Thursday, July 26, 2012

Tema merdeka undilah BN lagi



Sudah 59 tahun saya hidup iaitu sebaya dengan Najib –Perdana Menteri Malaysia, dari tahun 1970 hingga tahun 2011 tema hari kemerdekaan berubah-berubah dan tidak ada bangkangan atau kritikan dari mana-mana pehak  kecuali tema pada tahun 1996” Budaya Penentu Kecapaian”.iaitu kritikan dari ahli bahasa berkaitan pemilihan perkataan“Kecapaian”bukan “Pencapaian”.

 

Hari ini menjelang pilihanraya yang ke 13,dan merdeka ke 55, kerajaan telah memilih “janji ditepati”yang menurut kata Ketua Penerangan UMNO tema tersebut baik untuk semua manusia.

 

Semua manusia faham bahawa tepati janji merupakan perkara baik,tetapi apa yang dipersoalkan ialah tentang tema tersebut ada maksud yang tersirat selaian dari perkara baik sesama manusia,ialah kononnya hanya kerajaan yang ada sekarang menepati janji.Menepati janji lawannya adalah” memungkirri janji”. Siapa yang memungkiri janji. Yang pasti bukan kerajaan BN. Itulah diantara tujuan tema tersebut. 

 

Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Najib dalam kempen pilihanrayanya undilah Barisan Nasional yang telah dijaja  ke seluruh Negara, dengan mencanangkan perjumpaan “janji ditepati”.Apakah hanya kerajaan yang ada sekarang yang memenuhi janji.Mungkin ada kerajaan lain sebelum ini atau kerajaan yang akan datang tidak memenuhi janji maka rakyat jangan mengundinya.

 

Kita tahu kerajaan yang ada hari ini berkemungkinan memberitahu kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang tidak menepati janji.Kerajaan-kerajaan negeri dibawah pembangkang bukan tidak memenuhi janji tetapi janji yang ditunaikan disekat untuk di paparkan dalam media.Sikap buruk media Malaysia terhadap pembangkang semua orang sudah tahu,kebaikan masuk poket,keburukannya di paparkan ke dada,sebaliknya baik kerajaan di paparkan di dada,keburukan disimpan poket.

 

Apa yang perlu ialah kita tanya rakyat dinegeri itu sendiri apakah kerajaannya menepati janji,atau tidak.. Jangan sesekali kita tanya rakyat negeri tersebut yang pro parti yang menjadi pembangkang di negeri berkenaan.

Apa yang dipertikaikan oleh pembangkang,yang bercita-cita menjadi kerajaan selepas pilihanraya ke 13, adalah sikap kerajaan semasa terus berkempen dengan tujuan mengungkit-ungkit apa yang dilakukan kepada rakyat.Kerajaan mengambil kesempatan terus berkempen disaat akhir menjelang pilihanraya dengan menggunakan sumber kewangan menyambut hari merdeka.

 

Tema tersebut terlalu khas ditujukan kepada kerajaan yang telah memerintah selama 55 tahun, dan terlalu umum untuk rakyat negara ini.Kita tahu kerajaan terdesak ingin mempertahankan Putrajaya kerana situasi suara rakyat terbanyak menyatakan kerajaan yang sedia ada akan tumbang dalam pertarungan PRU13.

 

Maka setiap hari ,setiap saat, setiap sumber yang ada telah digunakan oleh kerajaan bagi menjalankan kempen undilah Barisan Nasional kerana hanya BN yang menepati janji.Kempen tersebut sama ada secara terang-terang atau simbolik.

 

Tidak menjadi kehairanan kerajaan menggunakan tema”janji ditepati” bagi maksud mengkelabukan mata rakyat yang telah cerah pendirian.Pehak pembangkang sekarang tidak usah perdulikan gelagat kerajaan akhir-akhir ini.Kita berharap tema dipilih untuk merdeka 2012 akan menjadi pilihan tema terakhir kerajaan BN. Rakyat memahami putar belit tema tersebut.

Tuesday, July 24, 2012

Dari haram jadah ke muka tak malu terus ke hati busuk






Diberitakan –semasa najib merasmikan penyampaian durian runtuh fasa 2 di kawasan parliman pekan, di Dewan Umno Pekan,menuduh mereka yang menentang penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, disifatkan sebagai busuk hati.

