Dalam usia berkeadaan gigi gompong sanun dan gompong sini,juga uban di kepala sejomput disini dan sejomput disanun,misai telah pun berterabor, maka ketika ini amat sesuai berazam lebih awal kerana dikhuatiri usia tidak sampai ke tahun 2013 dan tidak kesampaian meluahkan perasaan yang membeku tetapi membahang.
Azam tahun 2013 ialah berdoa
dengan penuh harapan, akan lahir kerajaan
baru dan tumbanglah kerajaan yang ada. Tentu tidak berdosa kita berdoa dari
baik kepada yang lebih baik(insaallah).Mengikrarkan diri bahawa tahun ini
(2013) adalah tahun rakyat Malaysia menerima penghijrahan kerajaan,yang selama ini
biasa dilakukan oleh individu manusia.
Kita kesal kerajaan yang ada
hanya mengaku hanya ada kesilapan, tetapi tidak berusaha memberitahu atau
menyenaraikan kesilapan untuk pengetahuan umum.Sikap dasar menyurukkan makumat
yang salah diteruskan.Mulut media ditutup bagi maklumat buruk seperti ini.Orang
ramai perolehi makumat dari media alternatif dan media sosial.Dendam rakyat
kepada kerajaan lebih membara apabila diberitahu atau mengetahui sendiri
keburukan orang kerajaan dan kerajaan sendiri.
Perhimpunan parti hanya berjaya
melahirkan pemimpin/wakil yang berjaya menyinsing lengan dan kain, bagai wanita
digelanggang pergaduhan, yang lebih cakap menjerit-jerit memanggil semangat dari
tindakan.Tidak ada perwakilan bercerita dan mengaku kesilapan parti dan
pemimpinnya untuk di perbetulkan.
Oleh itu dengan tekad yang baru
di tahun 2013 ini tidak usah diberi ruang kepada pemimpin “umpama kera lotong makan,tupai di
julai timpa perasaan”.
Tidak usah mendengar kata-kata
“lebih baik syaitan yang dikenali” kerana syaitan sebagaimana firman Allah,
adalah musuh manusia yang nyata.Kita tidak tahu manusia yang bercakap seperti
ini berpegang kepada apa ikutan agamanya, mungkin berprinsip Al Quran ditaati
dan diyakini bila perlu.
Cakap-cakap yang menakut-nakutkan
rakyat oleh mereka yang sekarang mabuk kuasa dan mabuk harta tidak perlu
dipedulikan, kerana mereka yang bercakap
bertujuan hendak meneruskan sikap 80% untuk mengaut keuntungan diri dan
20% untuk perkhidmatan. Kita anggap menteri atau pemimpin kerajaan yang kerja
menakutkan rakyat bagai “mercun buluh senapang bambu,kepada saya
jangan dituju”.
Umpan yang diberi kepada rakyat
hendaklah ikut resmi “anak seluang, umpan di makan habis, badan
tak lekat di kail”. Wang yang
di agih bukan meluakkan wang poket atau wang simpanan Najib.Tidak perlu
berterima kasih kepadanya, sebaliknya berterima kasih kepada Allah yang telah
memberi rezeki melalui kekuatan parti pembangkang.
Dengan kekuatan parti pembangkang,
akan terus berlumba-lumba kerajaan, yang selama ini tidak pernah mengungkit
janji, untuk berbudi kepada rakyat. Satu rahmat dan satu nikmat yang telah
Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia.
Bertukarnya kerajaan baru maka
bertambah koleksi kerajaan-kerajaan dalam negara, yang biasanya kita mendengar
negara luar menukar kerajaan bagai menukar baju setiap hari dan bagai menukar
resepi di dapur mengikut selera.
Menukar kerajaan menjadikan
agenda baru masyarakat moden dan intelektual.Tidak bergantung harap kepada satu
kerajaan berpuluh tahun.Kita semua maklum kiranya terlalu lama seseorang atau
kumpulan individu itu berkuasa,maka mereka akan mengambil kesempatan keuntungan
diri.
Lihat apa yang berlaku kerajaan-kerajaan
diluar negara yang memerintah lebih 40 tahun seperti Iran,Iraq,Mesir, Libya Syria
yang kesemua pemimpinnya berusaha mengikut telunjuk keduniaan,yang akhirnya
melahirkan ilham rakyat untuk mengubah kerajaan . Kita beralih kepada kerajaan
negara maju,Amerika,Jepun, Korea,Britain,Perancis dan banyak lagi contoh-contoh
di negara barat yang rakyatnya menggunakan hak untuk membentuk kuasa dan kuasa
yang dibentuk mengikut telunjuk rakyat, terus memberi kemajuan kepada negara dan
rakyat.
