Kumpulan
dan individu dalam parti pembangkang masih
meneruskan angan-angan hendak menjadi PM selepas pilihanraya ke 14.Mereka lupa
beberapa faktor pengundi tidak
menyebelahi mereka dalam pemilihan kali ini .Diantaranya sebahagian besar orang
melayu tidak menyebelahi parti lain
selain dari UMNO sekurang-kurangnya tiga pilihanraya lagi .
Melayu
memang mudah lupa dan terus melupakan apa peristiwa pun yang menghempapnya.Dia
terus bangun dan tersenyun apabila rasa sakit sudah hilang dan di sumbat
mulutnya dengan wang .Orang Felda ,sumber kerusi percuma UMNO,Isa Samad
menipunya dengan saham FGV, mereka yang melayu terus menyokongnya .Bagi melayu
dosa dan kesalahan adalah hak individu.
Peristiwa
1MDB langsung tidak ada dalam minda orang melayu terutama melayu di Felda dan
kampung-kampung tradisional kerana tidak ada kesan jangka pendek terhadap orang
melayu lagi pun ada orang melayu yang tidak pernah mendengar apa dia 1MDB.
Bagi
mereka dapat makan pagi dan petang sudah Alhamdullilah. Kemudian dicanang oleh pemimpin
mereka supaya rakyat bersyukur kerana rakyat luar negara dalam keadaan
huru-hara. Buat apa susah payah memikirkan masalah negara kerana mereka percaya
semua pemimpin yang di pilih adalah jujur. GST yang sekarang menaikkan kos hidup rakyat
dilupakan kerana dinyanyikan dengan BR1M yang boleh menampung beras rakyat 10kg
sebulan.
Sikap
orang melayu seperti ini di ambil kesempatan oleh wakil rakyat UMNO untuk
menyapu seberapa banyak wang dan harta rakyat kerana orang melayu tidak
dihidangkan masalah sebenar negara dan tidak perlu ambi tahu dan melayu tidak mampu atau tidak
mahu tahu jangkaan masa depannya.
Sekarang
ini ada trend baru beberapa badan kerajaan mengadakan declaration
dengan SPRM bersih dari rasuah atau rasuah sifar.Mungkin dengan
pengisytiharan ini badan-badan tersebut tidak melakukan rasuah dan SPRM tak
perlu buat siasatan.Yang terbatuk-batuk saya membacanya apabila polis juga berbuat demikian.
Hilang
masalah apabila ada Wakil rakyat yang
telah kaya dengan memunggah hasil harta negara melalui rasuah terus
menghulurkan bantuan bahan makanan,jamuan hari raya,jamuan meraikan bakal haji
dengan jemputan puluhan ribu dan menaja rombongan ke utara dan pantai timur
semenanjung.
Mengadakan
majlis perkahwinan anak-anak mereka dengan jemputan ratusan ribu mengalahkan
majlis perkahwinan di raja. Dengan berbelanja dengan mewah ini
pengundi-pengundi mereka akan terus memuji bahawa senator atau wakil rakyat
mereka adalah yang terbaik seterusnya
melupakan bahawa dari mana wang semewah
itu datang bergolek kepangkuan orang UMNO.
Lupa
orang melayu pemimpin UMNO peroleh wang dari jual tanah rezab melayu kepada
bangsa lain.Kita lihat melayu terkaya dalam daerah Jempol mempunyai ‘kuasa pengaruh’ untuk exco meluluskan rezab melayu kepada
orang-orang cina. Sungai dialihkan dan rezab sungai didirikan bangunan kedai .
Sekarang
ini seluruh deretan bangunan kedai di bandar Bahau kepunyaan orang-orang cina
hasil usaha individu melayu UMNO yang peroleh keuntungan.Bagitu juga bangunan
kedai di Bandar Seri jempol dimiliki oleh orang cina yang kulinya anak muda
melayu yang menggambarkan kedai tersebut kepunyaan melayu.
Saya
terima tiga keping gambar dari
rakan WhatsApp iaitu gambar ketika Lee Kuan Yew menagih simpati orang
melayu di Singapura sebelum memiliki Singapura sepenuhnya. Yang ketika ini
boleh di katakan Singapura hak milik keluarganya. Dilihat betapa luhurnya Lee dengan bersongkok budaya melayu Malaysia.
Yang
terbaru dan mungkin menyentuh perasaan ,yang mana orang melayu yang ketika ini
sudah tidak peduli lagi sikap ketuanannya kerana wang. Gambar dari whatsApp
tersebut adalah gambar berduyun-duyun pelancung cina komunis dengan bas ke Forest City, yang pastinya tujuannya untuk memiliki rumah kediaman di sana.
Ulasan
dari whatsApp tersebut 10 ke 20 tahun lagi tahulah nasib melayu.
Singapura Peringkat awal dari
negara dengan populasi melayu dan Islam, yang sistemnya penduduk pribumi
sehingga hari ini telah di singkirkan/di sisihkan dari semua bidang kehidupan, serta menjadi
negara dengan populasi China terbesar di
Asia Tenggara.
