Monday, December 28, 2015

berjaya di Malaysia buat cubaan ke Brunei

Tahniah Brunei



Beberapa NGO di Malaysia membuat percubaan menghasut kerajaan negara ini supaya membantah kerajaan  islam Brunei yang melarang rakyatnya yang beagama islam meraikan perayaan hari krismas.

Undang-undang Brunei,bagi orang islam yang meraikan perayaan tersebut boleh di hukum penjara selama 5 tahun.

Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan islam dan pemimpinnya yang mengaku islam menjaga kegiatan rakyatnya dengan kegiatan mejauhkan diri daripada Allah, lebih-lebih lagi kearah murtad.

Tidak ada sebuah kerajaan di dunia ini, kecuali Malaysia, yang pemimipinnya telah melakukan syahadah atau beragama islam memberi kelonggaran dengan publisiti serta meraikan  lain-lain agama  secara besar-besaran.

NGO Malaysia ini, hendak mengajar dan menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik untuk Brunei , sebagaimana kerajaan negara ini meraikan pelbagai agama dengan bergembira serta mengadakan makan besar. Tidak ada perbezaan diantara agama Allah dengan agama ciptaan atau gubalan manusia.

Di negara ini tidak menjadi kesalahan meraikannya demi menjaga sensiviti kaum dan salah satu acara kerajaan meraih undi popular.

Kebebasan beragama memang dibenarkan kepada manusia tetapi bukan untuk membenarkan mereka yang islam ke pesada murtad.

Meraikan agama lain selain islam seperti di Malaysia, bermakna mengiktiraf pelbagai agama dan menganggap semua agama  satu kepercayaan yang bebas diubah-ubah untuk anutan diri mengikut selera.

Ini bukan fahaman islam agama Allah. Menimbulkan rasa keraguan dalam diri tentang sucinya islam membolehkan umatnya ke arah murtad.

Usaha kerajaan Brunei melaksanakan sepenuhnya syariah islam sepatutnya kerajaan dan rakyat Malaysia yang islam memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kehendak atau bantahan NGO Malaysia bukan satu keperluan kerana islam tidak membenarkan  bebas  secara total.

Rakyat Malaysia tidak perlu masuk campur urusan negara lain dan juga tidak membenarkan rakyat lain khususnya Brunei masuk Campur urusan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di Brunei atau negara lain dalam dunia ini mesti mematuhi undang negara bumi yang di pijak.

Kerajaan Brunei hanya melarang rakyat yang beragama islam meraikan agama lain khususnya kristian.Tidak timbul soal islam menindas atau tidak bertoleransi. Mereka yang kristian boleh sahaja nmelakukan apa-apa aktiviti secara individu  atau berkumpulan secara tertutup.

Kebebasan hak asasi di Malaysia tidak perlu di ikuti kerana mereka berusaha memperjuangkan kebebasan  supaya manusia seperti lembu,burung-burung dan haiwan yang lain, kerana urusan dosa dan pahala hanya antara makhluk dan Allah.

Rakyat Malaysia terutama mereka di kalangan yang anti islam dan islam liberal sememang berperangai bagitu, yang masing-masing di lindungi iblis yang berusaha dan cenderung merosakkan akidah umat islam. Mereka yang islam perlu berhati-hati kerana ada syurga dan neraka di pengakhiran hidup

Keadilan islam hanya terlaksana kepada mereka yang patuh perintah Allah dan mejauhi larangannya.

Musuh islam di Malaysia tidak ada hak menjadi  pengacau kerajaan islam Brunei yang ketika ini  telah mula menampakkan kebenaran dan kebaikan undang-undang dan cara hidup islam.

Mereka yang mengemukankan bantahan  merupakan cubaan  mengkuda-kudakan kerajaan Malaysia berkaitan agama dan islam dan bertujuan menjadikan negara islam Brunei sebagai sasaran untuk bermusuhan diantara agama di rantau ini.

Sunday, December 13, 2015

sudah berakkan Muhyiddin lepas tu pujuk......




Najib telah berakkan seluruh badan Muhyuddin ,kemudian suruh orang lain mandikan,basuhkan badannya, selepas itu Najib peluk dan cium.Tentunya bau berak mungkin akan hilang selepas Muhyiddin mandi beberapa  kali secara bersendirian,tetapi perangai  Najib memberakkannya tidak akan di lupakan Muhyuddin sampai mati.

Itulah apa yang berlaku dalam krisis Najib dan Muhyiddin  yang juga bukan sahaja menjadi permusuhan peribadi  kedua-dua pemimpin itu ,tetapi berjangkit krisis keseluruhan dalam UMNO.Bercakaran sesama sendiri  dalam UMNO hanya berhenti sementara dari 8hb.Dis hingg 12hb Dis 2015.

