Saturday, August 1, 2026

Bangsa tak sedar diri

 

 

 

 Peters. Foto Getty Image.

 

  WELLINGTON – Menteri Luar New Zealand, Winston Peters, mencetuskan kontroversi selepas mengarahkan seorang Ahli Parlimen berketurunan Cina supaya 'pulang ke negara asal' ketika sesi perbahasan di Parlimen, sekali gus mengundang kecaman daripada pemimpin pembangkang, Perdana Menteri serta Duta China ke New Zealand.

Di negara ini tidak ada yang berani seperti Winston Peters.Kecut telor apabila bangsa ini marah dalam parlimen atau luar parlimen.

Apabila pemimpin yang bercakap soal bangsa dengan mengatakan di dunia ini Allah telah bahagi-bahagikan - bangsa cina ada negaranya negara cina,bangsa india ada negaranya India orang putih negaranya ,negara Eropah.

Ramai pemimpin melayu begegar seluruh badan ketakutan dan mengutuk melayu tersebut. Melayu telah hilang identiti patriotik berserah nasib negara ini kepada lain bangsa.

Tuesday, January 13, 2026

Tak tahu nak cakap apa cerita rasuah di negaraku

 Rasuah di mana-mana - Sinar PremiumRasuah 'kanser' yang perlu dibuang segera - Berita | Majoritibunuh -bunuh penyeleweng/perasuah /pengkhianat/pengubahan wang haram/jangan simpati atau kasihannnn!!.........

Perangi rasuah sampai sudah - Sinar HarianIndeks Persepsi Rasuah bukti Malaysia bukan 'juara' rasuah ...

Tiada ke hukuman tunduk dan maut di hujung senapang bagi mereka yang rasuah,pengkhianat penggubahan wang haram. Seperti  negara luar yang bersungguh-sungguh melaksanakan hukuman terhadap mereka yang menyeleweng, seperti :-China 

China hukum mati bekas pegawai tertinggi PARTI kerana rasuah

BEIJING: China hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas bekas pegawai wilayah selepas disabitkan kesalahan berkaitan rasuah, kata mahkamah di wilayah utara Inner Mongolia, perkembangan terkini dalam kempen menyeluruh Beijing terhadap rasuah. 

lihat kes ni 

Malaysia:  AGC berkata tiada tindakan selanjutnya akan diambil berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Zahid atas 47 pertuduhan yang melibatkan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram  

8 Jun 2020 — KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan ...
 

Hukuman penjara Najib dikurangkan 12 tahun kepada 6 tahun, denda RM50 juta

Pasukan pembelaan Najib Razak tidak menolak kemungkinan akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengampunan penuh berkait sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.  

 Balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan bersubahat dengan suaminya memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapat kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi

Negara luar 

tidaklah terkejut sangat dengan hukuman yang dikenakan ke atas bekas menteri di Singapura bernama S Iswaran. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana dituduh menerima “hadiah” atau gratifikasi daripada penganjur Grand Prix Singapura. Beliau menghadapi 35 tuduhan.  

Berita terkini tentang rasuah di Malaysia
sedang hangat dengan siasatan SPRM terhadap kartel tender Tentera Darat, penahanan 17 pengarah syarikat, dan penyitaan RM6.9 juta wang tunai serta emas, selain perbincangan untuk mengukuhkan perlindungan pemberi maklumat (whistleblower) dan menyamakan hukuman rasuah dengan jenayah dadah, di mana ahli politik dan masyarakat menyeru tindakan lebih tegas, 

cadangan hukuman yang lebih tegas, termasuk hukuman mati seperti di China, untuk meningkatkan ketakutan dan pencegahan. 

