Monday, December 28, 2015

berjaya di Malaysia buat cubaan ke Brunei

Tahniah Brunei



Beberapa NGO di Malaysia membuat percubaan menghasut kerajaan negara ini supaya membantah kerajaan  islam Brunei yang melarang rakyatnya yang beagama islam meraikan perayaan hari krismas.

Undang-undang Brunei,bagi orang islam yang meraikan perayaan tersebut boleh di hukum penjara selama 5 tahun.

Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan islam dan pemimpinnya yang mengaku islam menjaga kegiatan rakyatnya dengan kegiatan mejauhkan diri daripada Allah, lebih-lebih lagi kearah murtad.

Tidak ada sebuah kerajaan di dunia ini, kecuali Malaysia, yang pemimipinnya telah melakukan syahadah atau beragama islam memberi kelonggaran dengan publisiti serta meraikan  lain-lain agama  secara besar-besaran.

NGO Malaysia ini, hendak mengajar dan menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik untuk Brunei , sebagaimana kerajaan negara ini meraikan pelbagai agama dengan bergembira serta mengadakan makan besar. Tidak ada perbezaan diantara agama Allah dengan agama ciptaan atau gubalan manusia.

Di negara ini tidak menjadi kesalahan meraikannya demi menjaga sensiviti kaum dan salah satu acara kerajaan meraih undi popular.

Kebebasan beragama memang dibenarkan kepada manusia tetapi bukan untuk membenarkan mereka yang islam ke pesada murtad.

Meraikan agama lain selain islam seperti di Malaysia, bermakna mengiktiraf pelbagai agama dan menganggap semua agama  satu kepercayaan yang bebas diubah-ubah untuk anutan diri mengikut selera.

Ini bukan fahaman islam agama Allah. Menimbulkan rasa keraguan dalam diri tentang sucinya islam membolehkan umatnya ke arah murtad.

Usaha kerajaan Brunei melaksanakan sepenuhnya syariah islam sepatutnya kerajaan dan rakyat Malaysia yang islam memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kehendak atau bantahan NGO Malaysia bukan satu keperluan kerana islam tidak membenarkan  bebas  secara total.

Rakyat Malaysia tidak perlu masuk campur urusan negara lain dan juga tidak membenarkan rakyat lain khususnya Brunei masuk Campur urusan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di Brunei atau negara lain dalam dunia ini mesti mematuhi undang negara bumi yang di pijak.

Kerajaan Brunei hanya melarang rakyat yang beragama islam meraikan agama lain khususnya kristian.Tidak timbul soal islam menindas atau tidak bertoleransi. Mereka yang kristian boleh sahaja nmelakukan apa-apa aktiviti secara individu  atau berkumpulan secara tertutup.

Kebebasan hak asasi di Malaysia tidak perlu di ikuti kerana mereka berusaha memperjuangkan kebebasan  supaya manusia seperti lembu,burung-burung dan haiwan yang lain, kerana urusan dosa dan pahala hanya antara makhluk dan Allah.

Rakyat Malaysia terutama mereka di kalangan yang anti islam dan islam liberal sememang berperangai bagitu, yang masing-masing di lindungi iblis yang berusaha dan cenderung merosakkan akidah umat islam. Mereka yang islam perlu berhati-hati kerana ada syurga dan neraka di pengakhiran hidup

Keadilan islam hanya terlaksana kepada mereka yang patuh perintah Allah dan mejauhi larangannya.

Musuh islam di Malaysia tidak ada hak menjadi  pengacau kerajaan islam Brunei yang ketika ini  telah mula menampakkan kebenaran dan kebaikan undang-undang dan cara hidup islam.

Mereka yang mengemukankan bantahan  merupakan cubaan  mengkuda-kudakan kerajaan Malaysia berkaitan agama dan islam dan bertujuan menjadikan negara islam Brunei sebagai sasaran untuk bermusuhan diantara agama di rantau ini.

Sunday, December 13, 2015

sudah berakkan Muhyiddin lepas tu pujuk......




Najib telah berakkan seluruh badan Muhyuddin ,kemudian suruh orang lain mandikan,basuhkan badannya, selepas itu Najib peluk dan cium.Tentunya bau berak mungkin akan hilang selepas Muhyiddin mandi beberapa  kali secara bersendirian,tetapi perangai  Najib memberakkannya tidak akan di lupakan Muhyuddin sampai mati.