Rakyat tidak perlu undur
kebelakang dengan mengikut saranan pemimpin parti pemerintah dengan
contoh-contoh adanya negara sudah merdeka, tetapi masih mundur,tidak ada
pembangunan,kebuluran dan huru-hara dengan rakyatnya berbunuhan sesama sendiri.
Rakyat dimestikan sedar bahawa kumpulan
pemimpin-pemimpin dari parti siasah seperti ini telah menjajah minda rakyat
selama 55 tahun untuk membolehkan mereka terus berkuasa.Mereka menjajah dengan
idealogi songsang bahawa”inilah sahaja kumpulan manusia yang berjaya
mentadbir dan membahagiakan masyarakat Malaysia” dan rakyat tidak usah
melebarkan fikiran ke negara luar.Itulah salah satu sebab media Malaysia dikerajaankan
dan fokus maklumat terhadap kebaikan
tuan punya media.
Anggap hujah pemimpin ini, sedang
berhujah kepada rakyat sekitar telah
berusia 70 tahun ke atas, yang masih teringat makanan dan pentadbiran zaman
perang dunia kedua.Pemimpin-pemimpin ini, ketika itu masih belum lahir lagi dan
menceduk fakta sejarah yang dikarang dan dicipta oleh manusia satu parti,satu
idealisma,dan satu tujuan dan satu nawaitu.
Sejarah selama 50 tahun yang lalu,
yang ketika itu kerajaan ini terus kesombongan memenangi pilihanraya tanpa tentangan kuat parti lain, dan terus memerintah,
belum pernah bersikap dermawan seperti dua tahun kebelakangan ini. Wang yang
diberi kepada rakyat adalah mempunyai niat yang salah iaitu merupakan wang
rasuah untuk memenangi pilihanraya dan bertujuan meneruskan kesinambungan
pemerintahan.
Berfikir sebentar - apakah hukumnya mereka yang memberi rasuah
(kerajaan) dan menerima rasuah (rakyat) berdosa atau tidak ?
Sekiranya kerajaan “the devil you know “ini ikhlas untuk mengurangkan beban rakyat sepatutnya 50
tahun yang lalu telah mengekalkan tradisi memberi wang tunai kepada rakyat selama 50 kali atau
sekurang-kurangnya 12 kali -12kali piiharaya berlalu.
Kesombongan
memenangi pilihanraya secara mudah sebelum ini, diragut oleh rakyat Malaysia semasa
pilihanraya ke 12, yang mempunyai kesedaran baru tanggungjawab memilih calon
dan memilih parti. Sebelas kali pilihanraya rakyat telah disogokkan oleh parti
yang memerintah dengan wakil rakyat yang kerjanya “sembahyang mencari akal,rukuk
mencari kira-kira “ dan menjadikan rakyat “seperti tepung dengan pengadun”.
Rakyat Malaysia
wajib memilih kerajaan dengan ilmu berpoitik dan matang kerana usia kita
merdeka lebih 55 tahun, yang sekiranya seusia manusia seperti ini telah lebih
dewasa serta telah banyak ilmu,dan pengalaman diterima.Tidak usah fikiran minda
kita dijumudkan oleh manusia lain dengan nada-nada yang beransur sumbing, serta hidangan makanan yang serupa sepanjang
hari.
Pengundi Malaysia
bukan budak-budak lagi hanya cukup diberi gula-gula, dan makanan sebagai penutup mulut, agar tertidur supaya
ibu-ibu dan bapa senang bergerak melaksanakan tugas.Pengundi-pengundi hari ini sentiasa
berfikiran lebih jauh dari hidup senang untuk cari makan sendiri “kepada hidup memberi orang lain makan”.Setiap
individu hidup berperanan sebagai kalifah dibumi Allah mesti
diteruskan, yang menjerus kepada kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat, bukan
hidup sekadar cukup untuk perolehi makanan sepanjang usia.
Lebih teruk lagi
kiranya ada dikalangan pengundi jika masih lagi sepanjang hari berfikir,” apa
yang kita hendak makan hari ini” sedangkan calon politik yang telah di
undinya dan terpiih sebagai wakil rakyat menjadi menteri atau perdana menteri “siapa
yang hendak kita makan hari ini”.