Nasib baik orang islam tidak mati sebaik sahaja makan daging yang tidak halal.Seandainya Allah mematikan umat islam yang makan daging haram,sudah pasti habis maut berjuta umat islam di Malaysia terutama orang melayu.
Saya percaya orang melayu yang melakukan khianat tidak amanah,melakukan rasuah berkaitan kartel daging import yang bingit diperkatakan hari ini adalah merupakan syaitan kerajaan yang di gaji dan diberi kuasa.
Syaitan kerajaan ini sentiasa melelapkan mata memekakkan telinga ketika taukeh daging menampal sticker halal di kotak daging atau 5 tahun sekali memeriksa stok daging di gudang simpanan dan boleh jadi juga berpuluh ribu wang di masukkan dalam poket syaitan kerajaan yang berkuasa.
Pastinya tidak ada persepsi yang baik kita lemparkan keatas syaitan kerajaan yang berkuasa kerana rakyat islam telah lama mentedarah daging haram.
Sesama kita berdoa agar manusia yang mengambil tugas syaitan ini di laknat Allah mendapatkan balasan syurga kerana perkara penipuan yang dilakukan bukan sedikit umat islam terpedaya.
Kita tahu ada ulamak Malaysia ini membela syaitan kerajaan ini dengan melupakan apa yang di lakukan dengan tidak mengungkit-ungkit perbuatan lampau atau yang sudah berlaku itu biarlah berlalu.
Pelbagai jenama kenderaan mewah,rumah bernilai berjuta-juta pasti di tarik oleh Allah satu ketika nanti.hanya doa kita pohonkan.
Saya percaya dibawah ulamak ini syaitan kerajaan bernaung dan menyembunyikan perasaan bersalahnya agar tidak di ambil tindakan. Betapa bahayanya kerajaan sekarang sekiranya terlalu ramai ulamak tidak sihat memberi pendapat tidak sihat.
Kepada siapa lagi di negara ini kita menumpahkan kepercayaan kerana golongan yang berkuasa berkaitan agama bab halal dan haram ternyata tidak amanah atau tidak melakukkan tanggungjawab dengan betul.
Kita percaya semua masalah ini berpunca dari orang melayu yang memiliki perangai memalukan iaitu tidak amanah,rasuah.Bangsa-bangsa lain sanggup memberi rasuah kerana memudahkan urusan .
Hujung tahun 2020 ini merupakan tahun memaparkan sikap makan suap orang melayu dengan tertangkapnya ramai dikalangan mereka sebagai anggota polis,kastam dan sebagai penguasa pejabat awam
Kita mudah percaya bahawa seorang anggota kerajaan yang bergaji di bawah RM3000 berupaya membeli kereta mewah lebih RM200 ribu,rumah berniai lebih RM400 ribu,basikal RM45ribu dan keluarga memiiki perhiasan diri dan dalam rumah puluhan ribu ringgit.
Kita tidak menilai nikmat hubungan sek yang ditawarkan oleh taukeh-taukeh daging kerana tidak ada ukuran kemewahan nilai nikmat tersebut untuk di buktikan tetapi nyata barang mewah boleh di bandingkan dengan pendapatannya.
Ternyata Syaitan kerajaan bertaraf kuli ini, terlepas bebas melaksanakan tugas tidak ada pengawasan daripada pegawai lebih berkuasa atau kedua-dua kuli dan pegawai bersekongkol menyauk wang dari kartel daging sebagai umpan melelap mata menghalalkan yang haram.