Dua orang tua ini telah mewakili iblis mengedar dan menayang vedio lucah yang dikatakan pelakunya Anwar Ibrahim.
Tujuan kedua orang melayu tua ini ,ialah memberi gambaran bahawa Anwar Ibrahim seorang manusia yang tidak berakhlak dan tidak layak menjadi seorang pemimpin ,lebih-lebih lagi jadi Perdana Menteri .Tuduhan liwat sebanyak dua kali di kenakan terhadap anwar tidak mencukupi mempengaruhi penyokongnya supaya membeci Anwar. Sebaliknya orang Malaysia masih banyak menyokongnya dalam politik malah merasa simpati. Rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bertambah dan terus memberi sokongan.
Saya yakin kedua-dua melayu dalam gambar ini mewakili kerajaan memerintah yang terus bimbang pengaruh Anwar akan menggugat sokongan rakyat. Mereka ini tidak berkhidmat percuma menjaja gambar tidak senonoh itu. Belum ada pejuang melayu zaman wang segala-segalanya ini, memberi khidmat percuma, lebih lagi umat Malaysia tahu sejarah mereka.
Hari ini menjadi satu sejarah peradaban melayu yang kononnya berugama islam menjadi penjaja aib dan fitnah.Mengapa saya berkata demikian -kiranya video tersebut benar perlakunya Anwar Ibrahim bererti mereka menjaja aib orang melayu. Bertujuan apa mereka bersikap demikian. Apakah Allah tidak melaknat mereka ini.
Sebaliknya vedio tersebut hasil rekaan manusia, bukan Anwar Ibrahim pelakunya. Ya Allah satu fitnah yang tidak diampunkan melainkan orang yang difitnah memaafkan. Tidak berugama islamkah mereka ini.Dimana pegangan ugama mereka,sanggup melaku satu kerja yang dosanya amat besar.
Hari ini semua media mensensasikan vedio tersebut .Tidak berlaku sensasi sekiranya bukan dikaitkan nama Anwar Ibrahim. Dua orang melayu dalam gambar tersebut sepatutnya berfikir menjaja aib atau menjaja fitnah.
No comments:
Post a Comment