Tuesday, September 1, 2015

dah kenyang-bila nak berhenti makan




sukaaaaanya


Perdana menteri yang liat hendak  berhenti, mungkin  masih menuggu derma seterusnya yang lebih besar sehingga 3.6 bilion. Juga berasa takut hendak berhenti yang akan kehilangan kuasa dikhuatiri penggantinya memasukkannya ke lokap polis atas pelbagai kesalahan.

Barangkali hendak adakan cabutan undi seluruh negara samada dia disukai atau tidak sebagai PM. Kiranya di beri pilihan di sukai atau tidak, sudah pasti orang-orang Cina sama ada dari MCA atau DAP tidak perkenan dengan perangai Najib.

Bangsa India lebih kurang melayu duduk atas pagar yang dikeluarkan sedikit modal dari 2.6 bilion itu belikan gula beras, dan pelbagai makanan ,berkemungkinan turut serta dari geleng ke angguk terhadap Najib.

Rakyat yang berakal dan berfikiran terbuka terutama yang terlibat dan menyokong demontrasi BERSIH amat marah terhadap Najib yang melabelkan mereka  kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan.

Tokoh bilionair derma ini sungguh lancang mulutnya memberi  gelaran golongan rakyat pelbagai nama seperti bangsat,haramjadah dan pelbagai kategori manusia.

Rakyat ,khususnya peserta BERSIH 4 merupakan perancang bijak yang mengambil kesempatan suasana merdeka, menyatakan pandangan dan melahirkan perasaan tidak puashati terhadap kerajaan,berkaitan isu semasa dan menuntut pilihanraya bersih dari merasuah rakyat. Sebagaimana kerajaan BN mengambil kesempatan menggunakan wang kerajaan atas nama BN membuat pelbagai projek untuk pengundi dan pemberian tunai seperti BR1M.

Mengubah kerajaan yang sedia ada tidak berjaya kerana pilihanraya tidak bersih yang kebanyakan rakyat sebagai pengundi  di rasuah. Terbukti dengan sumbangan 2.6 bilion untuk pilihanraya.Parti yang banyak wang akan berterusan mengekalkan kemenangan.

Demonstrasi jalanan tidak menggugat  ketenteraman awam sebagaimana pandangan Najib – Keadaan tidak terkawal berlaku semasa demontrasi diadakan adalah hasil ciptaan provokasi anggota keselamatan atau orang luar yang tidak turut serta berdemontrasi.

Tujuan provokasi yang menghuruharakan perjalanan perhimpunan sebagai alasan anggota keselamatan untuk turut masuk campur mengawal keadaan. Alasan ini juga akan  dijadikan faktor penting  tidak meluluskan permit.

Sejak akhir-akhir ini najib menggunakan kata-kata pemimpin PAS untuk menambah koleksi pembelaan dirinya seperti sokongan Harun Din dan Hadi serta terbaru mengesahkan demontrasi adalah Haram oleh mufti Kelantan.
Kehancuran dan kemusnahan bukan disebabkan oleh rakyat yang berdemontrasi tetapi lebih kepada halatuju pemimpinnya yang diberi kepercayaan  yang berterusan mementingkan diri. Rakyat dapat percuma tunai  950 setahun tetapi pemimpin 2.6 bilion. Ini jumlah yang terbongkar, tidak terkira nilainya yang tersembunyi.

Rakyat tidak ada kesempatan dan tidak akan menjadi pengkhianat yang biasa menjadi pengkhianat adalah pemimpin yang mengkhianat rakyatnya dengan mengambil kesempatan dilantik pemimpin membolot harta kerajaan dan rakyat untuk kekayaaan dirinya sehingga bangsanya menjadi terbangsat.

Tidak seorang pun rakyat  dan bagitu juga pemimpin bercita-cita memusnahkan negara kerana sakitnya berbunuh-berbunuhan antara satu sama lain, yang akhirnya memusnahkan harta yang diperolehi sekian lama. Mereka berdemo kerana menyuarakan hasrat bekendakkan kepimpinan dan kerajaan yang lebih baik dari sedia ada.

Kerajaan yang sedia ada terlalu perasan selama 58 tahun, yang sepatutnya mohon pencen pilihan, yang ketika ini kesihatan untuk mentadbir telah merosot.

Sesiapa pun boleh menjadi pengkhianat bukan rakyat sahaja. Pemimpin megkhianat melalui cara dia memimpin dan membolot harta rakyat - memperolehi 2.6 bilion itu satu  rasuah terbesar. Seandainya  pemimpin tidak  punya kuasa, tidak ada orang hendak menghulur wang sebanyak itu.

Biasanya orang sudah kenyang tentu suka perasaan dan bercakap atau berpidato lebih berkeyakinan dengan nasihat dan bersemangat petrotik. Mereka yang miskin tidak ada masa melahirkan petriotik kerana sibuk mencari makan dan menguruskan hidup..






Tuesday, August 25, 2015

sumbangan media luar -nyata bukan tomahan atau fitnah




Sekarang ini kumpulan penjilat buntut PM telah terbahagi kepada beberapa kumpulan.Kumpulan pertama adalah kumpulan penjilat yang seboleh-bolehnya menghalalkan derma  RM2.6 billion.Seterusnya kumpulan yang membela apa yang dilakukan  oleh PM sebelum  dan selepas dibelai oleh dermawan hartawan ,dengan mengatakan segala apa yang dilakukan oleh Najib  perkara baik dan sepatutnya.