Hari ini di Malaysia bebaskan ,bebaskan bebaskan .Undang -undang dua darjat dilaksanakan, orang kampung rasuah penjara puluhan tahun,orang putrajaya di ampunkan

siasatan awal SPRM dalam kes dakwaan rasuah perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), mendapati wujud aktiviti penerimaan suapan secara terancang dalam kalangan pegawai tentera. 

kadangakala kita sakit hati bila mendengar berita "didapati bersalah dan di hukum penjara denda berjuta-juta "tidak sampai hukuman setahun dijalankan mohon pengampunan,

Inilah undang-undang kita,undang-undang sarang labah-labah.besar terlepas kecil tersangkut.

Kita terlalu berharap hukuman mati bagi kes RASUAH ,PENGKHIANATAN TERHADAP NEGARA,PENGGUBAHAN WANG HARAM

 

 


Tuesday, December 30, 2025

Wakil rakyat negara ini takut menggubal undang-undang rasuah,penyelewengan dan pengkhianatan "sentiasa mimpi senjata makan tuan"

Saya berpegang pada yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah.Yang betul kita beri pujian manakala yang  salah dihukum mengikut undang-undang.Mahkamah menyelesaikan kemelut yang bersalah.

Kemana kita hendak mengadu kalau bukanya hakim mahkamah.Tidak boleh buat keputusan mengikut kehendak indiviu atau sekumpulan masyarakat .Rasuah atau menggunakan wang negara untuk kepentingan kita atau geng kita adalah satu perbuatan mencuri atau merompak yang senjatanya merompakannya ialah kuasa.  

Orang Kampung macam saya ini airmata darah sekali pun tidak akan jumpa 2.3 bilion atau 42 juta.Merompak menggunakan senjata usah mimpi dapat merompak dengan mudah sebanyak itu. 

Kita tengok pemimpin politik bawah ini,Apa matlamatnya untuk keadilan,sepatutnya kita bersyukur kerana hakim bertindak betul bagi mengatasi korupsi di negara kita.

"Pemimpin Umno masih marah dengan tindakan DAP meraikan keputusan mahkamah untuk Najib Razak kekal di penjara, menyebabkan Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh mendesak agar parti keramat Melayu itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menghidupkan semula MN  "

Kenapa kita takut mengikut contoh undang-undang negara luar,China ,Singapura dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan negara ini tidak ikhlas mengatasi peneyelewengan.Sebab utama mereka sebagai wakil rakyat yang berkuasa menggubal undang-undang takut "senjata makan tuan" 

Hari ini negara dikejutkan dengan berita Pegawai tertinggi tentera terlibat dengan rasuah, bekas menteri    menyapu duit rakyat berjuta-juta.Kes tertunggak yang masih belum bicara nilai wang berjuta dan berbillion

 


 


Sunday, December 28, 2025

Pelbagai alasan manusia berjiwa syaitan di Malaysia ni

Insiden bendera terbalik bukan perkara baru. Berpuluh kali dan beratus kali manusia versi syaitan di Malaysia ini buat kesilapan. Pelbagai perkara yang meragukan kesetiaan bangsa ini walaupun sudah 65 tahun merdeka,yang mengaku rakyat malaysia. 

Sebelum ni gambar anggota keselamatan negara Cina menjadi kemegahan rakyat yang diragukan kesetiaannya dipamirkan di kain rentang, Apakah matlamat tersembunyi mereka yang suka mempermainkan perasaan kesetiaan rakyat negara ini.

Wednesday, December 11, 2024

 Mukhriz.

 

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menolak sebarang usaha untuk mengampunkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengurangan hukuman penjara dari 12 kepada enam tahun, denda hanya RM50 juta dan tahanan rumah.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia kerana tiada sekelumit kenyataan kesal dikeluarkan Najib di atas kesalahan jenayah dan penganiayaan terhadap rakyat yang dilakukannya sehingga ke hari ini.

Malah, menurut beliau, bekas ahli Parlimen Pekan itu sebaliknya masih mendakwa dirinya mangsa politik dan penipuan oleh pihak lain meskipun tiada bukti kukuh dikemukakan.

"Kami juga menolak apa-apa usaha untuk membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah. Ini tak boleh dianggap sebagai hukuman kerana tidak setimpal dengan kesalahan besar yang Najib lakukan.

