Thursday, March 24, 2011

Orang Melayu Dah Gila Kembali

Sepanjang minggu ini, tiga orang melayu,saya tak tahu ugamanya, menjual fitnahnya kepada orang surat khabar . Umur orang lebih setengah abad ini, mengalahkan anak muda liar telah menjaja vedio lucah.
Biasanya anak muda menjual,menengok dan mengajak rakan-rakannya menyaksikan vedio lucah menyorok-nyorok takut ditangkap polis. Berlainan orang tua tiga orang ini ,telah memberitahu seluruh dunia bahawa mereka ada vedio adegan hebat .

Tiga orang tua yang sudah taubat dan balik aktif kembali ini, tidak ditangkap polis .Hanya dipanggil beri keterangan. Keterangan apa yang diberinya kepada polis masih tidak diketahui.Tak tahulah kalau-kalau mereka bertepuk tampar dengan polis macam peserta sukan meraikan kemenangan wallahualam.

Surat khabar dan tv amat gembira dapat berita dari tiga orang melayu gila ini. Gambar dan cerita dari tiga orang melayu ini dah keluar, serta dunia sudah tahu kebaikan dan tujuan mereka mejaja fitnah ini.

Mungkin orang melayu gila yang tiga orang ini ,tidak sedar diri seronok tengok vedio,lupa di belakangnya seekor iblis setiasa menepuk -nepuk bahunya sambil memuji kehebatannya. Iblis itu seekor sahaja.Melayu gila tu tiga orang dan pengikutnya masih tidak sempat dikira dan mungkin tidak terkira .

Biasanya orang gila tidak ada pengikutnya,tetapi orang melayu gila ini ada pengikutnya kerana
mereka disuruh jadi gila. Melayu gila ini sentiasa dijanjikan upah.Mana ada manusia yang bekerja tidak memerlukan upah. Melayu gila ini upahnya akan dibayar apabila yang mengupahnya sudah kenyang dan buktinya keluar berak .

No comments:

Post a Comment