Wednesday, July 1, 2015

Jangan apply kesilapan sebaliknya baiki kesilapan




Bercakap mengenai golongan yang menggelar diri ulamak dalam PAS dan ada satu unit khas mengaku ulamak telah memenangi pemilihan parti. Golongan ini  bersama perwakilan telah membuat keputusan yang dianggapnya bijak memilih hanya satu spisis dalam PAS.

Golongan lain yang mungkin mengetahui pelbagai ilmu dalam parti islam itu, tidak terpilih  oleh  pewakilan muktamar, kerana perwakilan merasakan mereka ini tidak diperlukan untuk menghidupkan parti.Mentadbir yang ada berunsur islam sekurang-kurang seseorang itu  bertaraf lobai, kalau pun tidak bergelar ustaz atau lebih hebat tuan guru. 

Satu kesilapan besar telah dilakukan oleh pewakilan muktamar kerana bermuafakat memilih mereka yang berketayap putih dan berserban menguasai parti itu,dan menutup peluang mereka yang bersongkok atau tidak pakai apa-apa alas kepala, menyertai kepimpinan pada 2015-2017. Nyata mereka belum dijual dahulu ,maka dibeli.Perlantikan selepas pemilihan merupakan mencabar kewibawaan moral mereka yang bertanding kalah.

Sebulan-dua sebelum pertandingan merebut jawatan kepimpinan,melihat kepada mood calon-calon yang berjuang dan kalah dalam pemilihan amat teruja hendak mencurahkan bakti untuk memajukan -segarkan parti  mengikut trend semasa. Namun mereka ini bersilat didepan sibuta..

Kebijaksanaan perwakilan memilih, di nilai melalui keseimbangan calon yang terpilih terdiri dari semua golongan kalangan mereka.Tidak perlu menggunakan sentiment kempen atau kehendak nafsu suara hati. 

Tiga perkara perlu ada ,berhambakan tangan,bersaksikan mata,berhakimkan hati. Apa yang berlaku terhadap  pemilihan dalam muktamar PAS adalah sebaliknya hanya berdasar kempen dan trend atau kehendak  calon popular .Sikap yang diambil pewakilan seolah-olah tidak pedulikan mereka yang sederhana dalam bertindak dan berhujah.

Kesal juga mereka yang terkorban di muktamar pemilihan adalah terdiri dari mereka yang telah nampak kelibat jasa mengemudi pelayaran parti menempuh ranjau beberapa tahun berlalu,terutama semasa pilihanraya ke 13 yang membawa kecermerlangan kejayaan PAS seluruh Malaysia.

Sejak November 1951 belum pernah PAS secemerlang 2013 mengharungi pilihanraya persekutuan. Mat Sabu,,Khalid Samad,Hanipah Maidin,Mujahid,Hatta Ramli dan Mahfuz Omar dan mereka yang bernafsu bertanding, muktamar ke 61 tetapi tidak terpilih, adalah merupakan penyumbang kehebatan PAS 2013. Muktamar kali ini menjadikan mereka semua umpama digenggam takut mati,di lepas takut terbang.

Mermutabatkan hudud,membatalkan harga petrol ,memusnahkan GST dan lain-lain yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang, yang kita tidak suka, memerlukan PAS memerintah negara. Suasana di Malaysia hari ini tidak membenarkan PAS mentadbir negara. Nyata dan jelas apa yang di katakan mustahil PAS boleh bersendirian melahirkan Perdana Menteri dan kabinetnya.Umpama asyik memangku tangan,mati dalam angan-angan.

Apakah, wakil rakyat PAS hanya cukup sekadar bercakap berdegar-degar dan menjerit di parlimen tetapi tidak dipedulikan oleh pemerintah  yang berkuasa apa yang suarakan.

Sekiranya kepimpinan PAS sekarang  menuju kearah bersendirian yang mengenepikan parti-parti lain sama ada kafir atau separuh muslim – tidak usah bercakap berkaitan parti kearah progresif, nescaya pada adatnya parti mencapai pasif,beku dan kurang aktif sebagaimana sebelum menyertai pakatan.

Kewibawaan parti politik yang mengharapkan orang melayu sebagai penyokongnya, terlalu mencabar dan perlu strategi kerana orang melayu telah berpecah kepada dua parti besar iaitu UMNO dan PAS serta sedikit PKR. Melayu UMNO mungkin sudah kukuh karatnya kerana disumbat dan dibakar mindanya unsur kaum “melayu UMNO untuk melayu Malaysia”.Masyarakat Felda dan kampung-kampung melayu tradisional terlibat.

Sejarah sekadar  memenangi satu atau dua kerusi parlimen akan berulang kiranya pendekatan yang dipersetujui oleh pewakilan parti ingin diteruskan dan kepimpinan tidak mengambil kira rekod, ada atau tidak pelanggaran dasar parti dicemarkan oleh rakan pakatan. 

Setakat hari ini yang kita tahu rakan pakatan hanya melontarkan pandangan peribadi atau seorang atau dua orang ahli parti lain mengulas beberapa perkara dasar islam yang dia sendiri tidak mendapat penerangan lanjut. 

Biar kita terus bersabar dalam satu kelompok walaupun ada dalam kelompok kita tidak menyumbang faedah. Dalam pemikiran kita selalunya menganggap kita sahaja berfaedah untuk orang lain.

Calon wakil rakyat, yang parti telah mencalonkan beberapa kali pilihanraya, tetapi tidak pernah sekali pun memenanginya,walaupun tokoh yang dicalon merupakan calon favourite apakah ini menyumbang faedah kepada parti. Sekadar memenuhi carta organisasi tidak semesti ada menyumbangkan khidmat atau satu manafaat kepada parti. 

Mencari titik persefahaman kembali semua ahli adalah lebih penting dan bersalaman-salaman dalam pakatan diteruskan.Mereka yang menang dalam pemilihan perlu bermusyawarah dengan yang kalah. Bukan yang kalah mencari yang menang.

Setakat ini masih tidak ada usaha yang tahniah menghulurkan tangan kepada yang takziah. Mereka yang kalah terbiar membawa diri yang menghampiri serta melambai-lambai perpecahan parti.Jangan mereka-reka istilah parasit dan menggunakan barua untuk mereka yang tidak setuju dengan kita.Tidak ada yang sempurna.Kita berpotensi jadi parasit atau jadi barua.

Perpecahan untungkan PAS sekiranya penubuhan parti baru lanjut usianya kira-kira sekali pilihanraya. Kerugian kepada PAS kiranya parti baru akan menjadi pesaing terdekat semasa pilihanraya dan kesegarnya mengatasi parti yang berusia lebih 64 tahun.Jangan melepaskan tanggapan yang mereka keluar parti lama dan menubuhkan parti baru tidak akan mendapat sambutan.Jangan apply kesilapan sebalikya membaiki kesilapan.