Monday, March 30, 2015

kenyataan mufti ok...




Hasil carian imej untuk karikatur harusani mufti perakHasil carian imej untuk karikatur harusani mufti perak



Dua perkara telah melamar hati saya dengan nada persetujuan terhadap kenyataan  mufti perak yang telah berkhidmat lebih 23 tahun itu,pertama - kerana turut menyokong hudud dilaksanakan kerana hukum Allah.Menurutnya orang islam tidak boleh mempertikaikannya hukum tersebut dan wajib dilaksanakan. Cuma cara perlaksanaan perlu selari dengan keadilan kehendak Allah.

Beberapa minggu yang lalu mufti  yang sama menegur adanya pendakwah yang bergurau dan melawak pelbagai  kata kelucuan  yang melampau, yang kadang-kala melebihi program lawak jenaka yang disiarkan melalui televisyen. Perkara ini orang ramai telah maklum beberapa tindakan telah dilakukan oleh pendakwah yang telah termakan cili yang disumbat mufti itu ,dengan tindakan menarik diri dalam acara televisyen.

Tindakan mufti ini tentu telah terhidu,dan terdengar, beberapa orang dari parti kerajaan yang turut menyokong enakmen jenayah syariah ini terutama mereka yang datang dari negeri yang meluluskan dan bercadang di bentangkan ke parlimen.

Dengan sokongan mufti dari UMNO ini diharap menjadi sumber inspirasi beberapa orang lagi dari parti tersebut untuk turut mengikhlaskan diri menyokong enakmen ini dibincangkan di parlimen.Walaupun ini satu tindakan bodoh tetapi ,sekurang-kurang ada orang melayu islam yang tidak mahu berkemungkinan rosak akidah atau mengundang kemurkaan Allah.

Melayu Islam perlu bertaubat  apabila adanya rakyat Kelantan mengetuk kesedaran bahawa undang-undang yang dipatuhi selama ini bukan undang-undang keredaan Allah,yang hanya adil menurut logik akal.

Dari undang-undang logik akal kita perlu beralih kepada undang-undang yang mengandungi rahsia Allah dari petala langit keseluruh alamnya.Kesemua rahsia kebaikkan undang-undang ini kita  sebagai manusia perlu dengar,taat dan patuh,sebagaimana kita patuh berkaitan solat,zakat,puasa dan menunaikan haji apabila syahadah di lafazkan.

Kita tidak ada pilihan dunia lain untuk hidup selain dunia yang sekarang di anugerah oleh Allah sebagai tuhan  - bertindak sebagai tuan dan kita tiada pilihan sebagai hambanya. Hambanya yang diperintah melalui kesedaran diri dan muhasabah yang prinsipnya patuh dan tidak membantah.

Tanggungjawab manusia terutama yang islam perlu mempraktikan apa yang ada dalam Quran,dengan penjelasan hadis Rasullullah SAW terutama mereka yang terpilih oleh Allah dengan kemahiran ilmu Allah agar terus menerus  tanpa jemu atau berputus asa membuat penjelasan  berkaitan hukum dan perintah Allah terhadap manusia yang teramai adalah jahil.

Pemimpin Kelantan merupakan pemimpin contoh yang mungkin tidak berapa ulama’ menurut  pandangan mereka yang bersikap negatif politik tetapi bagi saya adalah manusia terbaik setakat ini ,dari manusia yang politiknya tidak sedikit pun ingin menunaikan tanggungjawab saranan Al-Quran.

Tidak perlu kita menunggu  manusia bersifat bagai malaikat berlaku terhadap pemimpin Kelantan, barulah kita menyokong Enakmen ini di bentang dan dilaksanakan.Pemimpin Kelantan merupakan seorang manusia biasa ,yang mempunyai sikap seperti mereka yang mengkritik juga, yang menganggap diri sendiri betul manakala orang lain salah.

