Tuesday, February 14, 2012

dunia menteri ,wakil rakyat dan keluarganya,di malaysia

Petikan  catatan dalam sebuah buku "Israk dan Mikraj"mengimbau kenangan kita semua kepada apa yang berlaku hari ini dan yang telah lalu .Kenangan ini khusus kepada kemewahan yang telah di bongkar oleh beberapa badan politik terhadap harta-harta menteri dan wakil rakyat di negara ini.
Memiliki kondominiam ,rumah mewah, kereta mewah, yang bernilai puluhan juta, malahan ratusan juta ringgit. 
Sekiranya diantara individu bertaraf menteri dan wakil rakyat tersebut tidak meneruskan kerjayanya dalam politik apakah mereka mampu memiliki harta sedemikian rupa.

Menteri atau wakil rakyat yang kaya itu sekiranya seorang peguam,guru,doktor atau profesional lain meneruskan kerjayanya, apakah mampu memiliki kondominiam puluhan juta ringgit di negara ini atau di luar negara.

Institusi kewangan seperti Maybank, dan CIMB tidak ada keyakinan yang tinggi memberi pinjaman kepada orang profesional biasa bagi membeli  atau memiliki  harta ratusan juta melainkan orang-orang ini seorang menteri,wakil rakyat,yang membolehkan institusi ini menompang teduh.

Pendedahan harta seorang menteri dan keluarganya baru baru ini telah terbukti dengan firman Allah :

 Apa yang menjadi persoalan sekarang ini adalah dari mana harta tersebut diperolehi.Pinjaman Bank seperti yang dinyatakan atas tiket mana dan kenapa bank bagitu yakin memberi pinjaman pasti ada sumber modal yang besar sebagai sandaran.Pehak bank tidak  bangang menerima hanya menggunakan janji mulut. Bak kata  harapkan gigi dengan lidah.Belajarlah rakyat menjadi pegawai SPRM setiap hari.

Fikirkan gambar ni

Pengundi Bangang ke..atau Menteri Membangangkan Pengundi.




 






Sunday, February 12, 2012

Najib...Najib


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.




 
apa sudah jadi orang melayu sanggup menggadaikan akidahnya demi menjaga hati ,mencari penyokongnya untuk mengekalkan kuasa atau mempertahankan Putrajaya. Kita mintaklah dunia kiamat segera kerana di takuti menjadi ikutan  oleh anak-anak di masa akan datang kerana sudah ramai pemimpin telah  syirik akibat tindak tanduknya.Lagi lama dunia ini akan lebih ramai mengikut seperti Najib ini kerana perbuatannya hanya ditegur seorang ulamak Malaysia.
Profesional agama yang lain semuanya bisu dan buta kerana menjaga jawatan dan periuk nasi. Kita percaya nasib mereka di akhirat nanti.
Orang  ini tidak boleh di jadikan pemimpin kerana agamanya berubah-ubah mengikut keadaan dan sudah sah telah menjadi seperti  AYAHPIN  dan seperti pelakon  beragama islam Hindustan yang  boleh masuk kuil dan menyembah atau menghormati patung-patung kuil
Kita harap Allah mengampunkan dosanya tetapi apakah dosa syirik di ampunkan ALLAH

 
Sejak melayu telah sedar kuasanya akan hilang tanpa bantuan bangsa lain.Mereka hilang arah dengan mencari pendekatan baru  bagaimana hendak  popular serta dapat menawan hati  orang cina dan india.

Melayu yang telah berkuasa terus  gila kuasa dan hendak meneruskan dan mengekalkan kuasanya  maka sanggup menggadaikan agama, dengan menunjukkan kesederhanaan islam  kepada agama lain  dengan berkunjung dan meraikan  amalan agama hindu,budha,kristian dan pelabagai agama yang ada di Malaysia ini.

Bangsa –bangsa lain yang ada di Malaysia ini mengambil  kesempatan dengan sikap mengelabah melayu dengan memohon dan menunaikan permintaan kedua-dua pehak  dengan  pelbagai bentuk termasuk soal akidah.

Bangsa melayu sudah jauh terpesong  yang satu masa dulu sinonim dikaitkan dengan agama islam ieiapi  hari ini melayu telah menganuti pelbagai agama berpegang serta memutar belitkan konsep al-Wasatiyyah dan semua agama adalah sama.  Tidak menghayati firman Allah:

 

















  Dan sudah melupakan firman Allah: 



Sesungguhnya agama (yang bernar dan diredai)di sisi Allah ialah islam,
 
Kita tidak mahu orang melayu banyak masuk neraka  kerana mengikut pemimpin yang syirik.Walaupun yang menentukan syirik atau berdosa itu hanya Allah tetapi berdasarkan perbuatan dan percakapan mereka apakah salah kita  menghukum berdasarkan firman-firmannya..

Cukuplah kita berkuasa lebih 54 tahun, kerana hendak mengekal kuasa bagai firaun pelbagai perkara menyalahi agama islam diredah tanpa batas..Fikirkan dunia syurga untuk akhirat dan bagilah mereka yang segar dengani idea baru untuk memerintah Malaysia ini..Yang untung ialah kita  rakyat dan negara ini.Sesiapa pun memerintah tidak akan menjahanamkan negara ini kerana rakyat mempunyai kuasa memilih.