Kita nampak dalam perhimpunan agung semalam perwakilan bersahaja membahaskan pelbagai masalah dan Najib bersemangat, masuk bakul angkat sendiri,tetapi  pada hakikatnya mereka semua menghadapi serta menanggung penyakit kencing manis,darah tinggi dan masalah jantung yang berisiko besar  kearah  strok.

Baginilah masalah parti politik hari ini kiranya terdapat mereka yang berkuasa hendak terus berkuasa dan tidak menganggap diri sendiri punca masalah dalam parti.Selanjutnya melindungi kesalahan kita dengan menggunakan kuasa dan menuding jari kearah orang lain yang tidak sebulu dengan kita.

Mungkin Muhyuddin boleh bersalaman dan berpelukan arab dengan Najib serta memaafkan kesalahan yang di lakukan seandai Najib melakukan rutin biasa setiap kali perhimpunan ,tetapi sebaliknya Muhyiddin di nafikan berucap dan merasmikan pemuda dan puteri. 

Muhyiddin masih ada sikap tolenransi  hadir dalam perhimpunan bagi menunjukkan sikap sederhana dan bersedia memaafkan Najib,serta masih sayang dan setia kepada UMNO, kiranya di benarkan berucap, namun Najib masih eksyen  menunjukkan kuasa dengan mengatakan jawatankuasa perhimpunan atau majlis tertinggi parti tidak membenarkan Muhyuddin berucap.

Ketakutan Najib terhadap Muhyiddin jelas ibarat Najib membelasah Timbalan Presiden itu dengan mengikat tangan dan kakinya serta di zip mulutnya. Najib berjaya bercakap berkaitan kehebatannya bagi menambat hati dan simpati perwakilan untuk bersamanya.

Seandainya perhimpunan tersebut membenarkan muhyiddin berucap saya rasa sudah pasti  sokongan perwakilan terbahagi kepada dua bahagian.Berkemungkinan hujah Muhyiddin lebih masuk akal,maka kelebihan sokongan akan menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri yang teraniaya itu. Keadaan yang sedemikian rupa, menakutkan presiden ,yang lebih takut dari kekalahan  pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Penggulungan perhimpunan oleh Najib kebanyakan memaparkan masalah dalaman UMNO dan permusuhan peribadi presiden dengan musuh yang dicipta Najib sendiri, melalui kepincangan hutang 1MDB dan derma peribadi 2.6 bilion.

Persengketaan dalam UMNO tidak akan berlaku sekiranya Najib berjaya menjinakkan Muhyiddin dan Shafie Afdal melalui penjelasan empat mata atau enam mata  berkaitan 1MDB dan 2.6 bilion sehingga kedua-duanya angguk. 

Pengorbanan Najib perlu juga, sekiranya dia masih menyayangi UMNO dari runtuh atau perpecahan, dengan bertindak meletak jawatan presiden dan Perdana Menteri. Nada berkhimat untuk parti dan kepercyaan yang di beri rakyat adalah nada subjektif, yang boleh di ambil alih tanggungjawab oleh sesiapa dalam UMNO.

Sikap bertanggungjawab terhadap apa yang didakwa berlaku kepincangan dalam pengurusan syarikat pelaburan negara dan wang derma yang banyak masuk ke akaun adalah bersedia ke mahkamah selepas letak jawatan .Jangan jadikan alasan bahawa apabila berhenti dan tidak ada kuasa akan di penjarakan.

Mengacau mereka yang terlibat dalam penyiasatan pelbagai masalah negara bukan tindakan yang bijak.Hari ini kita boleh menafikan kepincangan yang kita lakukan, dengan mencampakkan manusia yang jadi penghalang perilaku jenayah kita, tetapi harus ingat Allah masih ada.

Membuang  kedua-dua anggota kabinet tersebut untuk menyorokkan kesilapan adalah merupakan satu kebodohan yang tidak ada kesudahan dalam UMNO, yang menjadi kenangan kekesalan .Kesilapan ini akan timbul kembali apabila presiden tidak lagi berada di puncak seperti mana Dr.Mahathir hari ini.

Friday, December 11, 2015

pilihan orang kampung


pilihan orang kampung


"Orang kampung tak faham apa itu 1MDB. Kita yang bagi panas isu itu. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai sumbangan RM2.6 bilion. Kita yang tembak diri sendiri.


"Mereka tak tanya apa-apa tentang hal macam itu. Saya tanya seorang makcik, makcik tahu 1MDB? Dia kata, 'saya tak tahu'."Datuk Musa Sheikh Fadzir


Sah dan nyata orang UMNO mengambil kesempatan sikap tidak peduli atau membodohkan diri orang kampung. Sikap orang kampung ini secara tidak langsung telah menghalalkan apa sahaja duit untuk dana politik UMNO.