Kumpulan yang paling beruntung ialah kumpulan yang  telah dapat pangkat,dan jawatan kerana  cerita 1MDB telah beransur-ansur di tutup.Mereka telah berfikir PMnya telah selamat.Mungkin selamat kerana AG yang dilantik merupakan orang yang telah dipatah tengkoknya dan disumbat mulutnya. Penjilat jenis ini puji melangit,dan mula buka temberang serta menasihatkan golongan yang dicampakkan Najib bersabar dan teruskan kesetiaan pada parti.

SPRM sudah tutup pejabatnya dan yang tinggal kakitangan kerani pejabat yang kerjanya menguruskan bayar bil pejabat dan menghantar serta menjawab surat.Tidak guna lagi badan pencegah rasuah ini kerana pintu-pintu pejabatnya telah di pasang sarang labah-labah yang membolehkan mereka yang besar boleh sahaja langgar  masuk, manakala yang kecil menjadi mangsa.

Manakala orang yang punya badan dan berkuasa  menyatakan berulangkali telah diberi amanah oleh parti dan rakyat mesti terus bekerja .Tidak ada istilah letak jawatan.Dia terus mendewakan diri sendiri ke pelusuk negara mengatakan tidak ada duit rakyat yang disapunya dan memberi keyakinan kepada bangsa melayu bahawa kiranya tidak ada UMNO melayu menjadi bangsat di negara sendiri. Selanjutnya menyatakan parti yang memerintah adalah hasil warisan ayahnya.

Itulah Malaysia negaraku,yang mempunyai pemimpin yang bercakap sedap dimulut dan bangsanya di bangangkan oleh tatacara kepimpinannya sendiri dengan menyatakan yang layak memerintah negara ini ialah UMNO.Kita melupakan kesalahan UMNO oleh kerana orang melayu hari ini dapat makan dan minum sehingga tidak sedar bangsa lain dapat makan dan minum tetapi mempunyai aset berjuta-juta.

Kita lupa kesalahan UMNO tanah rezab melayu banyak kehilangan dan kalau ada pun gantinya semakin lama semakin jauh ke dalam hutan.Kita lupa kesalahan UMNO melayu tidak mampu membeli unit kedai dan rumah di bandar-bandar yang berharga RM400K hingga RM700K.

Kita semua tahu emosi Najib telah mula terganggu akibat tekanan dari rakyat dan ahli partinya yang telah mula ramai  kontra dari yang menyokongnya ditambah ulasan dan laporan yang tidak menyebelahinya , melalui media sosial serta di parahkan oleh  berita  akhbar porta internet. Di tambah dengan kejatuhan ringgit berbanding USD hari ini –RM4.23.Speklusi di jangka hingga RM5.00, di katakan ada diantara mereka yang terlibat aktiviti kewangan enggan menerima ringgit Malaysia bagi urusan jual-beli.

Sebenarnya Najib sudah pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri  yang sekarang ini bertugas sebagai membela diri bahawa dia berkhidmat untuk rakyat dan parti politiknya dan satu sen pun tidak mentedarah duit rakyat.

Yang nyata sekarang apa yang telah terjadi terhadap pemimpin  dan kepimpinan yang telah dilantik rakyat bahawa keyakinan dan keikhlasan menjadi wakil rakyat telah terbongkar dengan penemuan berbillion ringgit dalam akaun persendirian.

Walaupun itu merupakan derma untuk politik,saya percaya sekiranya bukan Najib yang menerimanya sudah pasti mereka yang terlibat di dakwa di mahkamah kerana menerima sumbangan luar kemampuan pendapatannya dan penderma ada kepentingan kerana PM mempunyai bidang kuasa. Keikhlasan terlalu subjektif dan tidak mampu menghindar tujuan rasuah.

Itu hanya kita tahu melalui “pembongkaran terpaksa” tidak ikhlas yang pada asalnya berita dan  dipertikai dengan menyatakan fitnah dan tomahan.Sekarang penjilat-penjilat PM berusaha meyakinkan orang ramai bahawa wang sebanyak itu adalah hasil derma ikhlas dari Timur Tengah dan tujuan untuk aktiviti parti politik.

Banyak ayat-ayat gila selepas disahkan bukan tomahan atau fitnah.Diantaranya penjilat menyatakan keikhlas kerajaan dan PM menangani isu IS,dan usaha melawan yahudi dan DAP,serta jangan di pertikaikan keikhlasan penderma.

Ketaksuban,dan berkepentingan diri untuk mendapat sesuatu dari PM maka tidak hairan penjilat melupakan bahawa sumbangan kewangan itu diterima melalui akaun persendirian yang membolehkan tuan punya akaun mengeluarkan wang untuk pelbagai tujuan.

Hari ini beberapa orang penjilat telah pun mendapat honorium dan belegar seluruh negara sambil mengandar nama PM dengan menyatakan sumbangan politik adalah sah.

Media sosial tidak bersimpati terhadap pembelaan terhadap Najib dan terus memberi maklumat yang betul terhadap PM dan penjilat-penjilatnya. Penggemar media ini sentiasa menunggu-nunggu agar sesuatu kejutan bagi memulihkan kepercayaan politik dan kepimpinan negara.