Friday, December 13, 2013

Syiah>> Zahid lawan Mat Sabu = UMNO lawan PAS



Malam tadi saya mendengar penerangan berkaitan kedajjalan fahaman syiah di sebuah masjid berhampiran tempat tinggal.Dahsyatnya penyelewengan akidah fahaman syiah maka saya dan rakan-rakan bercadang untuk mendengar dan melihat sendiri ajaran tersebut serta memiliki kitab menjadi pegangan faham ahlinya.

Pagi ini saya membaca  beberapa akhbar edisi internet telah memaparkan berita berkaitan syiah yang timbalan presiden PAS menjadi pelakon utamanya,berkaitan tingkah laku syiah yang dilakukan oleh Mat Sabu beberapa tahun lalu ,yang menjadi satu kesalahan mengikut pandangan KDN maka cita-cita untuk melihat dan mendengar ajaran syiah terpaksa dibatalkan kerana khuatir di tangkap KDN. 

Bagitulah orang yang ada kuasa(menteri/KDN) belum ada luka dan bengkak sudah mengatakan seseorang itu telah cedera.Beberapa kesimpulan dapat di nyatakan bahawa Mat Sabu (PAS) menteri/KDN(UMNO) masih banyak ‘prejudis politik’ dan dendam kesumat yang masih belum ada titik penyudahannya. 

Sebelum pilihanraya berkaitan hukum hudud,liwat,kalimah Allah di uar-uarkan oleh UMNO bagi menarik perhatian orang melayu.Hudud yang dirancang oleh PAS di takuti oleh sebahagian orang melayu yang disebelah UMNO.Untuk mengekalkan sokongan orang UMNO semasa pilihanraya maka isu hudud ditimbulkan kembali manakala liwat dicanang selama lebih 2 tahun bagi mengurangkan sokongan melayu kepada parti lawan PKR, yang pemimipinnya dituduh melakukan kerja tersebut.

Kalimah Allah bagi UMNO sebagai senjata utamanya meracun fikiran orang melayu supaya membenci PAS kerana parti PAS mengeluarkan kenyataan meyokong bangsa lain menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan tetapi jangan salahguna maksud disebaliknya.Selepas pilihanraya  berkaitan kalimah Allah kerajaan UMNO menjadi gila, - di semenanjung bangsa lain tidak boleh gunakan kalimah tersebut. Sabah dan Sarawak sukahati orang disana.Larang disini benar disana untuk politik atau kerana kalimah.

Hari ini selepas PRU13 fahaman syiah menjadi mangsa debatan  politik diantara UMNO-PAS. Walaupun pelbagai isu sepatutnya sama pentingnya untuk diperkatakan atau ditimbulkan dan dicari penyelesaian sebagai contoh masalah dadah,rasuah,perbaziran perbelajaan wang rakyat,tidak amanah, dan pelbagai menyakit sosial orang melayu yang mewakili kedua-dua parti tersebut

Kita tahu apa yang tersirat dalam kepala pemimpin UMNO dan kerajaan, adalah untuk mengalihkan isu yang diperkatakan melalui media dan parlimen,serta kepincangan kerajaan dari menjadi perhatian umum. PAS hanya mampu bertahan dengan tuduhan, yang pada pemikiran UMNO boleh mengurangkan kepercayaan penyokong dan ahli  PAS, seterusnya mengurang keyakinan kepada kepimpinan yang ada sekarang.

UMNO lupa busuk berak tidak boleh di wangikan dengan semburan kasturi.Orang sudah tahu berak siapa ditengah jalan, kerana usia telah 67 tahun .Selama itu telah berak di tempat yang sama . Melainkan orang kampung yang seusia dengannya atau lebih tua darinya masih berpegang kata, siapa hendak mengaku berak ditepi dan tengah jalan.

Tuesday, December 3, 2013

tentu ada yang menyesal dengan keadaan ini.