Kali ini kenyataan mufti okey, dan tidak perlu lagi semua wakil rakyat islam mempunyai pelbagai alasan untuk tidak  menyokongnya, terutama dikalangan parti kerajaan kerana selama ini mufti Perak tersebut menjadi bahan rujukan UMNO terutama berkaitan syariat islam.

Friday, March 27, 2015

yang bodoh -bincang hukum Allah..... yang cerdik - tak yakin hukum Allah...




Selagi  belum kiamat bertambah ramai manusia berani .Berani terhadap Allah.Mereka yang berani terhadap Allah ialah mereka menentang undang-undang Allah atau apa sahaja daripada Allah.Menentang secara terus terang,munafik atau senda gurau kata yang mengakkan bulu roma.

Selepas Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Kita telah melihat ramai orang telah menjadi gila dan setengahnya telah mengikut atau menyempurnakan tugas syaitan.

Pelbagai ayat percakapan dan perbuatan telah dilakukan oleh manusia  samaada yang telah melafazkan syahadah     atau yang kafir. Kesemua kearah tidak yakin terhadap apa yang dijelaskan Allah melalui Al-Quran. Di mana letaknya aqidah mereka yang berterusan mempertikaikan enkmen Jenayah Syariah itu.
                                                                    

Kita tahu enakmen jenayah ini  mungkin  tidak dapat diluluskan segera kerana masalah berkaitan pelbagai prosedur terutama melibatkan sokongan 2/3 ahli parlimen,tidak selari dengan perlembagaan persekutuan serta kuasa mahkamah sivil berkaitan jenayah.

Harus di ingat orang melayu telah mengaku seorang islam sekurang-kurangnya tercatat dalam perlembagaan,walaupun di pertikaikan islamnya,namun sewajarnya menyokong Enakmen ini untuk diluluskan.

Inilah sebagai satu usaha kita menegakkan undang-undang Allah.Jadikan tentangan dari mereka yang kafir sebagai ujian Allah terhadap usaha kita dan selanjutnya kita sebagai islamyang penting  pasrah  -  termaktub atau tidak enakmen  mungkin  kehendak Allah. Yang penting ada usaha sebahagian orang islam di negara ini kearah kehendak Allah .

Yang kafir sudah sedia maklum tidak akan bersetuju apa yang di buat oleh orang islam .Pertama disebabkan mereka jahil dan seterusnya memang mereka tidak menerima Allah sebagai tuhannya.Manakala yang menghairankan mereka yang mengaku islam tetapi tidak berkeyakinan apa yang PAS bawa adalah hukum Allah.

Undang-undang itu adalah undang –undang Allah di bawa oleh parti politik PAS ke dewan undangan negeri dan mungkin juga dengan persetujuan wakil rakyat yang islam di bentangkan di parlimen.
Kita tidak usah membuat tafsiran sendiri bahawa undang-undang ini dicipta oleh mereka berkepentingan politik.Rujuk kepada ustaz-ustaz atau ulama’-ulama’  yang hidup dan matinya kerana Allah, bagi mengesahkan kebenarannya.

Tidak perlu menerangkan dengan detail pelbagai kebaikan enakmen jenayah ini kerana sebagai orang islam yang aqidah kita berkeyakinan Al-Quran itu benar dan lengkap.Tidak perlu mempersoalkan rahsia Allah kerana ilmu manusia tidak mencapai ketahap bijaksana penciptanya.

Tidak usah manusia yang berpengetahuan besar zarah, berbanding dengan kebesaran Allah seolah-olah menjadikan seorang guru tadika dengan kepetahan muridnya yang terlalu agrasif dengan soalan hingga guru mencapai tahap migrain. Kita disuruh patuh apa yang Quran suruh. Bukan suruh melontarkan pertanyaan betulkah apa yang quran sarankan.Siapakah kita dibumi Allah ini.

