Friday, August 26, 2011

Alahai YB


Lidah resmi parti UMNO “Utusan Malaysia” Tidak banyak pembangunan di Kedah

Tidak banyak pembangunan di Kedah 25/08/2011 11:23am. ALOR SETAR 25 Ogos - Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.
utusan_malaysia/Terkini - 25/08/2011

Ahmad Maslan memperbodohkan rakyat kedah dengan membandingkan kehebatan orang berumur 3 tahun dengan mereka yang berumur 54 tahun.

Agaknya apa yang kanak-kanak yang baru ‘cerai tetek’(kata orang kampong sey) boleh buat dengan hadiah sebuah banglo buruk dengan orang tua yang sudah monopos yang sebelum ini telah melahirkan anak entah berapa ramai -yang dulu hanya punya rumah sebesar tandas rumah wakil rakyat,yang sekarang ini harga rumah berjuta-juta.

Saya percaya tentu rakyat kedah yang sukakan parti atau yang tidak sukakan parti Ahmad Maslan ketawa berdekah-dekah macam pelakun drama di suruh ketawa.

Bagitulah orang politik yang masih menganggap dia sahaja yang bijak berfikir. Pengundi atau rakyat semua menerima apa yang orang politik cakap, seperti rakyat tahun 60an yang tau lagu a-go-go,oh Fatimah ,serta Kisah dan Tauladan jarang yang tau lagu ‘The young ones’ atau 'After Loving You'.
Kepompong rakyat sudah jadi benang dan kain sutera serta sudah pun di buat baju isteri –isteri wakil rakyat , tetapi orang politik seperti Ahmad Maslan, kepompongnya masih tersangkut di pohon mulberry yang menganggap orang berfikir macam dia berfikir.

Kiranya Allah memanjangkan umur Ahmad Maslan 54 tahun lagi akan datang serta kerajaan Kedah sekarang masih berkuasa selama itu, barulah Ahmad Maslan boleh bekokok kuat-kuat sambil melaung mengutuk.

Wakil rakyat dengan partinya zaman ini kiranya masih berminat memenangi hati rakyat terpaksa tunjukan kehebatan berbudi ,berebut-rebut bersama membangunan negeri ,tidak kira parti pemerintah atau parti pembangkang.Rakyat tau siapa yang menghulur dan siapa yang memandang jauh sambil letak tangan kebelakang.

Bukan masanya membiarkan kerajaan negeri terkonteng-konteng memajukan negeri sedangkan kerajaan pusat tidak mahu menyumbang bagi pembangunan negeri dengan niat hendak membuktikan kerajaan yang baru dipilih tidak bertanggungjawab atau tidak pandai memerintah.

Terlalu awal Ahmad Maslan mencebik bibir iaitu baru 3 tahun sedangkan kawan-kawannya sudah memerintah telah lebih54 tahun.Jangan suntukan fikiran rakyat kiranya fikiran kita sudah suntuk.

Tuesday, August 23, 2011

malam al-qhadar







satu malam yang semua umat islam mengetahuinya.Orang biasa seperti saya ini bercita-cita menemui atau berada pada malam tersebut.

Pengisian ibadah pada malam tersebut tentunya berbeza antara orang biasa seperti saya berbanding dengan ustaz-ustaz yang mempunyai ilmu berkaitan .Orang macam saya ini bercita-cita tinggi atau nafsu keinginan mencari malam tersebut memuncak apabila mendengar di majlis ilmu betapa hebatnya pahala beribadah pada malam tersebut. Seribu bulan atau 83 tahun ganjaran beribadah, sudah pasti usia saya atau usia umat Nabi Muhamad S.A.W gagal mencapainya. Usia sudah separuh abad ini ada atau tidak dapat tempias

Hari ini sudah 23 hari bulan Ramadhan berlalu, salah satu hari bilangan ganjil yang menjadi rahsia Allah untuk umat Muhamad S.A.W mencari malam tersebut. Hati ini sudah 3 hari teruja hendak bangun qiamulail,untuk bermunajad kepada Allah tapi masih gagal.Walhal alarm handset telah menjanjikan bangun jam 3.30 pagi.

Bagitulah dugaan kepada orang biasa seperti saya yang mungkin ramai lagi orang seperti ini yang halangan berlainan atau aktiviti yang menggagalkan usaha untuk menemui

Barangkali karat iblis laknatullah yang ada pada diri orang yang seangkatan dengan saya tidak berupaya di buang walaupun sekuat mana atau selama mana sekali pun iblis di rantai.

Shoping, atau berada di kompleks beli-belah salah satu agenda yang menggagalkan niat mendekatkan diri kepada Allah.Tabiat menyediakan juadah hariraya di sepuluh malam terakhir ramadhan sudah menjadi kelaziman atau kebiasaan orang seperti saya. Sepuluh malam terakhir ini bagitu banyak jemputan berbuka puasa di tempat yang jauh dari masjid dan rumah sendiri. Ini menghalang tumpuan ibadah kerana pada majlis tersebut tidak ada kemudahan bermunajat .
Balik ke rumah sudah memakan masa serta keadaan diri dalam keletihan, bilakah saya boleh menikmati .Saya sedar kelemahan ini dan sepatutnya berusaha mendapatkan rahmat Allah ini. Apakan daya pagi ini hanya mampu solat subuh berjemaah. Jam 3.00 pagi hingga 5.30 pagi terus dibuai mimpi.