 Selepas pilihanraya ada pemimpin dan kerajaan yang di pilih melepaskan dendam lepas pantang. Sebelum pilihanraya tidak seorang pun menyebut  seperti ini “ tuan-tuan dan puan-puan lepas pilihanraya ini saya akan naikkan gaji  wakil rakyat  kerana "Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat”

Juga tiada pula kedengaran sebelum pilihanraya ada MB atau Ketua Menteri berkata macam ini “Kenaikan pendapatan tersebut, adalah sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka”. 

Tidak ada juga kedengaran pemimpin yang belum dipilih dalam pilihanraya berkempen seperti ini “tuan-tuan dan puan-puan selepas pilihanraya apabila parti kita menang subsidi minyak dan gula kita kurangkan, nanti jangan terkejut harga minyak dan harga gula dipasaran naik” 

Tidak  ada pemimpin yang menang  kemudian dilantik sebagai menteri sebelum pilihanraya berkata bagini “orang ramai perlu 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu”.

Atau berkata demikian sebelum pilihanraya “Apabila tuan-tuan pilih saya sebagai wakil rakyat  “Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen dan Di Sabah serta Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj “.

Bagitu sikap manusia yang hipokrit terhadap rakyatnya yang memilih mereka sebagai pemimpin.Mereka sebunyikan apa yang difikirkan menyakiti rakyat apabila dilaksanakan, manakala melaung-melaungkan perkara-perkara yang melunakkan perasaan hati rakyat.

Mereka yang berjaya menjadi pemimpin telah melupakan tanggung jawab ini, iaitu 360 projek atau 46.7 peratus daripada 771 projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pada 2012 belum dilaksanakan.Sudah enam(6) tahun kerajaan baru memerintah perkara  yang di bincangkan selepas dapat mandat  terbaru  ialah bertujuan mengenyangkan perut mereka yang terpilih. Tentu ada yang menyesal dengan demokrasi 5 May 2013 yang lalu.

Pemimpin  di atas adalah sama sebagaimana  persaingan  dua,tiga atau lebih seorang lelaki yang tidak ikhlas dalam percintaan.Percintaan yang dilahirkan untuk mendapatkan celah kangkang seorang wanita. Pujuk rayu “lembut gigi dari lidah” dilahirkan di depan wanita yang akan dijadikan mangsa. Sebaliknya niat negatifnya ‘masak di luar mentah di dalam’ disembunyikan bagi mencapai cita-cita untuk memilikinya. Apabila memilikinya memperlakukan wanita tersebut mengikut sesuka perasaannya.

Hari ini keliling kita telah dipenuhi berita-berita ke arah kewangan wakil rakyat  ‘lebih, tetapi tidak cukup’.Mereka tidak memikirkan perasaan rakyat terbanyak yang memperolehi hasil pendapatan sebagai penoreh getah,pekebun kecil sawit,nelayan,pekerja kontrak ,pekerja kilang,pekerja sambilan di kompleks-kompleks beli belah  dan anak muda yang menganggur. Sepatutnya melihat anak padanglah menantu.

Golongan ini tentu menelan air liur apabila melihat dan membaca berita bahawa wakil rakyat yang di pilihnya pada 5 May 2013 yang lalu, menikmat hidup sebagai orang kaya dengan pendapatan menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Baginilah  mereka yang bijak mempermainkan demokrasi .Pemilih menjadi mangsa janji terbaik untuk ditunaikan .Kejayaan  seseorang yang dipilih  sebagai tiket untuk dia melakukan kehendak nafsu “biarlah aku dulu kemudian kau” atau Kau 1 aku 10,20 atau 30 ,yang akhirnya ‘lembah jua dituju air’.

Dalam sistem pilihanraya di Malaysia ini rakyat dibodohkan,wakilnya di tatang. Inilah masanya bagi mereka yang memimpin rakyat  telah mula menilai rakyat - keluar tidak mengganjilkan,masuk tidak menggenapkan. Mereka lupa ‘mana ada tali yang tidak berhujung’, ’mana ada sungai tidak berhulu’ ‘dan mana ada buluh yang tidak berbuku’.