Kalut ,kusut-masai dan tak keruan,
pentadbiran Felda hingga menyebabkan kerugian adalah disebabkan kepala hantu yang tidak
pernah menyumbang terhadap pembangunan tanah air dan negeri, dilantik felda
sebagai Ketua Geng oleh rakan se hantu
dengannya kerana kebudian.
Sebelum kepala hantu ini di
sumbat ke dalam felda, warga kerjanya berbelanja dengan berhemah demi menjaga
kesinambungan kehebatan gah nama felda ‘bakti disemai bukti dituai’.Warga felda
terus ceria menguruskan sumber dalaman tanpa bergantung atau sibuk dengan dunia
luar. Awal kemunculan kepala hantu ini
warga kerja felda telah dibayangi dia sebagai parasit politik dan parasit pentadbir.
Sejak terlantiknya orang yang
menjadikan felda sebagai mencari wang tambahan lumayan melalui komisyen atau
ganjaran yang dijanjikan atau lebih–lebih lagi bermatlamat menggunakan
kesempatan mengembangkan dan mengekalkan sokongan politik, maka hari ini kita
lihat felda ke arah ‘satu sen tak berguna’
Oleh kerana lumrah dunia hendak kiamat maka manusia telah
melantik seorang manusia yang tidak pernah melakukan kebaikan untuk memimpin yang
dipertikaikan amanahnya. Lihatlah!! sudah pasti si kepala hantu ini telah terbukti
berperanan perakus rasuah, dilantik juga sebagai ketua organisasi yang satu
masa dulu kaya,teguh dan berbangga dengan keteguhannya. Apa
hendak di kata ,mungkin susah hendak cipta kembalikan bubur sebagai nasi.
Tempoh 45 tahun Felda
(1956-2001)merupakan satu tempoh pembenaan pengurusan pembangunan tanah terbaik, yang membolehkan warganya
menikmati keselesaan hidup. Tidak pernah terfikir ketika dulu menerima durian runtuh RM5000 ke 15000 dan ada
manusia berbudi mengumpan kesenangan jangka pendek dengan taburan wang percuma
setiap menjelang hari raya dan bonus akhir tahun RM400-RM500 sepeneroka.
Berbelanja besar ini tidak cukup
setakat memberi peneroka wang percuma ,tetapi kakitangan juga di tutup mulutnya
dengan elaun sekurang-sekurangnya RM1400-RM2000 sebulan mengikut kategori. Kita
tidak hairan laporan audit negara berkaitan kewangan felda mengejutkan semua pehak.
Tidak juga menyangka 112,635
peneroka bahawa sumbangaan percuma selama ini merupakan satu penipuan dan menyiksa
peneroka untuk terus berhutang – sedangkan manusia yang mencetuskan idea felda
ala jabatan kebajikan/ dermawan terus bergembira menikmati nilai fedah
jawatannya.
Hari ini felda telah diubah oleh mereka yang biasa memunahkan satu-satu
institusi dengan rasuah dan sentiasa
berfikir bagaimana mengutip laba kewangan dari intitusi tersebut. Oleh itu Felda dari pengurusan pembangunan tanah ,ekonomi,sosial dan
memiliki anak syarikat yang meraih keuntungan, telah diubah kepada pembelian
hotel 4 bintang,kondominium, pembelian apartmen mewah di luar negara
Dana Felda RM538 juta dan RM330
juta telah melayang tanpa halangan .Wang sebanyak itu mampu membangunkan semula
tanah peneroka tanpa melibatkan pinjaman luar. Kita tahu dan tidak perlu
diberitahu atau nafikan bahawa mereka yang menguruskan tidak berbekalkan dan
dibekalkan keikhlasan ‘gigi dan lidah’
sahaja.
Apa yang dipertikaikan mereka
yang jutawan luar negara dan dalam negara ini tidak terliur untuk
memilikinya atau melaburnya di Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza
Kensington Hotel di London. Felda dengan kuasa perdana Menteri, dan ditepuk-tepuk
bahunya oleh pengerusinya , terus lena dibuai mimpi nyanyian broker dengan lagu
keuntungan komisyen. Individu yang biasa
menagih laba daripada projek yang di laksanakan ibarat penagih memerlukan dadah.
Pelbagai perbelanjaan yang tidak
menyokong keuntungan felda terus belaku.Entah pakar ekonomi mana yang mempengaruhi
kepala hantu sebagai pengerusinya mewujudkan
Felda Global Ventures .(FGV) dengan tergesa-tergesa dan menyenaraikan di
Bursa Malaysia pada 31 December 2013. Yang untung kepala hantu sebagai
pengerusinya di bekalkan saham percuma .