Kebimbangan terus menghantui
fikiran ini, sekiranya perkara seperti ini akan terjadi kepada Malaysia 10 atau 20 tahun akan datang, yang ketika itu Najib dan kabinetnya dan wakil rakyat UMNO
yang ada sekarang telah dikuburkan, juga ketika ini orang DAP mengintai-intai kelemahan orang melayu
terutama orang melayu yang tergila-gila hendak jadi pemimpin melalui sokongan bangsa lain.
Ketika membelek-belek tiga keping gambar sejarah kebodohan pemimipin
melayu ketika itu yang gagal menyekat
kehebatan nafsu Lee Kuan Yew
ingin memiliki Singapura.
Melihat kepada orang melayu di Malaysia bersekongkol dengan parti
Cina DAP sebuah parti berasaskan falsafah
PAP Singapura berkemungkinan mempunyai stail
yang sama untuk menjadikan negara
Malaysia populasi bangsa cina kedua di Asia Tenggara.
Bagitu juga Cina dari MCA serta
India MIC yang ketika ini mendesak
melalui UMNO dalam BN dengan pelbagai tuntutan yang memerlukan mengorbankan
toleransi hak orang melayu .Paling
menakutkan pemimpin melayu yang telah kaya terus menunaikan permintaan dua kaum
ini bagi meneruskan kesinambugan kuasa.
Lagi menggila kerakusan melayan
kerenah kedua-dua keturunan oleh
pemimpin parti keramat Malaysia terutama setelah ramai manusia lain meramalkan
parti melayu itu mengalami kekalahan pada pilihanraya ke 14.
Hari ini melayu Malaysia ini sama
seperti melayu Singapura dalam gambar
yang saya terima itu tersenyum-senyum
menyambut Lim Kit Siang dan Lim Guang
Eng. Kedua-dua pemimpin ini sekarang telah menguasai Pulau Pinang
Ingat ! Orang melayu
Malaysia jangan jadi seperti melayu Singapura kerana mempunyai sikap
bergembira bersama rakan orang Cina hari
ini akan datang disusuli kesedihan cucu- cicit kita yang berpanjangan. Mereka
belum berkuasa rela di pijak
tengkoknya ,berlainan telah berkuasa bukan sahaja tengkok kita di pijak berkemungkinan seluruh badan jadi sasaran kaki
dan tangan.
Pemimpin melayu gagal
memahami kekecewaan yang belum berakhir
fahaman komunis di Malaysia oleh kerana
dilindungi pencapaian ekonomi
negaranya yang memikat hati
pemimpin Malaysia memanggil pelaburan dari negara tersebut.
Hari ini pilihanraya ke 14 telah
hampir saya terus berfikir panjang untuk
terus menyokong parti yang majoriti melayu
bekerjasama dengan parti yang berasaskan kaum cina kerana dikuatiri apa
yang berlaku di Singapura akan berlaku di negara ini.
Walaupun banyak pandangan yang
mengatakan bahawa parti yang majoriti cina tidak mungkin menguasai sebuah negara
Malaysia kerana kekurangan kerusi untuk membentuk kerajaan. Tidak ada yang mustahil di lakukan oleh mereka yang berkuasa.
Bagaimana kalau cacing jadi naga dan belut jadi ular, baru kita sedar ketika itu api lilin boleh membakar rumah. Jangan
kita sangkal dakwaan dengan
mengatakan tidak masuk akal 700,000
warga cina ke Johor
Kita mengambil contoh perjanjian
konsesi lebuhraya di Malaysia yang tidak dapat menunaikan permintaan
rakyat supaya menurunkan harga bayaran tol kerana syarat-syarat perjanjian yang di meterai yang
tidak boleh berundur ke belakang. Bayaran
penebusan yang tinggi dikenakan yang tidak mampu di bayar kerajaan melayu bagi mengambil alih pentadbiran.
Bagaimana dengan keadaan
seandainya rakyat negara ini di bawah kepimpinan cucu-cicit Lim Kit Siang,Lim
Guang Eng, Liow Tiong Lai (Malaysia) Xi Jinping (China). Kita tidak tahu mereka ini “pisang
emas di luar ,onak duri di dalam “.Cucu-cicit kita sudah pasti kesal terhadap tindakan kita sekarang ini
seperti tindakan melayu Singapura zaman Tunku Abd.Rahman dan Tun Abd.Razak.
Gesaan perlu berfikir semula kepada Ketua dan Ahli parti melayu ,Mat Sabu,
Wan Azizah dan Muhyiddin termasuk Mahathir agar usah menempah maut perasaan
cucu cicit Malaysia TN 2050.
Walaubagaimanapun
Malaysia tidak boleh berterusan di tadbir oleh mereka yang telah kaya dengan
wang rasuah,kuasa rasuah yang ketika ini berterusan menggembeling tenaga untuk meneruskan kuasa.Kegiatan tidak
bermoral dan tidak amanah yang di katakan di lakukan oleh kerajaan parti keramat perlu di hentikan.