TEGAS PERLU KALAU NEGARA NAK MAJU -tentunya rencana diatas ramai penyokong  pemimpin ini yang meraung dan meratap semasa makhluk yang di sayangi di tangkap, marah pada "Pejuang"

Kepada pemimpin tolonglah ada ketegasan sekiranya ada makhluk manusia yang melakukan kesalahan.Mahkamah dah jatuh hukuman kenapa ada belas kasihan. Sudah tu belas kasih hanya kepada orang tertentu .

Undang-undang dua darjat perlu di hentikan .Sekiranya sakau seringgit dua ringgit boleh diampunkan dengan di ganti dengan memimjam wang gaji "PAR pejabat". Kalau sudah berbillion dan berjuta kesian penoreh berkerja bertahun wang tabung haji tak penuh-penuh.

Friday, September 13, 2024

Bangsa lain di negara ini selalu mencari lubang nak kelahi.

 


Pelbagai isu berlaitan agama islam sering diungkit-ungkit di sepak terajang, dilambung-lambung, oleh bangsa bukan melayu di negara ini.Isu itu selalu tanggung dan terapung di udara agar bila-bila masa orang melayu melibas untuk mematikan

Kita tak pernah  mendengar bangsa melayu memperkecilkan intstrument ugama lain di negara ini.Apa sekali pun beberapa perkara berkaitan agama mereka bertentangan dengan agama islam dilakukan di negara ini melayu tetap senyap.

Isu halal haram di negara ini tidak sepatutnya orang tak islam berbunyi mengkritik menegur dan mencadangkan .Duduk diam-diam,tutup mulut tak usah campur urusan agama lain kerana kita bukan pakar berkaitan agama.

 Kebebasan mengkritik bersuara bukan berkaitan agama islam yang telah wujud lebih 1500 tahun lalu yang seronok-seronok mengulas tidak tahu asal usulnya. 

Cubalah berkeadaan seperti orang  bukan melayu yang berada di tanah air ini semasa 67 tahun lalu yang senyap sepi tidak bercakap, mengkritik apa masyarakat melayu lakukan.

Bersepah perkara lain berkaitan rakyat  dan pengundi sesuatu kaum di negara ini untuk diselesaikan ,kenapa perkara yang kita jahil di suarakan.

Kita jahil tentang islam dan pelbagai pengisiannya tak perlu berdebat mengulas dan memberi fikiran. Bukan di negara ini menunjukkan 'kebebasan bersuara 'berkaitan ugama orang terutama ugama islam.

Melayu dengan toleransi cukup terbaik dan ingin mencapai kedamaian pelbagai bangsa tidak perlu ada manusia Malaysia ini menguncah-uncah.

Friday, July 12, 2024

PRK Sungai Bakap satu kejayaan pemimpin politik mempergunakan isu

 

 Harga Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel (11 - 17 Julai 2024)Pening Kepala: Punca, Tanda dan Rawatan ...

 

 

 

 PRK Sungai Bakap satu pengajaran yang terbaik  kepada pemimpin parti  politik pemerintah.Walaupun niat pemerrintah membuat sesuatu perkara untuk kebaikan negara tetapi masih ramai yang tidak kesampaian fikiran untuk bersetuju dengan perancangan pemerintah.

Pilihanraya Sungai Bakap terjemahan yang jelas ahli politik mencanangkan kekusutan rakyat ,khususnya orang Sungai Bakap selaku pengundi berkaitan harga diesel,kenaikan harga barang utama kehidupan.

Pilihanraya sistem demokrasi pengundi boleh menghukum sesiapa sahaja pemerintah dan gengnya yang di fikirkan melakukan kekalutan rakyat.

Pengundi kurang sedar bahawa sesuatu yang di rancang itu adalah kebaikan menyeluruh bukan untuk individu atau kumpulan tertentu tetapi malang rakyat Malaysia berfikir satu lorong iaitu lorong kemarahan kerana berlaku kekusutan kerana perancangan yang dilakukan kerajaan.

Pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan pemerintah kerana impian menjadi wakil rakyat yang berjawatan berterusan mengambil kesempatan  dari keluhkesah  pengundi setiapkali pilihanraya . 

Mengikut sejarah politik negara ini kita semua tahu tiada satu kerajaan pun yang cemerlang mentadbir.Tidak kesampaian untuk memakmurkan fikiran dan corak kehidupan rakyat.Apa yang berlaku  hingga hari ini hanya berjaya menjaga keselamatan rakyat daripada bencana perang perkauman.

Entah bila rakyat dan ahli politik menerima kenyataan bahawa pertandingan lahir kekalahan dan kemenangan .Kemenangan tidak semestinya kita betul bagitu juga kekalahan tidak ush mendabik dada.Kita kesal yang kalah pertandingan mengambil kesempatan memarakkan emosi rakyat  dengan mengungkit-ungkit kelemahan pemerentah.Walhal perkara yang sama berlaku ketika yang kalah akan menang.

Entah bila selesainya "rumah sudah siap,tukul, pahat gergaji ,masih berbunyi. Naik muak sikap pemimpin politik selepas pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau parlimen sentiasa bernafsu menjadi Perdana Menteri.menteri atau jawatan yang lumayan pendapatan.

Kita berharap satu ketika nanti ada generasi yang bersedia menerima sistem demokrasi yang tidak dinodai keputusan pilihanraya dengan cemuhan tidak masuk akal serta pemimpin politik bisu selama lima tahun.


Sunday, September 24, 2023

Penyakau Untung di Negara sarang labah-labah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tau apa nak di kata negara ni dengan undang-undangnya.. Macam sarang labah-labah yang besar terlepas, kecil tersangkut.Semua  yang berhormat di jangka menunggu penjara selepas pilihanraya 2008 rakyat melopong  melihat bakal banduan terlepas.

Apa nak dikata pemimpin duduk sereban dengan penyakau kenyit mata geleng kepala tendang keluar janji kau tak kacau aku.

Hari ini seorang demi seorang yang berhormat lima tahun lalu memakai baju oren SPRM terlepas dari tuduhan menyakau.Mereka nampaknya beregmbira,angkat tangan sambil gelak melambai-lambai depan kamera media .Tindakan mereka ini menimbulkan rasa meluat.

Kita rakyat biasa hanya mampu beserah kepada Allah menghukumnya di dunia atau akhirat disamping itu kita turut bersalah kerana kebodohan memilih wakil rakyat.

Memilih wakil rakyat kerana  terpesona kayarayanya dengan wang sakau,yang bersandarkan bermurah menjamu bila musim perayaan,menjamu kenduri-kendara  untuk penduduk kawasan pilihanrayanya,.

Kepada pemimpin yang terpilih dan tidak menyakau tolong simpati kepada rakyat terbanyak yang mengharapkan sedikit keikhlasan berkhidmat kerana Allah dan makhloknya.

Hari ini telah bertambah masalah baru kekurangan bekalan dan kenaikan  harga  barang makan utama beras,tepung dan gula.Memang di akui dan orang ramai tahu kenaikan harga barang tersebut menyeluruh seluruh dunia.

Kerajaan perlu peka dan utamakan mengatasi masalah ini .kesetabilan politik bermula dengan rakyat bawahan yang memerlukan sesuap nasi setiap hari  bukannya  laporan angka-angka ekonomi  atau data naik turun saham.

Sikap biar berhabis kewangan negara demi melegakan ratapan atau rungutan rakyat.Subsidi lebih besar perlu di fikrkan terutama bagi beras yang biasa  di makan rakyat ,dulu RM36.00 sekampit(10kg) telah naik RM70.00/kg.

Jangan leka mencari pelaboran sedangkan rakyat berbaris-berebut-rebut mendapatkan sekampit beras .Gambaran ini sesungguhnya lebih teruk  dari gambaran diluar negara ,yang rakyat negara ini selalu menghulurkan derma.