Berita dan cerita serangan penceroboh
Sulu menyepikan semangat gejolak dan keghairahan untuk menerima kedatangan
piihanraya.Walaupun tarikh pilihanraya telah dicari bermula 2 tahun yang lalu namun hingga ke
hari ini PM kita masih terintai-intai.
Bagitulah susahnya hendak “ memeteng” satu tarikh untuk diumumkan,
kerana mengumumkan tarikh pilihanraya bergantung pada telekan nasib .Mereka
yang berpolitik yang gilakan kuasa tentu memikirkan keuntungan suasana dan suasini, yang dijangka
partinya boleh menang untuk terus
berkuasa.
Tradisi atau budaya mencari
tarikh pilihanraya mengikut keadaan, diwarisi oleh pemerintah 5 keturunan yang
lalu.Hendak mempertahankan kuasa hingga sanggup menyatakan pendirian “biar
putih tulang jangan putih mata”.”biar bergolok bergadai “ demi menjaga perut yang
kenyang jangan kempis,menjaga diri jangan menjadi penunggu jeriji besi. Mereka
ini tamak, gila kuasa, kurang iman dan mempunyai nilai-nilai kehaiwanan. Sanggup instrumen kerajaan diambil kesempatan mempopularkan parti,pemimpin dan wakil rakyat.
Sikap orang atau kumpulan seperti
ini menyebabkan akan menghalalkan apa
cara pun perbuatan untuk kuasa, sehingga sanggup membelakangkan kuasa Allah.Halalkan fitnah,menjadikan
orang asing sebagai pemilih, kezaliman yang menafikan hak diberikan
kepada orang aku, sepatutnya diberikan juga kepada orang kau atau
kumpulan aku dan kumpulan kau.
Bagi mereka yang berserah dan
bertawakal kepada Allah tidak perlu risau samada menang atau kalah dalam
setiap kali pilihanraya, boleh sahaja
pilih tarikh pilihanraya pada bila-bila masa. Rakyat yang telah matang
dan pemimpin yang profesional tidak
semestinya pemerintah terdiri dari mereka yang telah biasa memerintah dan
mereka yang sudah memerintah bernafsu terus hendak memerintah.
Boleh dari kumpulan politik mana yang berhajat menjadi kerajaan. Semua rakyat
berfikiran terbuka.Tidak guna menggunakan fikiran yang gila, dan menjadi kerajaan yang hendak menjahanamkan
negara.
Minggu pencerobohan ini
menghilangkan juga berita semasa yang penting untuk pilihanraya.Majlis ceramah
penerangan parti pembangkang turut berkurangan
seolah-olah simpati dengan suasana ini dan rakyat dihidangkan dengan kehebatan
pasukkan keselamatan negara, dengan pengumuman menteri dengan penuh emosi marah,
mempamirkan gambar mayat-mayat
penceroboh bergelimpangan dibunuh anggota keselamatan,walaupun masih penuh
dengan tandatanya bagaimana boleh orang ini sebelum mati boleh menceroboh.
Kerana
mempertikaikan pencerobohan ada
rakyat dituduh sebagai pengkhianat,dan dicanangkan, dikutuk dan di cop bukan mencerminkan sikap seorang warganegara
sepanjang saat dan hari melalui media
yang bekerja satu tangan dan sebelah mata. Media kerajaan hari-hari dan
sepanjang masa menjadikan Tian Chua orang paling keji.
No comments:
Post a Comment