Di Malaysia ni dah macam-macam
gila.Gila undang-undang,gila politik,gila parlimen,gila jawatan, gila rebut
kerajaan negeri.Terbaru gila beri jawatan untuk menjadikan orang politik
jutawan segera di GLC.
Rakyat di suruh bersyukur dengan
ganjaran ‘sekali harung’RM1600,RM500, RM400,RM300. Terbaru RM 50 lebih
RM 20 dari Lim Guan Eng. Cuma yang
untung mak cik Kiah dapat hampir RM 4000.
Sudah 67 tahun umur ni,yang
gilanya, siapa merompak,menyamun rasuah, yang ada nilai duit boleh berunding
dengan pendakwa selesai kes cara pintu belakang, pulangkan kembali duit
yang dirompak di samun .Boleh selesai kes.
Sebelum ni anak penyamun
dikurangkan bayaran denda langgar PKP
dari RM1000 kepada RM 800 sahaja.
Betul kata atok-atok dulu negara
ini ada undang-undang iaitu undang-undang,
sarang labah-labah yang godang terlepas,yang kocik sangkut,lebih kurang sama
dengan undang-undang SIDIK SIAGARAGA dalam filem P.Ramlee.
Malaysia sudah berubah.bukan
berubah 100% tetapi telah berubah tidak terkira peratusnya.Yang ruginya ketika wakil
rakyat zaman Tengku Abdul Rahman,Tun Razak,Hussin Onn, Dr.Mahathir dulu mencuri
,merompak rasuah, tidak pernah berlaku hukuman penjara di ganti dengan
pulangkan semula wang dirompak.
Zaman kerajaan pengkhianat yang lahir melalui tebok atap telah melakar sejarah Malaysia mungkin juga kerajaan dunia undang-undang gila ini di guna-pakai.😄😀😄😄
Kejadian hukuman orang gila ini
boleh di jadikan contoh atau panduan atau satu arternatif hukuman pada masa akan datang untuk generasi yang
mungkin bertambah gila lagi dengan merompak berbilion sekadar minta maaf atau
mengaku tidak akan beperangai penyamun lagi.
Ketika ini penyamun dan perompak
yang sedang di bicarakan telah mula memanjangkan leher, teleng kiri teleng
kanan dan menguap sambil mendepa tangan sudah terbayang simpanannya mencukupi
untuk rudingan bayaran seandainya undang-undang gila ini di laksanakan.
Rakyat hanya sayu melihat
perangai wakil rakyat yang mereka pilih pada bulan mei 2018 dulu disamping
khianat melaksanakan pula undang-undang gila.
Wakil rakyat yang mereka pilih
semua gila dan beperangai syaitan ,jatuh menjatuhkan,fitnah memfitnah.
Kerajaan negeri sudah ada Menteri
besar dan Ketua Menteri dan barisan exco sudah berkhidmat lebih 2 tahun di usahakan sedaya upaya untuk
merampasnya dan digantikan dengan orang lain.
Bila dirampas kuasanya maka
perampas berikrarar akan berkhidmat demi rakyat.Ayat bangang ini telah
dilafazkan oleh Menteri Besar,dan exco sebelum ini.
Perampas kuasa dan pengkhianat yang
baru ini adakan golongan kerajaan dari langit ? bagitulah perangai wakil rakyat
di Malaysia ini. Bunyinya bagai halilintar berkhidmat demi rakyat sebenarnya
membuntingkan perut sendiri.
Ada dikalangan wakil rakyat
,dikalangan pengkhianat bercakap “tidak usah mengheret rakyat kepada masalah
politik” padahal pengkhianat ini telah mengheret rakyat terlebih dahulu
masalah politik dengan title pengkhianat.
Kegiatan munafik ini adalah
perangai syaitan politik orang melayu yang mengaku islam.Tidak ada bangsa cina
atau india yang ghairah macam orang melayu yang sentiasa menodai kemungkaran
politik dengan mengambil kesempatan mencari kelemahan rakan politik lain.
Tidak pernah berlaku perangai orang politik di Malaysia apabila terbentuk
kerajaan, pembangkang duduk bersama barisan
kabinet atau exco membincangkan dan menyelesaikan masalah .
Apa yang ada di benak orang
politik di Malaysia gilakan mengumpul kelebihan angka wakil rakyat yang duduk sekelompok
bagi membentuk kerajaan.
Seterusnya wakil rakyat negara
ini bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan barisan kabinet dan Menteri Besar,Ketua Menteri dan barisan Exco.
Kalau tulisan ini pembongak lihat
saja Kerajaan Persekutuan Malaysia,Kerajaan negeri Perak,Kedah,Johor dan
Melaka.
Mereka melayu menjadi bangang dan
hilang kemaluan berebut-rebut jawatan alasan kerajaan lama bodoh mentadbir
tidak berkhidmat kepada rakyat.
Sekarang ini wakil rakyat gilakan
atau berangan menjawat eksekutif GLC (government Link company) syarikat
berkaitan kerajaan.Sudah lebih 90% GLC telah ada tunggak masing-masing terdiri
wakil rakyat dari kerajaan tebuk atap atau kerajaan penkhianat.