Walaupun kita berilmu dan mahir sesuatu ilmu lebih-lebih lagi ilmu dunia jangan sekali membodohkan orang lain,kerana kita masih serba kekurangan dari ilmu yang lain, terutama ilmu Allah.Sikap dengar dan patuh perlu ada dalam memahami dan menghayati arahan Allah kerana manusia tidak mengenali rahsia Allah, apa yang berlaku hari ini,esok,lusa,setahun atau lebih kompleks lagi apa yang berlaku beberapa saat akan datang kesemuanya luar jangkaan manusia.

Suka membandingkan atau menyamakan sikap penganut agama lain dengan penganut islam bukan perangai  atau manusia yang beriktikad luhur terhadap agama Allah.Nyata keyakinannya terhadap ayat ini                     dalam Quran telah tergugat .

Ayat-ayat percakapan yang sering dilontarkan , hukum tidak sesuai ,hudud PAS, hudud politik ciptaan mereka sendiri.serta lebih teruk lagi  hudud tidak terdapat dalam Al-Quran masih kedengaran melalui tukang canang keyakinan walaupun ketua golongan ini telah beransur-ansur kendur kerana usia.

Tidak kedengaran rakyat Malaysia terutama mereka yang melabelkan hudud PAS menyatakan hudud yang diguna-pakai di Brunei adalah Hudud Brunei atau hudud sultan Brunei .

Enakmen Jenayah ini  tidak adil  bagi mereka yang suka berzina,melanggan pelacur kelab malam, penagih arak tegar, mencuri ,merompak dan perasuah, membunuh sesama manusia . Apabila enakmen ini diluluskan kebanyakan perkara mungkar sebagini dilakukan oleh mereka yang bersuara lantang membantah dengan mencabar kewibawaan undang-undang Allah ini.Kita tahu golongan ini anak-beranak,cucu-cicit dan mereka sendiri mencintai atau telah menjadi darah daging mereka melanggan perbuatan maksiat.

Fikirkan keadaan sekarang terdapat ramai anak luar nikah ,atau bolehkah di nafikan ramai dikalangan anak-anak yang remaja  tidak berzina,murid sekolah menengah mengandung tanpa diketahui bapanya,kesan pergaulan bebas  melakukan kerja mukah serta  tidak takut hukuman anjuran atau ciptaan manusia.

Hukuman yang sesuai dengan kesalahan yang dilakukan hanya hukuman yang datang dari Allah melalui Nabi kita Muhammad SAW  yang berbentuk firman Allah iaitu Al-Quran.Manusia di cipta oleh Allah maka Allah yang berkuasa, tentu tahu hukuman yang adil kepada hambanya.Menggunakan otak dan pandangan mata sahaja tidak akan dapat menikmati rahsia disebalik kejam mencabar perikemanusiaan.

Undang-undang Allah adalah undang-undang tertinggi untuk makhluknya di dunia dan akhirat.Usah cuba dipertikaikan.Tidak usah dicari  bukti kebenaran atau keadilan enakmen ini kerana Allah melalui Rasulnya Muhammad SAW telah memperlihatkan hasilnya lebih 1430 tahun lalu malahan ada di antara negara didunia sekarang melaksanakannya tanpa masalah.

Usaha beberapa orang rakyat Malaysia membentangkan Enakmen jenayah ini adalah satu usaha murni yang pasti direstui oleh Allah .Mereka yang menyokong usaha ini tahu seperti menanti orang dahulu,mengejar orang kemudian, namun mereka semua tahu adanya sembunyi-sembunyi puyuh,kepala tersorok,ekor kelihatan. 



Monday, March 16, 2015

keselamatan malaysia tanggungjawab melayu ???


Sungguh teruja semangat  yang ditunjukkan oleh Brigadier Jeneral Toh Choon Siang Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Strategi Lautan Biru Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MBOSC),terhadap perkhidmatannya dalam angkatan tentera.

Sikap yang bagitu luhurnya terhadap perkhidmatan tentera selama 30 tahun bukan sahaja telah berkobar-kobar terhadap dirinya tetapi beberapa orang keluarganya termasuk dalam golongan rakyat bersemangat patriotisme  negara ini ialah, Toh Tiap Keng-TLDM, Toh Choon Hong-TUDM, Toh Choon Kooi-TUDM.

