Sunday, September 24, 2023

Penyakau Untung di Negara sarang labah-labah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tau apa nak di kata negara ni dengan undang-undangnya.. Macam sarang labah-labah yang besar terlepas, kecil tersangkut.Semua  yang berhormat di jangka menunggu penjara selepas pilihanraya 2008 rakyat melopong  melihat bakal banduan terlepas.

Apa nak dikata pemimpin duduk sereban dengan penyakau kenyit mata geleng kepala tendang keluar janji kau tak kacau aku.

Hari ini seorang demi seorang yang berhormat lima tahun lalu memakai baju oren SPRM terlepas dari tuduhan menyakau.Mereka nampaknya beregmbira,angkat tangan sambil gelak melambai-lambai depan kamera media .Tindakan mereka ini menimbulkan rasa meluat.

Kita rakyat biasa hanya mampu beserah kepada Allah menghukumnya di dunia atau akhirat disamping itu kita turut bersalah kerana kebodohan memilih wakil rakyat.

Memilih wakil rakyat kerana  terpesona kayarayanya dengan wang sakau,yang bersandarkan bermurah menjamu bila musim perayaan,menjamu kenduri-kendara  untuk penduduk kawasan pilihanrayanya,.

Kepada pemimpin yang terpilih dan tidak menyakau tolong simpati kepada rakyat terbanyak yang mengharapkan sedikit keikhlasan berkhidmat kerana Allah dan makhloknya.

Hari ini telah bertambah masalah baru kekurangan bekalan dan kenaikan  harga  barang makan utama beras,tepung dan gula.Memang di akui dan orang ramai tahu kenaikan harga barang tersebut menyeluruh seluruh dunia.

Kerajaan perlu peka dan utamakan mengatasi masalah ini .kesetabilan politik bermula dengan rakyat bawahan yang memerlukan sesuap nasi setiap hari  bukannya  laporan angka-angka ekonomi  atau data naik turun saham.

Sikap biar berhabis kewangan negara demi melegakan ratapan atau rungutan rakyat.Subsidi lebih besar perlu di fikrkan terutama bagi beras yang biasa  di makan rakyat ,dulu RM36.00 sekampit(10kg) telah naik RM70.00/kg.

Jangan leka mencari pelaboran sedangkan rakyat berbaris-berebut-rebut mendapatkan sekampit beras .Gambaran ini sesungguhnya lebih teruk  dari gambaran diluar negara ,yang rakyat negara ini selalu menghulurkan derma.