Dana politik merupakan satu aktiviti rasuah kerana ‘buat baik ada makna’.Keikhlasan penderma harus dipertikaikan selagi yang menderma bernama manusia yang sentiasa di dampingi iblis dan juga yang menerima ada kuasa.

Kita percaya selama ini dana politik digunakan untuk merasuah orang kampung terutama pengundi-pengundi melayu yang tidak ingin tahu dari mana puncanya calon UMNO dapat duit dengan menghadiah beras,gula dan tepung kepada mak cik-pakcik.

Sepanjang pengetahuan saya tidak ada parti pembangkang menggula-gulakan orang kampung, kerana tidak ada manusia bodoh menderma pembangkang berbilion ringgit kerana pulangannya kosong.

Derma 2.6 bilion UMNO cuba mengaitkan dan mengheret parti pembangkang dengan”kita serupaaa..”.Tidak usah membandingkan kita korup orang lain pun korup dan orang mencuri orang lain pun mencuri. Jangan menilai sikap apa yang kita buat orang lain sama seperti kita.

Mereka yang bebas dari kengkangan politik dan mungkin cerdik sedikit daripada orang kampung Datuk Musa Sheikh Fadzir telah lama mengetahui dari mana parti poltik UMNO memperolehi duit partinya.

Salah satu cara dengan mengambil rasuah dari kontraktor yang diberi projek dan di luluskan serta kebenaran penebangan balak di hutan dengan dialog” berapa hendak beri parti kalau dapat projek ini”.RM50,0000 tuan”.

Tuan yang berkuasa parti, mengeluarkan resit bernilai RM50.00 maka tuan parti untung RM49,950.00 manakala parti politiknya dapat RM50.00 sahaja.

Tidak hairan pada suatu masa dulu sebuah negeri di Malaysia ini kelulusan pengeluaran permit balak telah lebih 5 tahun ke hadapan.

Orang kampung tidak peduli perangai orang partinya hendak terima billion dolar atau trillion dollar atau nak jual negeri pun tidak kisah – janji dapat makan kenyang atau tidur nyenyak.

Sikap seperti orang kampung Datuk Musa ini telah menyebabkan negeri Singapura tergadai, semua tanah milik negara di seberang tambak itu dipaksa jual kepada Singapura.


Melayu menjadi penduduk manoriti serta tanah rezab melayu setiap negeri tidak berganti ,kalau berganti pun nun! di hujung hutan sana dan lagi, melayu hidup menompang di Pulau Pinang tidak berjaya lagi membentuk kerajaan melayu.

Melayu kampung tidak kisah apa wakil rakyatnya buat dan parti sanggup menerima rasuah untuk dana parti bagi membiayai atau membeli undi orang kampung bertujuan meraih kemenangan lebih 56 tahun atau 13 kali pilihanraya.

Banyak keburukan yang tersembunyi yang di tampal keindahan bahasa bahawa tanpa UMNO melayu menjadi bangsat.

Melayu kampung seperti Datuk Musa ceritakan itu, tentu mengangguk kerana matanya mengantuk kekenyangan, tetapi melayu yang tercekik yang memakan tulang akan terbeliak mata dan menghadiahkan sumpah seranah.

Mulai sekarang melayu yang kenyang seperti orang kampung Datuk Musa perlu fikirkan cucu-cicit yang berusia 1 tahun sekarang hendak hidup kenyang 30 tahun akan datang.Parti yang masih menyimpan gula-gula untuk rakyatnya,...ketepikanlah parti ini.

Rakyat sudah bingit telinga dengan berita-berita yang tidak jujur kepimpinan yang berada dalam YAPEIM,MARA,TABUNG HAJI,1MDB dan banyak lagi yang belum terbongkar.

Menunggu terbongkar apabila terbentuknya kerajaan baru.Kiranya parti ini sahaja pilihan rakyat pada siri pilihanraya akan datang untuk Malaysia, nampaknya orang kampung Datuk Musa dan mereka yang celik sama-sama menggali kubur sendiri sebelum kematian.

Thursday, December 10, 2015

G25 dah tua pun masih menyokong maksiat....




Pejalanan agama islam di negara ini terus tercabar oleh orang islam sendiri yang mengambil alih tugas iblis mempertikaikan kerajaan bertindak terhadap hak peribadi yang melakukan khalwat dalam rumah persendirian.

Kalau tidak kerajaan bertanggungjawab mengintip dan bertindak terhadap mereka yang berkhalwat dalam rumah persendirian jam 3.00pagi agaknya siapa lagi yang sukarela mencegah berlakunya maksiat  perzinaan yang mengundang kemurkaan Allah.

