Tuesday, November 13, 2018

PKR parti politik melahirkan kembali budaya tidak bertemadun




Hari ini ada sebilangan rakyat negara ini yang telah dewasa dan berakal serta menerima pelbagai teknologi, tetapi memaparkan sikap tidak siuman dan tidak beradab, terhadap sesuatu masalah yang di hadapi.

Masalah itu bukan merupakan masalah peribadi  yang perlu penyelesaian melalui ringgit atau beban kesakitan fizikal tetapi hanya perkara berkaitan kepuasan  politik .Kepuasan politik yang melahirkan samseng segera serta mencabar budaya lemah lembut seorang manusia .Untuk melayan kepuasan politik telah melahirkan manusia bersikap ‘membabi buta’.

Ahli-ahli parti politik PKR telah mengembalikan semula budaya tidak bertemadun suatu ketika dahulu dengan amokan,menendang diding,memecahkan tingkap bangunan dan pukul memukul menjerit-jerit sesama sendiri dan membaling kerusi dek kerana tidak berpuashati proses pemilihan pemimpin parti.

Pemilihan parti politik untuk mentadbir negara pun belum pernah berlaku kekecohan seperti pemilihan pemimpin peringkat pusat dan cabang PKR.

Kita tahu yang menggilakan perangai ahli-ahli PKR ialah bagi mencari seorang Timbalan Pesiden ketua cabang, yang masing-masing mempunyai ejen kempen berebut-berebut mempengaruhi ahli dengan provokasi yang menghasilkan keganasan

Yang kita tidak faham kenapa ahli-ahli PKR sanggup memperjudikan sikap kemanusia kerana mencari pemimpin yang tidak boleh mengubah dasar negara secara perseorangan yang menguasai hanya satu parti politik.

Sejarah negara ini telah terbukti bahawa sebuah parti politik tidak boleh membentuk atau mentadbir negara melainkan memerlukan kerjasama dua,tiga atau lebih parti politik lain bagi mendirikan kerajaan.

Timbalan presiden ,atau presiden satu parti politik tidak usah berangan menterjemahkan apa yang ada dalam kepalanya untuk membena atau mengubah dasar negara ini.

Keadaan ini sepatutnya ahli PKR lebih-lebih lagi calon presiden,timbalan presiden, naib presiden ketua cabang tidak patut  hadir ditempat undi pemilihan. Kehadiran mereka bagi meraih undi tidak akan mendatangkan faedah malahan melahirkan kemarahan,kebencian yang tidak terkawal kerana ransangan provokasi calon semasa kempen.

Ahli-ahli politik PKR dan pemimpinnya  perlu kembalikan semula demokrasi memilih pemimpin secara aman dan bertemadun. Keyakinan rakyat terhadap parti politik bukan melihatkan ahli parti dengan pengaruh syaitan

Sistem pilihanraya kebangsaan secara manual  di negara ini hendaklah di ambil sebagai contoh sekiranya hendak memelihara hak semua ahli untuk memilih pemimpin. Tidak guna menggunakan teknologi terbaru selagi ahli PKR tidak mempunyai dan menilai kesabaran menghadapi kerenah digital .

Kita perlu merenung kembali matlamat memilih pemimpin parti politik dengan sikap berebut-rebut jawatan  calon pemimpin. Apakah ahli yang memilih seseorang pemimpin  berniat mendapat habuan individu sehingga sanggup mencederakan dan merosakkan harta awam.Bagitu juga calon pemimpin berniat memperolehi jawatan yang mengaut keuntungan duniawi setelah terpilih.  

Kewarasan individu ahli parti politik perlu diserap melalui pelbagai penerangan atau kursus terutama mereka yang akan mengundi mencari pemimpin yang berkepentingan politik negara. Bukan calang-calang orang seperti beberapa orang pemimpin poltik kerajaan yang lalu,mengaut keuntung diri bila berkuasa.

Kita tidak mahu melihat pemimpin politik hari ini terlalu kaya berbanding rakyat yang pendapatan bulanannya tidak 10% daripada apa yang wakil rakyatnya kaut setiap bulan. 

Oleh yang demikian pemilihan peringkat pusat dan cabang PKR jangan di beri undi kepada mereka yang cuba mencari peluang mengaut kekayaan negeri dan negara.Perlu di beri ruang kepada mereka yang masih kekampungan yang tahu apa rakyat ada. Peluang orang baru hendaklah diambil kira.

Semua manusia boleh memimpin sekiranya di beri peluang .Sikap bertanggungjawab akan lahir setelah dilantik, asalkan ikhlas dan sukarela menawarkan diri. Seandainya  ada calon pemimpin PKR yang sukarela dan berkobar-kobar menawarkan diri, tetapi akhlak berkempen memalukan,seperti apa yang berlaku hari ini, perlu ditolak oleh pemilih,dan pemilih janganlah 2x5 seperti calon.