Itulah apa yang berlaku dalam krisis Najib dan Muhyiddin  yang juga bukan sahaja menjadi permusuhan peribadi  kedua-dua pemimpin itu ,tetapi berjangkit krisis keseluruhan dalam UMNO.Bercakaran sesama sendiri  dalam UMNO hanya berhenti sementara dari 8hb.Dis hingg 12hb Dis 2015.

Kita nampak dalam perhimpunan agung semalam perwakilan bersahaja membahaskan pelbagai masalah dan Najib bersemangat, masuk bakul angkat sendiri,tetapi  pada hakikatnya mereka semua menghadapi serta menanggung penyakit kencing manis,darah tinggi dan masalah jantung yang berisiko besar  kearah  strok.

Baginilah masalah parti politik hari ini kiranya terdapat mereka yang berkuasa hendak terus berkuasa dan tidak menganggap diri sendiri punca masalah dalam parti.Selanjutnya melindungi kesalahan kita dengan menggunakan kuasa dan menuding jari kearah orang lain yang tidak sebulu dengan kita.

Mungkin Muhyuddin boleh bersalaman dan berpelukan arab dengan Najib serta memaafkan kesalahan yang di lakukan seandai Najib melakukan rutin biasa setiap kali perhimpunan ,tetapi sebaliknya Muhyiddin di nafikan berucap dan merasmikan pemuda dan puteri. 

Muhyiddin masih ada sikap tolenransi  hadir dalam perhimpunan bagi menunjukkan sikap sederhana dan bersedia memaafkan Najib,serta masih sayang dan setia kepada UMNO, kiranya di benarkan berucap, namun Najib masih eksyen  menunjukkan kuasa dengan mengatakan jawatankuasa perhimpunan atau majlis tertinggi parti tidak membenarkan Muhyuddin berucap.

Ketakutan Najib terhadap Muhyiddin jelas ibarat Najib membelasah Timbalan Presiden itu dengan mengikat tangan dan kakinya serta di zip mulutnya. Najib berjaya bercakap berkaitan kehebatannya bagi menambat hati dan simpati perwakilan untuk bersamanya.

Seandainya perhimpunan tersebut membenarkan muhyiddin berucap saya rasa sudah pasti  sokongan perwakilan terbahagi kepada dua bahagian.Berkemungkinan hujah Muhyiddin lebih masuk akal,maka kelebihan sokongan akan menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri yang teraniaya itu. Keadaan yang sedemikian rupa, menakutkan presiden ,yang lebih takut dari kekalahan  pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Penggulungan perhimpunan oleh Najib kebanyakan memaparkan masalah dalaman UMNO dan permusuhan peribadi presiden dengan musuh yang dicipta Najib sendiri, melalui kepincangan hutang 1MDB dan derma peribadi 2.6 bilion.

Persengketaan dalam UMNO tidak akan berlaku sekiranya Najib berjaya menjinakkan Muhyiddin dan Shafie Afdal melalui penjelasan empat mata atau enam mata  berkaitan 1MDB dan 2.6 bilion sehingga kedua-duanya angguk. 

Pengorbanan Najib perlu juga, sekiranya dia masih menyayangi UMNO dari runtuh atau perpecahan, dengan bertindak meletak jawatan presiden dan Perdana Menteri. Nada berkhimat untuk parti dan kepercyaan yang di beri rakyat adalah nada subjektif, yang boleh di ambil alih tanggungjawab oleh sesiapa dalam UMNO.

Sikap bertanggungjawab terhadap apa yang didakwa berlaku kepincangan dalam pengurusan syarikat pelaburan negara dan wang derma yang banyak masuk ke akaun adalah bersedia ke mahkamah selepas letak jawatan .Jangan jadikan alasan bahawa apabila berhenti dan tidak ada kuasa akan di penjarakan.

Mengacau mereka yang terlibat dalam penyiasatan pelbagai masalah negara bukan tindakan yang bijak.Hari ini kita boleh menafikan kepincangan yang kita lakukan, dengan mencampakkan manusia yang jadi penghalang perilaku jenayah kita, tetapi harus ingat Allah masih ada.

Membuang  kedua-dua anggota kabinet tersebut untuk menyorokkan kesilapan adalah merupakan satu kebodohan yang tidak ada kesudahan dalam UMNO, yang menjadi kenangan kekesalan .Kesilapan ini akan timbul kembali apabila presiden tidak lagi berada di puncak seperti mana Dr.Mahathir hari ini.