Kumpulan G25 eloklah di jadikan satu pertubuhan politik kemudian bertanding dalam pilihanraya.Apabila menang dengan majoriti bolehlah menggubal undang-undang syariah berkaitan khalwat dan membenarkan orang islam membela dan mencium anjing serta menghapuskan JAKIM dan juga mematuhi atau menentang seruan Allah adalah hak individu.

Mereka yang sudah bersara jangan lagi hendak meroyan membidas kerajaan atau pentadbir islam mengikut apa yang mereka fikir berkaitan baik bagi diri sendiri, kemudian hendak memaksa orang lain mengikut telunjuknya.

Tidak usah melafazkan kata-kata jahiliah  ‘aku yang berdosa, kubur masing-masing’ sebagaimana   maksud ketua kumpulan itu ,khalwat dalam rumah dosa peribadi dengan Allah. Jahil atau menjahilkan diri bahawa umat islam tidak ada hak peribadi kiranya melakukan maksiat. Konsep mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" perlu diperingatkan kepada seluruh umat islam.

Entah mana G25 menuntut ilmu selepas pencen kemudian berani menegur undang-undang islam yang berkaitan kearah perzinaan  untuk dimansuhkan, yang berkemungkinan  sudah pencen  masih berniat melakukan maksiat dalam rumah kediaman.

Sepatutnya langkah-langkah memuhasabah diri dilakukan dengan merenung dan memenuhi suruhan Allah,menutup aurat, isikan ruangan masa  yang ada dengan pelbagai ibadah.Kematian telah hampir tidak ada masa lagi menyatakan undang-undang islam di Malaysia ini tidak betul. Ingat mengingati antara satu sama lain berkaitan larangan Allah lebih utama dari pelbagai cubaan mempertikaikan peraturan islam kerana masa terlalu pendek bagi mereka untuk bertaubat.

Undang-undang islam yang sedia ada ini telah praktikkan semasa mereka G25 ini berkhidmat dengan kerajaan.Tidak ada mendengar sebarang bantahan semasa mereka berkhidmat atau menyuruh pinda akta khalwat ini  serta melaungkan kepada jabatan agama bahawa dosa hak individu, dan menyatakan, jangan larangan Allah  di undang-undangkan.

Kita tidak tahu apa tujuan mereka ini menimbulkan objection berkaitan khalwat .Mazahab mana yang diguna pakai oleh cerdik pandai tua ini membenarkan orang islam boleh melakukan maksiat di tempat tertutup.

Seandainya tidak mengikut mana-mana mazahab tetapi berikrar hanya mengikut Nabi SAW, sudah tentu mengetahui bahawa manusia lain tidak melihat perbuatan di sebalik tembok banglow tetapi mereka di saksikan oleh Allah dan Malaikatnya dan paling  dahsyat iblis bertepuk disebelah telinganya. Mereka tidak mengenal dosa dan pahala atau syurga dan neraka kerana merasakan diri bekas eksekutif negara.Merasa besar diri dan terkecuali dari tindakan Allah.

Status anak luar nikah telah melambak, sama ada dibuang merata tempat atau diagihkan kepada keluarga angkat, mungkin  berpunca dari maksiat atau perzinaan yang dilakukan di tempat kediaman rasmi. 

Walaupun Pegawai berkuasa agama dengan kerjasama orang islam yang perihatin memberi maklumat kerja maksiat yang dilaku melalui intipan dan disabit dengan undang-undang namun khalwat dan zina tidak menghalang kelahiran bayi luar nikah.

Tindakan menghalang orang islam melakukan maksiat atau jenayah syariah adalah perlu diteruskan  melalui kawalan undang-undang.Menghalang perbuatan maksiat melalui intipan sebelum berlaku perkara terkutuk dalam bangunan  salah satu usaha manusia melayu yang ditugaskan sebagai khalipah melaksanakan perkara baik disisi Allah.

Mereka dari G25 memang bijaksana dan bijaksini. Itu  dulu ,35 tahun atau 40 tahun lalu.Kini kita sudah tua , beri peluang mereka yang  lebih geliga otaknya dan berusia muda  mentadbir negara.Sekarang ini telah ramai ulama-ulama’ muda yang di sekolahkan semasa G25 bertugas dengan kerajaan biarkan mereka  menggubal,menambah atau memansuhkan apa yang ada dalam perlembagaan negara.

 G25, anda semua duduk diam di banglow atau masjid mempersiapkan diri menghadapi  pertanyaan Allah berkaitan pekerjaan anda semasa berkhidmat dan usia yang dihabiskan masa lapang setelah bersara.