa politik dan perut dari kalimah tersebut.

Bercakap dan bertindak kiranya mengikut menjaga perasaan hati survival bangsa, tidak usah dapat melihat kelibat cita-cita Najib 2020. Mimpi…dua Puluh (20) tahun akan datang tidak dapat menyaingi kerajaan dan bangsa Singapura.Nyata jauh perbezaan kerajaan survival cina (Singapura) dan kerajaan survival melayu (Malaysia).

No comments:

Post a Comment