Sunday, April 12, 2020

Bilakah hendak dilantik orang ini semula


Entah bila masanya kerajaan pengkhianat ini  HENDAK MELANTIK  orang-orang ini untuk di jadikan menteri atau kepala NGO kerajaan atau kepala GLC.

Jenayah harta ; kejahatan yang bersangkutan dengan harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah ama­nah,
Apa berdebuk seberang pekan, Buli-buli kena jerat; Buah yang mabuk jangan dimakan, Batang berduri jangan dipanjat.

Kadangkala orang politik ini merupakan wakil syaitan bagi menunaikan niat jahatnya  menipu rakyat serta menganut perangai munafik dan mengkhianat.



Kita lihat gambar ini siapa sangka manusia politik negara  bergambar dengan kegemiraan . Ada diantara mereka sentiasa bersama iblis kehulu dan ke hilir  berfikir bagaimana untuk melunaskan perangai syaitan  supaya mengkhianat.

Pemimpin dikalangan mereka berbangga  dengan melahirkan dan mengaku bahawa kerajaan pimpinannya bukan kerajaan pilihan rakyat tetapi prihatin terhadap rakyat.Syaitan telah menghalalkan cara kerajaannya dibentuk.

Mereka masih tidak berpuashati apa yang berikan oleh rakyat pada pilihanraya ke 14.Nafsu syaitan mereka sentiasa berkobar-kobar hendak menjatuhkan individu yang mungkin mengganggu perjalanan hidup politik mereka.

Malaikat kesabaran dikalangan mereka dikalahkan oleh iblis busuk hati bercampur syaitan amarah agar melakukan khianat .Manusia politik ini dalam kepala mereka bersarangnya syaitan dan hati mereka telah di penuhi bangkai yang tidak mereput .

Saya percaya walaupun mereka telah berjaya melayan syaitan busuk hati dan berjaya menjadi pengkhianat namun bangkai yang tidak mereput dalam diri mereka akan terus berbau sehingga akhir hayatnya.

Kita maklum bahawa sesungguhnya syaitan itu musuh manusia tetapi mereka yang munafik dalam gambar tersebut telah menggantikan  peranan syaitan.

Sekiranya rakyat Malaysia masih berdampingan, dan memberi sokongan kepada perangai syaitan politik ini,maka nyatalah kita semua telah dirasuk sehingga ke generasi akan datang. 

Kenapa saya kata bagitu kerana semua pengkhianat politik ini, sebelum melamar jawatan iblis, merupakan bijak pandai berotak minyak.

Ketika ini anak muda bertimbun memiliki ijazah yang lebih baik dari pengkhianat ini, kita bimbang cempias perangai syaitan politik ini berterusan masa akan datang. 

Dalam pengetahuan saya rakan munafik mereka hanya bergembira dikalangan mereka ,meraikan apa yang iblis amanahkan supaya memuja kebaikan sendiri dengan alasan apa yang mereka lakukan demi kepentingan rakyat.

Sekarang ini sudah mula melonggarkan kekangan atau melupakan kes 1MDB dengan membuang pengerusi MPOB orang pernah terlibat syarikat kerajaan pengkhianat dan penyamun itu.

Kerajaan syaitan pengkhianat ini tidak ada masa melakar perubahan dan melayan hati perompak, maka dalam suasana negara sedang  berpenyakit ini, sempat menukar pengerusi Khazanah dan pengerusi itu dan ini serta melantik jawatan anggota kabinet ke 71 untuk dihantar berkhidmat ke timur tengah ,yang sepatutnya tunggu sehingga negara sembuh.