Bagitulah bahasa marah  Najib yang tidak setuju dengan orang yang menentang idea bersama dengan Isa Samad itu.Sebelum ini melebelkan penentangnya haram jadah dan muka takmalu.

Tidak sepatutnya Najib menyediakan rubber stamp khas perkataan-perkataan tersebut kerana mereka yang menentang merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai pelbagai karenah dan merupakan satu rahmat kerana ada yang pro dan kontra apa yang dilakukannya.

Dia bernasib baik dilantik sebagai Perdana Menteri yang rakyat anggap sebagai bapa dalam keluarga.Bapa terpaksa melayan perangai anak-anak dan tetap memberi wang,makanan dan nasihat walaupun ada diantara anaknya itu terlalu banyak objection. Seorang bapa yang baik dan beriman tidak sewajarnya menyumpah seranah kiranya ada anaknya bersikap nakal.

Apakah? anak yang begar itu tidak diberi makan dirumah atau tidak dipedulikan persekolahannya atau kita halau dari rumah .Kemudian kiranya dia masih berdegil, kita beri dia makan dan wang tetapi di tengking atau cakapkan anak kita “ kau haram jadah !..muka takmalu!..chis busuk hati?. Inikah akhlak seorang bapa yang baik. Bapa sebagai pemimpin. Pemimpin yang baik sayang kepada rakyatnya. Kalau tidak,  hari-hari  jangan melaungkan melalui media rakyat didahulukan.

Tidak ada orang yang siuman menentang perkara baik dilakukan untuk orang lain. Tuduhan Najib ini “busuk hati  kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat”. “ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat,”ialah satu tuduhan politik.

Manusia tidak sama parasnya .Tidak sama kehendaknya,.Tidak sama ideanya dan tidak sama fahamannya.Diantara perbezaan ini tentunya berlainan dengan hasrat Najib.Najib menganggap penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia menguntungkan peneroka dan ada rakyat menganggap sebaliknya.

Ada diantara mereka tidak bersetuju dengan niat Najib itu kerana dikhuatiri untung sebelanga ruginya sekawah,sesal dahulu menepuk dahi, sesal kemudian membunuh diri. Itulah diantara sebab yang ada dalam fikiran mereka.

Dibenak kepala mereka bahawa masyarakat peneroka akan bersambung-sambung mewarisi tanah dan ladang hingga kiamat. Generasi Najib sebagai pemimpin hanya bertahan,5, 10 atau 15 tahun atau lebih lama sikit ,22 tahun macam generasi Mahathir. Generasi Najib hanya meninggalkan nama yang tidak akan dapat berbuat apa-apa apabila bila kain putih sudah di hitamkan,bontot kuali sudah terbakar hangus.

Sebagai contoh hari ini, yang mana dasar-dasar yang dilakukan oleh Najib dengan melantik di kalangan ahli politik masuk campur urus tadbir Felda maka telah banyak kita dengar Felda disaman,warga peneroka tidak menghormati pengurusan Felda, pentadbiran Felda sentisa tidak betul, dengan mencabar mereka di mahkamah.

Carta organisasi Felda telah di koyak-rabak  oleh  makhlok  politik yang ada kepentingan diri . Sebelum ini ketenangan Warga Felda dikagumi oleh semua pehak.

Di khuatiri warga Felda atau peneroka yang entah berapa generasi akan datang bukan sahaja menanggung kesan kerugian ekonomi dengan memunahkan institusi  sosial yang digilap oleh Najib dan Isa Samad tetapi telah kehilangan peluang generasi ke 2,,ke3 atau generasi seterusnya memiliki tanah kerana Felda Plantation telah dipajakan. 

Mereka yang menentang dan mempertahankan pendapatnya telah  menggunakan saluran undang-undang yang ada.

Najib sebagai Perdana Menteri tidak menggunakan atau memerlukan sebarang saluran untuk menyenaraikan FGVH kerana dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia ada kuasa seorang eksekutif. Kita lihat sendiri FGVH tetap disenaraikan walaupun ada diantara mereka satu kapal dengannya menentang tidakan Najib.

Bagitu juga tindakan eksekutif Malaysia ini dengan melantik master mind, bagaimana mencari wang untuk dana pilhanraya iaitu Isa Samad dengan idea penyenaraian FGVH yang perlantikannya dipertikaikan  oleh umat Malaysia tetapi Najib tetap meneruskan hasratnya.