Hari ini harga saham RM 1.56 yang peringkat
awal disenaraikan RM 4.45/unit. Peneroka melopong membayar hutang miliki
saham dengan potongan pendapatan bulanan
Menyediakan dana berjuta ringgit bagi
membentuk satu pasukkan bolasepak profesional. Yang kesemua ini tidak ada
bersangkut-paut dengan tujuan asal felda di tubuhkan dan harapkan jualan tiket
perlawanan ,sampai kiamat tidak akan mendatangkan keuntungan.
Idea gila yang kononnya felda ke
peringkat global, bertambah gila lagi dengan meranapkan bangunan kompleks felda
,tempat eksklusif dewan perdana yang baru berusia kurang 30 tahun untuk di ganti dengan
pembinaan kediaman eksklusif..
Banyak usaha-usaha kepala hantu
dalam felda telah berlaku seperti berlakunya kemusnahan yayasan negeri,Negeri
Sembilan 30 tahun yang lalu. Kepala hantu ini sebagai pengerusinya yang ketika
itu ladang yayasan di Felda Serting Hilir tergadai kepada taukeh cina bagi
mencari sumber kewangan. Yayasan yang ketika itu tidak perlu dinyatakan keaibannya.
Yayasan Felda telah menjadi
mangsa si kepala hantu ini dengan mengambil kesempatan matlamat yayasan di
tubuhkan.Kewangan yayasan untuk melaksanakan
kebaikan sosial dan pendidikan warga Felda seluruh Malaysia, tetapi apa yang
berlaku sebaliknya apabila menggunakan sumber kewangan yayasan bagi
mengeluarkan bantuan atas nama kawasan parlimen diwakili dan kepentingan
sokongan politiknya.
Kini kolej di bawah tadbir
yayasan satu demi satu terpaksa ditutup kerana kekurangan sumber kewangan Bagitu
juga Asrama Semai Bakti yang suatu ketika dulu berjaya melahirkan anak warga
felda melangkah ke menara gading yang tinggal bertahan hanya Asrama Semai Bakti
Kuala Lumpur,Kuantan dan Johor Baharu.
Kemuncak kehebatan felda ketika
Raja Alias sebagai pengerusinya telah menjadi nostalgia.Mungkin kakitangan dan peneroka tidak menyukainya kerana tidak 'peragih' .Tidak ada elaun atau bonus setiap bulanan dan tahunan.
Beliau telah berjaya
mentadbir felda tanpa bantuan kewangan dari kerajaan. Sejak
dilantik mereka dari kalangan ahli politik felda terus dilanda masalah berkaitan
menguruskan kewangan, sosial dan displin peneroka. Ini disebabkan kepala hantu
yang ada dalam felda bertindak mencampakkan eksekutif-eksekutif berpengalaman
menggantikan kakitangan pengurusan yang baru,yang boleh ditindik hidungnya dan sentiasa
mencium tangannya.
Kerajaan yang memerintah
meletakkan ahli politiknya bagi mengekalkan sokongan sebanyak 53 kawasan
parlimen di kawasan felda.Itulah satu sebab pengerusi nya sanggup berbelanja
besar tanpa mengikut prosuder kewangan bagi menjaga hati peneroka sebagai
pengundi. Tidak menghairankan perbelanjaan RM148.42
juta dalam laporan audit di tandatangani oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah
yang tidak mempunyai kuasa,
Perbelanjaan tanpa kawalan
berlaku kerana mengikut kehendak pehak atasan,seperti kepala hantu ini tidak selari
dengan kepala hantu lebih besar di Putrajaya. Mereka terus membawa felda terus berlagak
kaya sebagai dermawan,yang peringkat awal diluluskan RM350/sepeneroka,tiba-tiba
dengan semangat meluap-luap kepala hantu tertinggi mengumumkan dalam
perhimpunan supaya peneroka diberi RM500/sepeneroka. Peruntukan tambahan RM150.00/sepeneroka
perlu di cari sedangkan sumber kewangan terhad.
Berbelanja diluluskan oleh
mereka yang tidak mempunyai kuasa sebagai menyelamatkan kepala hantu cuci
tangan apabila berlaku sesuatu perkara yang menyalahi prosedur kewangan. Kepala
hantu hanya membuat arahan sambil berjalan lalu.
Dasar felda berbelanja untuk
sosial peneroka tidak dijadikan masalah sebanyak mana pun .Jarang pertikaikan oleh sesiapa,asalkan ada bukti
projek di belanjakan. Oleh sebab itu bajet untuk pembangunan masyarakat boleh
diluluskan bila-bila masa.
Sebelum pilihanraya ke 13
berapa banyak wang felda terlambak di agih-agih seperti dermawan Kasim Baba, kepada peneroka RM 15000/seorang kepada lebih 112 ribu orang. Perdana Menteri, pengerusi felda berbangga
dengan pemberian itu.Wang tersebut hanya sebagai pembasah tekak yang memberi
faedah golongan peneroka dalam tempoh jangka pendek . Kita tahu tujuannya untuk
meraih simpati undi di 53 kawasan parlimen.