Tentunya ada dikalangan sebangsa dengan keluarga Jeneral Toh memandang serong terhadap perkhidmatan mereka sebagai tentera satu masa dulu ,yang di cop budaya kotor orang Cina Malaysia, yang suatu ketika bergaji rendah, atau pendapatan rendah, atau lebih dahsyat paggilannya sebagai anjing kerajaan.

Semangat yang sebagini telah menjadi satu ikrar keturunan Cina Malaysia, yang dibenamkan dalam dada anak-anak mereka supaya tidak menjadi kuli  atau anjing  kepada orang melayu.Mereka masih menganggap kerajaan negara ini adalah kerajaan melayu.

Ini terbukti apabila kita melihat kerajaan Cina Singapura yang rakyatnya keturunan cina berebut-rebut atau perlu menjadi tentera atau polis. Tidak ada panggilan anjing Cina.Hilang budaya bahawa kerja sebagai mempertahankan negara adalah kerja kotor atau hina.

Penyertaan kaum Cina dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia  terbatas hanya sebagai pegawai tentera, yang membolehkan mereka berstatus tuan kepada bangsa melayu.

Kesannya sehingga kini minat untuk menyertai perkhidmatan tentera atau polis seboleh-bolehnya di jauhkan.Mereka lebih rela kerja dengan syarikat-syarikat atau kontraktor berbangsa Cina.Jarang kita lihat orang Cina bekerja dengan orang melayu sebagai kuli peringkat bawah.

Faktor gaji juga menjadi punca orang cina menggeleng-gelengkan kepala apabila ditawarkan menjadi tentera .Walaupun pendapatan seorang tentera sekarang ini dikatakan hampir lumayan, tetapi masih tidak berbaloi bagi masyarakat cina kiranya income berjumlah RM2500.00 kerana pendapatan mereka di luar melebihi RM3500.00/sebulan. 

Syarikat-syarikat kepunyaan cina menawarkan RM100 hingga RM150 sehari berdasarkan pengalaman dan profesional  masing-masing, disamping kebebasan bekerja mengikut inisiatif yang juga mampu mencari pendapatan sampingan.

Bagi orang melayu sentiasa bersikap positif berkaitan pendapatan- sedikit cukup – banyak pun cukup. Walaupun ada rungutan, tetapi tidak sampai meninggalkan perkhidmatan untuk negara.Sehingga kini jawatan dalam kerajaan masih merupakan jawatan popular orang melayu. 


Itu adalah diantara faktor utama yang menghilangkan selera khidmat orang cina terhadap tentera.Keluarga Jeneral Toh sepatutnya di uar-uarkan kepada orang cina dalam parti-parti politik cina,NGO cina, dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina dengan menyatakan semangat patriotism berkhimat sebagai tentera perlu di utamakan.

Jangan sekali menganggap negara ini negara orang lain atau lebih tepat lagi negara ini kepunyaan melayu sahaja. Orang Cina perlu mengubah sikap mementingkan wang - negara ini cukuplah diuruskan oleh orang melayu, kepada bersikap positif melibatkan diri semua bidang kehidupan dari serendah-rendah jawatan hingga jawatan eksekutif tertinggi di Malaysia, terutama berkaitan mempertahankan negara.

Andainya ramai orang cina bersikap seperti Jeneral Toh Choon Siang terhadap negara ini sudah pasti tidak ada sikap prejudis diantara orang melayu dengan Cina bagitu juga sebaliknya orang Cina terhadap melayu.

Kini pandangan negatif  terhadap perkhidmatan tentera terutama jawatan peringkat rendah telah diambil kesempatan parti politik berdasarkan kaum, dengan mengatakan bahawa negara ini kepunyaan kaum melayu kerana usaha mempertahankan negara ini diletakkan di atas bahu orang melayu, serta hampir 90% orang melayu melibatkan diri dalam tentera serta polis, sedangkan orang cina atau bangsa lain hanya berminat terhadap kekayaan.