Thursday, May 26, 2016

Untuk Si angguk

Marilah kita semua berfikir di manakan duduknya rakyat terbanyak serta pemimpinnya di negara ini dan rakyat terbanyak dan pemimpinnya di luar negara. Ini adalah yang sejemput berita dari wartawan dan akhbar yang bertanggungjawab.

Tanpa mereka kita seperti katak bawah tempurung yang hanya tahu semua manusia sama rangking di dunia ini .
Banyak lagi berita-berita mereka yang kaya dan mengaku tidak mengambil satu  sen duit rakyat, yang kita  masih belum tahu adalah merupakan seorang bilioner.

Isteri hadiahkan Taib Mahmud Bentley RM1.5 juta
24 Mei 2016, 7:20 malam     24 Mei 2016, 7:24 malam
Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah menerima hadiah sebuah kereta mewah berjenama Bentley yang dipercayai bernilai RM1.5 juta daripada isterinya, Ragad Waleed Al-Kurdi.
Menurut sumber, pemberian hadiah tersebut adalah sempena hari jadi Abdul Taib ke-80 dan

PM Britain beli kereta terpakai untuk isteri
Nissan Micra yang berharga 1,495 pound (RM8,838)
25 Mei 2016 12:03 AM
David Cameron (kiri) bersalam dengan Ian Harris selepas membeli kereta terpakai jenis Nissan Micra berharga RM8,838 untuk isterinya di Oxfordshire, Britain. Agensi
LONDON 24 Mei – Sebagai Perdana Menteri Britain, David Cameron boleh berbelanja mewah tanpa perlu bimbang tentang duit, namun beliau memilih untuk berjimat apabila membelikan iste­rinya, Samantha kereta terpakai jenama Nissan Micra yang berharga 1,495 pound (RM8,838).
Sultan Johor beli trak mewah impian baginda lebih RM1.5 juta
Thursday October 15, 2015

Harga sebenar trak Mack milik sultan Johor dirahsiakan tetapi pastinya trak itu melebihi rekod harga terdahulu A$481,000 (RM1.5 juta) — Foto ehsan Facebook Johor Southern TigersMELBOURNE, 15 Okt — Impian Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memiliki trak Mack paling mahal di dunia tercapai apabila majlis penyerahannya diadakan di Brisbane hari ini.

Monday, May 9, 2016

persembahan 'kahak demokrasi' di Sarawak



Rakyat Malaysia tidak buntang mata BN menang besar  pilihanraya negeri  Sarawak .Menang kesemua kerusi pun orang tidak hairan kerana cara pilihanraya itu diadakan terutama di benak fikiran rakyat semenanjung.

Hanya pemimpin BN putrajaya yang mengharapkan pilihanraya parliman  akan datang memenangi semua  kerusi yang di pertandingkan di Sarawak kerana sebagai penyambung tali hayat kepimpinannya. 

Sekarang ini telah menang lebih 2/3 kerusi. Boleh lah  pemimipin –pemimpinnya mengubal undang –undang bahawa Sarawak hanya di perintah oleh BN sahaja dan tidak memerlukan pilihanraya di masa akan datang .

Setiap kali pilihanraya, tidak kira negeri  atau negara  banyak mengatakan rakyat menunaikan tanggungjawab  demokrasi. Pada hal kerajaan negeri dan negara menggunakan  pendekatan’ demokrasi kepala berak’.

Berapa ramai pemimipin dari semenanjung tidak diberi peluang ke Sarawak untuk membantu berkempen dengan  pelbagai alasan keselamatan.Belum sempat mereka berada   di medan ceramah ,di lapangan terbang lagi, sudah di halau balik ke Kuala Lumpur.

Mereka yang di hantar ke Sarawak merupakan pakar simpati dan personality terbilang, yang boleh menggugat peralihan undi dari satu parti biasa kepada parti tidak biasa. Adnan Satin sebagai jurutera perancangan Sarawak  maklum kehebatan mereka ini, telah menggunakan hak kerajaan Sarawak menyekat lebih awal sebelum mereka berpidato .

Itulah nilai ‘demokrasi lubang taik’yang di perkenalkan di  Sarawak yang bertujuan memenangi kesemua  82 kerusi DUN itu. Tidak menakjubkan keputusan 72 kerusi  itu yang modalnya mungkin lebih dari derma RM2.6 bilion. Sembilan kerusi yang dimenangi oleh parti lain adalah di undi oleh mereka yang bijak menilai demokrasi.

Najib dan gengnya yang berada lebih seminggu di Sarawak dan media kerajaan yang tidak memberi  satu baris ruang kertas,  untuk parti selain BN merupakan ‘kahak demokrasi ‘yang di persembahkan kepada rakyat jelata.

Ada pemimpin karat biru telah menyatakan bahawa kempen anti Najib yang dilancarkan telah memakan diri dengan melihat  apa yang telah berlaku di Sarawak 42 kerusi di perlukan sebaliknya cemerlang dengan 72 kerusi.

Seperti  apa yang perlu diperkatakan bahawa Sarawak mengadakan pilihanraya  atau pun tidak mereka di semenanjung tidak peduli kerana undang-undang politik di negeri tersebut tidak memerlukan kedatangan orang semenanjung. Mereka boleh sahaja menguruskan sendiri. Lihat sahaja 13 perkara penurunan kuasa yang dituntut oleh Adenan Satem bagi pehak kerajaan Sarawak.

Kita maklum orang semenanjung di anggap betindak sebagai penjajahan dan suka mengkucar-kacir atau memecah-belahkan perpaduan pelbagai suku kaum di negeri tersebut.  Dasar pintu tertutup terhadap pemimpin politik dari semenanjung merupakan kesinambungan UMNO dilarang membuka cawangan di Sarawak.Satu masa nanti mungkin semua manusia dari semenanjung di larang masuk.