Tuesday, November 29, 2011

TIDAK ada pemimpin tidak kaya yang ada rakyat tak kaya

pemimpin





Dr. Mahathir menasihati pemimpin-pemimpin kerajaan agar jangan sesekali menyalah guna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Katanya, tujuan rakyat memilih pemimpin untuk membantu mereka dengan membangunkan negara dan bukannya menjadi orang kaya.
rakyat

Pada hakikatnya apa yang disarankan oleh Dr.Mahathir sudah pun berlaku dan terus dilakukan dengan rakus bagaikan manusia lapar tidak “mentedarah” lebih 10 hari.Mereka yang hendak kaya menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai satu kemestian. Saranan Nabi s.a.w. kekayaan berada 9/10 pada perniagaan. Di Malaysia 9/10 kekayaan berada sebagai ahli yang berhormat. Wakil rakyat juga berniaga tetapi perniagaan  yang ada cop mohor sebagai wakil rakyat bagi mengelak tapisan atau birokrasi.
Carilah wakil rakyat yang tidak ada perniagaan terutama wakil rakyat parti pemerintah – kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan dan cari juga wakil rakyat yang tidak kaya seperti rakyat yang diwakilinya.
Alasan wakil rakyat mesti ada perniagaan kerana rakyat yang sering berkunjung ke rumah mereka sebagai tetamu memerlukan makan minum dan kadangkala wang saku. Gaji sebagai wakil rakyat tidak cukup untuk menampung kesemua itu.
Kata Dr.Mahathir itu bukan bermaksud kaya bagi tujuan wang saku serta menjamu rakyat tetapi terlalu jauh jurang antara rakyat dengan wakilnya.Pemimpin yang dipilih ini mempunyai 2 atau 3 kereta mewah dan rumah banglow yang berjuta-juta dan rumah-rumah biasa yang lain. Tanah-tanah disekitar kawasan yang dipimpinnya telah menjadi milik dirinya, keluarga dan kroni atau di urus jual kepada orang kaya yang mampu kerana harga jutaan.
Standard  rakyat yang dipimpin tidak berubah hidupnya hanya cukup makan, pakai dan rumah  kecil untuk meneruskan hidup sedangkan kemewahan dimiliki wakilnya tidak ada angka untuk digandakan. Kata orang hidup macam haiwan peliharaan tidak lebih hanya diberi cukup makan,cuma makanan yang dicari senang diperolehi tidak seperti Somolia atau beberapa negara benua Afrika. Itulah perbezaan yang di banding-bandingkan.
Dialog ini mengingat kita sikap berlumba-berlumba pemimpin yang dipilih dalam konteks negara Malaysia bagitu juga pemimpin dunia-”jangan pandang hamba tidak ada mata,hamba lebih kaya dari Abdul Wahab dan Abdul  Wahid” harta Ismit diluar negeri ,Pakistan,Afghanistan,Turkistan, Hindustan,gohead-gostan”.Sikap mengumpul berlumba membanyakkan harta seperti kata Dr.Mahathir menjadi impian pemimpin yang dipilih.
Pemimpin,yang terpilih menjadikan ia satu platform untuk kaya maka ramai yang berebut-rebut menjadi wakil rakyat, jika tidak terpilih oleh parti menjadi wakil rakyat akan  berebut pula menjadi pengkhianat parti.
Impian menjadi kaya seseorang pemimpim itu boleh juga berlaku ,dengan mengkhianat parti sekiranya apa yang dijanjikan sumber kewangan tidak dapat disumbangkan oleh parti. Kesetiaan pemimpin yang dipilih akan tergugat dan berubah bila kekayaan tidak tertunai.
Memperkaya diri yang sedang dilakukan oleh pemimpin yang dipilih tidak akan berubah sehingga akhirat selagi seruan ini tidak terpakai “Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya”

Walaubagaimana pun kita renungkan sebentar,diri Dr.Mahathir sebelum kita mengelamun lebih jauh lagi bagaimana pemimpin hendak menjadi kaya.,apakah Dr.Mahathir dan keluarganya serta kroni tidak kaya?.Apakah ada yang berkata dia sememang layak untuk kaya, kerana dia bersusah-payah mentadbir negara atau masih ada yang berkata "takkan bekas Perdana Menteri kita Papa kedana ,selekeh tak beringgit rumah setakat RM62,500.00 sahaja.
Tidak bolehkah  pemimpin punya rumah harga RM62500.00.Maluuu!.

Monday, November 28, 2011

Cium dulu baru dapat gula-gula atau bagi gula-gula baru dapat cium




Itulah cara orang Malaysia terutama orang melayu apabila hendak berbudi atau sesiapa yang hendak menerima budi.Bukan hanya berbudi tetapi hendak besedekah pun mesti memerlukan balasan atau habuannya selepas atau sebelumnya. Mereka yang bersedekah akan menunggu kalau-kalau diterima ganjaran. Ikhlas adalah perkara terakhir.Kata "orang berbudi kita berbahasa" perlu diganti dengan "ada budi ada balas".Berbahasa "terima kasih " tidak di terima lagi, melainkan jawapannya "terima kasih je!"

Tokoh politik negara Muhiddin Yasin dengan nada kempennya telah terbalikkan ungkapan "ada budi ada balas" kepada "ada balas ada budi". Dia mintak cium dulu baru dapat gula-gula kepada orang Kelantan atau lebih tepat lagi ialah seronok dulu baru dapat duit.

Adalah bahaya beri cium dulu baru dapat gula-gula kerana sudah dapat seronok mungkin lupa gula-gula ditangan sudah jatuh ke tanah dan kotor atau berkemungkinan Muhiddin hendak mengakalkan orang Kelantan.
Usaha hendak merebut atau memikat Cik Siti Wan Kembang yang sudah lebih 20 tahun di tinggalkan terus dilakukan oleh bekas kekasihnya.Hari ini memburuk-burukan rumah Cik Siti tidak cukup air, masih menggunakan perigi atau air paya disekitar rumahnya yang airnya kotor serta berkarat akibatnya anak-anak Cik Siti berpenyakit gigi .Katanya, suami Cik Siti miskin serta tidak ada wang untuk memasukkan air paip kerumahnya. 

Wakil bekas kekasihnya menawarkan kepada Cik Siti dan berjanji akan membekalkan air paip kerumahnya sekiranya dia sanggup bercerai dengan suami sekarang dan berkahwin dengan bekas kekasihnya itu.

Cik Siti hanya senyum melihat gelagat bekas kekasihnya menabur janji.Dia tahu perinsip orang menangkap ikan -tak dapat pancing di jala ,tak dapat dijala di tuba.